Review Legasi Perjuangan - Arman Jazee

Review Legasi Perjuangan - Arman Jazee


Review Legasi Perjuangan - Arman Jazee



Cetakan 1 : 2012 , Cetakan 2 : 2015
Penulis : Arman Jazee



Jujurnya bila membaca sebuah novel, kau akan tenggelam dalam arus penulisannya. Jadi, sekujur tubuh yang leka menelaah tiap bait perkataan yang dikarang seolah - olah telah membawa aku di tengah - tengah pertempuran hebat. Walaupun permulaan penulisan agak tidak logik dengan cerita sebenar yang ingin disampaikan penulis. 



Bagaimana seorang Muaz, (baca: seorang despatch) terperangkap di tengah - tengah kekecohan yang dibuat perompak di dalam bank sewaktu sedang Muaz menjalankan tugas nya menghantar surat seperti kebiasaannya. Kemudian, Muaz dijadikan tebusan dan dibawa ke Timur Tengah. Kemudian beliau menjadi pejuang Anti - Zionis. 


Hebatnya penulisan yang datang dari seorang penulis Arman Jazee bilamana dia membuat gambaran bagaimana perang saudara yang berlaku di negara seperti Palestin, Syria dan sebagainya. Tak tahu bagaimana nak olah tentang gambaran yang dilukis penulis. Hebat! Dia bawa aku ke alam lain. Mengerti tentang kepahitan mereka disana. 

Dunia hanya penuh dengan kezaliman dan kemungkaran. Tiada yang lainnya. Aku puji banyak kerana, buku ini lain dari novel yang lain. Maksud aku novel ni tidak berkisarkan cinta yang membosankan. Sekian ~


Sinopsis Legasi Perjuangan


MUAZ bekerja sambilan sebagai despatch di Kuala Lumpur. Hari itu, dia menghantar bungkusan ke sebuah bank. Malangnya, sebaik sahaja dia tiba di bank, sekumpulan perompak meluru masuk.
Kesemua perompak mati ditembak polis kecuali ketua mereka. Muaz dijadikan tebusan. Dia dibawa ke sebuah tempat di Timur Tengah sebagai jaminan keselamatan.



Tiga tahun kemudian… Dari perang saudara di Somalia, konflik di Bosnia-Herzegovina hinggalah kepada peristiwa kebangkitan rakyat Palestin menentang kezaliman rejim Zionis, dia ada di situ membela mereka yang lemah. Bermulalah riwayat hidupnya yang baru.



Dia menjadi pejuang anti-Zionis selepas jatuh cinta dengan gerakan itu. Kerana kehebatannya menjadi mastermind pelan serangan, dia menjadi individu paling dikehendaki oleh agensi perisikan Israel, Mossad dan Amerika Syarikat, CIA. Mengapa dia sanggup menggadaikan nyawa? Mampukah dia bertahan….

Post a Comment

0 Comments