Review Bolot - Asmar Shah
Akhirnya tamat. Ternyata aku mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah setiap kali aku punya kelapangan untuk duduk atau berdiri atau menunggu sewaktu di dalam train. Ternyata aku adalah salah seorang manusia yang sedang memupuk minat membaca dalam kalangan anak muda. Aku berjaya (baca: untuk diri sendiri sahaja). Sengaja aku capture gambar terbalik supaya timbul rasa kerajinan dalam diri untuk sesiapa yang sudi terbalik kan gambar dalam keadaan baik.
.
.
Untuk pengetahuan. waktu ketika aku baru nak memulakan pengembaraan BOLOT, aku jadi tak keruan dan berbelah bahagi nak teruskan bacaan atau berhenti baca. Sebab penulis nya adalah orang Sawarak. Aku takut ada perkataan - perkataan yang aku tak faham. Ternyata aku salah! Dia cuma menggunakan bahasa yang sangat senang untuk difahami.
.
.
Benarlah kata epilog di muka surat belakang. Mesin masa bukanlah fokus utama dalam penceritaan dan plot - plot yang wujud di dalam BOLOT. Perkara lebih penting dari semua yang penting ialah tentang PERSAHABATAN. Walau mati, doa tetap ada dalam titipan surat layang buat tuhan. Tetap ada tetap wujud nama - nama manusia yang pernah sebahagian dalam hidup. .
.
Bercerita mengenai Ads yang dijejak Khaizrul atas permintaan Prof Junaidi akhirnya membawa mereka ke laluan kancah neraka kecil oleh sekumpulan manusia bersut putih pada tahun akan datang (baca: tahun 2100). Nad dan Faisal ternyata terlibat sama. Berpecah saat mereka melalui lohong hitam yang gelap. Masing - masing punya ujiannya tersendiri.
.
.
Nad tidak sempat siperkosa, Faisal tidak sempat menjadi korban untuk Tuhan matahari. Ads ditangkap oleh sekumpulan manusia bersut putih dan dibawa ke bangunan Putih. Ditempat kan dengan seorang tahanan bernama Izz. Izz adalah ketua kepada sekumpulan manusia yang berjuang untuk kebebasan negara.
.
.
Tan Sri Naufal dibunuh. Manusia yang sangat membenci Prof Junaidi kerana silamnya dulu. Ketika mereka leka memerangi antara mereka dan sekumpulan manusia bersut putih, Ads dan Faisal akhirnya mati. Khai menarik Nad dan membawanya melalui lohong hitam dan kembali ke tahun mereka datang. .
.
Tapi. Nad dikejutkan dengan kehadiran Faisal dan Ads di tahun 2013 (baca: tahun mereka yang sebenar). Pelik. Faisal dengan Ads ni mati ke tak sebenarnya ni? Apa pula kaitan Ads dan Prof Junaidi? Apa hubungan Khaizrul dan Prof Junaidi? Nak tahu kisah sebenar? Baca lah. Jangan malas. Kesimpulannya aku suka keseluruhan cerita dari mula sampai akhirnya. Ya betul tak tipu. Aku suka.
Sinopsis:
Khaizrul yang menjejak Ads di Kuala Lumpur atas permintaan Professor Junaidi untuk membawanya ke tahun 2300 menimbulkan ketegangan di antara dua jasad itu. Ads yang terus bersikap enggan mempercayai sesiapa kecuali orang yang dikenalinya memaksa Khaizrul menggunakan kekerasan untuk mengajak lelaki itu ikut bersamanya ke tahun 2300 dengan menggunakan mesin masa yang masih di dalam percubaan.
Nad dan Faisal yang bersama dengan Ads sehari selepas dia bertemu dengan Khaizrul di Kuala Lumpur membuatkan dua sahabat baik Ads itu turut terjebak sama masuk ke tahun 2300. Di sana, mereka berempat terpisah. Titik darat mereka berempat saling berbeza-beza.
Sewaktu berada di tahun 2300 tersebut, Ads tertangkap oleh tentera bersut putih dan menjadi tahanan di Bangunan Putih yang dijaga oleh Jeneral Nic. Ketika dalam tahanan, Ads bertemu dengan Izman atau Iz di dalam bilik tahanan yang sama. Doktor Jules yang bermata bundar dan bermuka halus dan putih mengingatkan Ads kepada ibunya. Doktor Jules yang merupakan anak kepada Jeneral Nic turut membantu Ads untuk melepaskan diri dari bangunan Putih tersebut.
Nad pula yang sedang lari dari tentera bersut putih ditangkap ketika berada di lorong gelap oleh dua lelaki yang memang mengekorinya. Dia dibawa ke hujung Kota Besar di sebuah bangunan usang selepas dipengsankan. Di dalam bangunan usang itu, adalah menjadi port buat golongan-golongan kutu liar untuk bersosial. Hampir sahaja dia dirogol namun Khaizrul sempat menyelamatkannya.
Faisal diselamatkan oleh seorang nenek tua yang menggelarkan dirinya sebagai Puan Buers dari kejaran tentera bersut putih. Namun disebalik pertolongan itu, rupa-ruapnya Faisal dijebak masuk ke dalam koloni penyembahan tuhan Matahari dan bakal akan dikorbankan. Hatinya yang terpaut pada Sophie anak kepada Puan Buers tidak mampu mengubah apa-apapun. Dia tetap akan dikorbankan.
Pertemuan mereka semula semua dan Ads telah berjumpa dengan professor Junaidi membuka segala rahsia mimpi yang selama ini yang selalu mengganggunya. Segalanya terungkai. Namun baru sekejap pertemuan mereka, professor Junaidi dibunuh oleh Tan Sri Naufal di hadapan mereka ketika mereka bersembunyi di bilik pandang terus satu hala. Mereka turut serta dengan perjuangan yang Dean lakukan untuk menjatuhkan kuasa kerajaan di Kota besar. Maka dari situ mereka cuba menebus segala kesedihan dengan menumbangkan kerajaan sebelum balik ke tahun 2013. Cuma Nad dan Khaizrul yang akan pulang ke tahun 2013!
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.