Relevan Belajar Parkour?

Relevan Belajar Parkour? 

Relevan Belajar Parkour?


Pernah dengar pasal parkour? Aku pun baru je tahu, tu pun sebab tengok salah satu movie. Tapi aku lupa nama movie tu. Pelakon dia Elfira Loy dengan lelaki yang berlakon cerita Muhsin tu. Okay, jom belajar serba sedikit pasal parkour.


  • Maksud parkour : Bergerak atau berpindah tempat dari point A ke point B secepat mungkin yang menggunakan prinsip dari Parkour dengan mengedepankan keindahan bergerak sekaligus diimbangi oleh kemampuan dari tubuh manusia itu sendiri.
  • Parkour telah wujud sebelum 'Parkour' itu sendiri diperkenalkan ke seluruh negara oleh seorang lelaki warganegara Perancis yang dikenali dengan nama David Belle
  • Dialah yang telah memperkenalkan sukan extreme ini ke seluruh dunia yang awalnya hanya berkembang di Perancis.


David Belle mendapat inspirasi dari bapanya sendiri iaitu, Raymond Belle seorang tentera Perancis 


Lahir dalam keluarga yang memadam kebakaran membuatkan David terinspirasi dengan cerita-cerita tentang kepahlawanan. 

Ketika berumur 16 tahun, David membuat keputusan untuk meninggalkan sekolah dan mencari kebebasan, serta aksi, dan untuk mengembangkan kekuatan dan ketangkasan yang dimilikinya agar berguna dalam kehidupannya, seperti yang selalu dinasihatkan oleh ayahnya.

Raymond memperkenalkan kepada anaknya tentang sebuah latihan halang rintang dan metod natural yang akhirnya dikenali dengan nama Parkour.

Sejak itu setiap kali David pulang dari sekolah beliau akan berlatih untuk membuat latihan fizikal dan cuba untuk meloloskan diri dari situasi yang getir.

Menurut David, Parkour dapat berguna sebagai self-defense dalam keadaan tidak terduga. Saat martial art biasa disebut sebagai sebuah bentuk latihan untuk fight (bertarung), parkour merupakan suatu bentuk latihan untuk flight (lari).

Kesimpulannya bagi aku, Parkour bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai membuang masa. Ia adalah sesuatu kaedah untuk menyelamatkan diri  dan cara bagaimana kau perlu bersedia dalam keadaan apa cara sekalipun walau dimana berada dalam situasi tertentu. Dan ia adalah RELEVEN untuk orang biasa - biasa macam aku untuk belajar.

Aku pernah ada niat nak belajar Parkour. Tapi aku tak dak geng. Dan tak tahu kat mana nak buat. Nak belajar Parkour mental kena kuat. Kaki tangan kena tangkas. Aku ni, lari 100 meter pun dah menggelabah nak pengsan. Semenjak aku tengok movie tu lah, niat nak belajar Parkour membuak - buak. Cuma tak daya. Hmmm. Nantikan entri selepas ini. Tentang Parkour juga. Kalau nak tahu, ini adalah entri yang dah berbulan - bulan aku simpan. Bukan sebba tak dak idea. Tapi belum dapat membuktikan adalah releven atau tidak parkour tu. Sebab dekat Malaysia macam tak wujud.


Post a Comment

0 Comments