Pertanian Bandar Bawa Banyak Manfaat!

Pertanian Bandar Bawa Banyak Manfaat!


Dato 'Liew Sew Yee memberikan ucapannya

Founder Urban Rooftop Vertical Farming Association

Bersama VVIP 


Semalam telah berlangsungnya Urban Rooftop Vertical Farming Association di DF FarmHouse, Kajang dalam keadaan yang sangat aman dan damai. Pertama kali aku tengok pertanian yang sangat portable. Maksud aku portable dekat sini ialah penanaman yang serba ringkas (baca: boleh alih - alih bekas yang digunakan tidak seperti pokok yang kaku dicengkam tanah) tapi mampu menghasilkan pulangan yang lumayan untuk diri sendiri serta orang sekeliling. Aku sangat beruntung dan sangat bertuah sebab menjadi salah seorang yang hadir ketika majlis berlangsung. Serba sedikit aku dapat belajar tentang pertanian tanpa cangkul! Wah. Hebat. Tidak perlu batas dan tanah yang lapang untuk memulakan pertanian.






Urban Rooftop Vertical Farming Association telah dilancarkan oleh Dato 'Liew Sew Yee (Vice President of Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry Malaysia, ACCCIM) dan VVIPS,  Tàn Sri Dato' Soong Siew Hoong  (Honorary Adviser of Urban Rooftop Vertical Farming Association).



Tema yang telah diangkat pada hari tersebut ialah tentang Manfaat Pertanian Bandar. Objektif utama nya ialah untuk melibatkan para ibu terutamanya dalam acara Pertanian Moden. Ibu adalah orang paling penting dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Ibu juga merupakan orang yang sangat berpengaruh terutamanya kepada anak, suami, ibu mertua, adik beradik dan orang sekeliling. Dengan cara ini, Pertanian Bandar dapat dilaksanakan dengan berjaya bermula dari rumah seterusnya kepada negara!


Manfaat Pertanian Bandar : 


  • Makan lebih banyak sayuran untuk kekal sihat.
  • Meningkatkan aktiviti fizikal untuk mengekalkan berat badan yang sihat
  • Menukar tabiat pemakanan yang seimbang
  • Tanaman secara organik dan berkhasiat
  • Dari segi pendidikan pula, anak - anak akan lebih menghargai kesusahan petani.
  • Meransang perkembangan minda kanak - kanak melalui Alat Bantu Mengajar (ABM) - Pendidikan Asas Sains
  • Tanaman bebas bahan kimia dan racun perosak
  • Kurang tenaga kerja
  • Penghasilan pelbagai jenis sayuran dalam satu masa
  • Tanaman mudah alih tanpa peralatan
  • Menjimatkan ruang
  • Penghasilan baja organik
  • Menghijaukan alam sekitar




Realitinya, Pertanian Bandar sangat menyeronokkan. Serius! Dalam usaha mengekalkan aktiviti ini secara berterusan, Estee Leong telah melancarkan Life Ribbon untuk mengumpulkan seberapa ramai wanita untuk memulakan pergerakkan seperti perkongsian ilmu, menyokong antara satu sama lain agar kekal seksi, cantik dan berkeyakinan. Dan yang paling penting mencapai 2H, Healthy & Happy dari segi fizikal dan mental.

Founder Urban Rooftop Vertical Farming Association

Sebagai langkah untuk terus kekal makan makanan yang sihat dan bersih, digalakkan untuk korang semua yang baca ni mengambil bahagian dalam Urban Rooftop Vertical Farming Association untuk belajar bagaimana memulakan pertanian tanpa cangkul! Jom! 

Post a Comment

1 Comments

  1. Bidang pertanian memang byk manfaat & hasil pun lumayan jika dikerja betul2. LAgi2 kalau pertanian organik

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.