Sumber gambar : google |
Berkonsepkan Pidato (baca: tapi aku pun tak pandai sangat pidato ni. Format aku buat rujukan pun di google. Kalau salah mohon diperbetulkan)
Mentari
menyinar alam sejagat,
Memberi
cahaya segenap manusia,
Pertanian
Bandar membawa Manfaat,
Itulah
tajuk pidato saya.
Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.
Terima
kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim
yang arif lagi bijaksana bersama jam randiknya, tetamu kehormat yang dimulia,
guru-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian yang
berdedikasi.
Berdirinya
saya pada hari ini di atas pentas yang serba indah bukan lah sekadar berdiri
kosong tanpa membawa wadah idea yang bernas. Sebelum saya memulakan pidato elok
rasanya kalau saya men definisi kan secara ringkas maksud Pertanian bandar yang
sering digunakan secara meluas daripada Mougeot (2000) yang menyatakan bahawa:
an industry located within (intra urban) or on the fringe which grows or
raises, processes and distributes a diversity of food and non-food products,
(re-) using largely human and material resources, products and services found
in and around that urban area, and in turn supplying human and material
resources, products and services mainly to that urban
Secara konotasinya, Pertanian Bandar adalah aktiviti
menghasil, memproses dan memasarkan makanan dan produk pertanian di dalam
kawasan bandar dan pinggir bandar menggunakan kaedah pengeluaran intensif,
menggunakan sumber asli dan sisa buangan untuk menghasilkan kepelbagaian
tanaman atau ternakan.
Jadi benarkah sebenarnya Pertanian
Bandar membawa Manfaat? Atau sekadar digembar – gembur untuk menutup sangsi? Jika
dilihat dunia pada hari ini, yang turun hanyalah hujan. Maka yang lainnya terus
mencanak naik seperti kenaikan harga makanan dan barangan. Kenaikan harga
makanan dan barangan adalah disebabkan kenaikan harga minyak, spekulasi dalam
pasaran, persaingan untuk biofuel dan perubahan iklim yang menjejaskan
pengeluaran makanan serta biodiversiti global. Maka, tak hairanlah jika isu ini
menjadi hangat hingga perbincangannya ke peringkat antarabangsa.
Tidak perlu pergi jauh untuk mencari
kebenaran bahawa, manusia sebenarnya memang tidak mampu hidup dengan serba
lengkap seadanya hanya dengan satu kerja dalam dekad ini di tengah kota
bandaraya. Di kota metropolitan sahaja, berapa ramai yang menjadikan kaki lima
sebagai tempat melewati malam dan mengenang mimpi? Memetik bicara bijak dari Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berpendapat,
rakyat Malaysia harus melakukan dua pekerjaan sebagai cara menangani
peningkatan kos sara hidup. Ada logiknya jika difikirkan kehadapan dalam
keadaan kos sara hidup yang semakin mendesak. Bicara bijak dari Ahmad Maslan
harus difikirkan sejenak. Nah! Pertanian Bandar adalah solusi terbaik untuk
menyelesaikan masalah kos sara hidup.
Saudara
saudari yang dihormati sekalian,
Pidato
saya pada hari ini akan mengupas tiga Indikator utama yakni Pertanian
Bandar mampu menghasilkan pelbagai jenis sayuran dalam satu masa. Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mendedahkan bahawa konsep pertanian
bandar mampu menjana pulangan ekonomi yang tidak kurang lumayan. Beliau
menyatakan bahawa tanaman rock melon yang diusahakannya sendiri di
kediaman rasminya di Seri Perdana menjana keuntungan sebanyak RM500 ribu
setahun.
Ini
membuktikan bahawa pertanian bandar jika dilaksanakan dengan cara yang betul
mampu meningkatkan taraf ekonomi dengan syarat kaedah dan pelaksanaannya
mestilah praktikal selain harus kreatif atau mampu berfikir di luar kotak
pemikiran.
Dengan hanya sedikit sentuhan
kreatif, Bahan terbuang seperti btol
plastik minuman dan tong yang sudah tidak dipakai mampu menghasilkan tanaman
sayuran yang berkualiti. Secara tidak langsung menjimatkan kos keperluan dapur,
menjamin kualiti dan sekuriti makanan itu sendiri.
Antara
idea kreatif dalam Pertanian Bandar ialah Penggunaan baja kompos iaitu baja
yang dihasilkan sendiri daripada bahan buangan seperti kulit limau serta kulit
buah-buahan yang dikitar semula sebagai baja menambah keyakinan keselamatan
hasil tanaman yang dituai.
Warga
pendengar yang budiman,
Pidato
ini tiada selingan iklan,lantaran itu,izinkan saya membawa hadirin sekalian
kepada indicator pidato saya yang kedua
iaitu Pertanian Bandar mengukuh perpaduan kaum. Berkonsepkan setiap rumah menanam tanaman yang berlainan
dan dibahagi atau ditukar hasil tanaman yang telah ditanam seperti sistem
barter untuk mengeratkan hubungan
kejiranan. Cara ini bukan sahaja mampu mengukuh kan perpaduan kaum, malahan
mampu menghidupkan kembali suasana kejiranan dalam kalangan masayarakat yang telah
mati lantaran sibuk bekerja di tengah kota dan tidak punya banyak masa untuk
bertegur sapa seperti kebiasaannya.
Indikator
saya yang ketiga ialah Pertanian Bandar menghijaukan alam sekitar. Semua sedia
maklum, negeri Pahang sedang dilanda wabak Marikh, dimana tanah lapang
dikawasan ladang yang terletak di Felda Bukit Goh digali bagi penghasilan bijih
bauksit. Dimana pohon hijau ditebang gondol dan mengurangkan kadar hijau.
Adalah tidak sihat, jika pohon hijau yang menelan karbon dioksida manusia
semakin berkurangan.
Dari sudut sains, Oksigen yang mengandungi udara
oleh makhluk hidup digunakan untuk proses pernafasan dalam tubuh organisma dalam
penghasilan tenaga untuk terus hidup. Dalam peningkatan dan pertambahan
penduduk di bandar, serta asap kenderaan yang menghias ruangan udara ternyata membari
impak negatif kepada manusia yang tinggal di bandar. Penduduk yang semakin
padat, ini juga akan memberi kesan kepada produktiviti pokok itu sendiri dalam
menghasilkan kualiti udara yang mengandungi oksigen untuk kegunaan manusia.
Hadirin sekalian,
Sebelum
saya menamatkan bait bicara, elok rasanya jika saya membuat kesimpulan ringkas
berkaitan perihal Pertanian Bandar membawa Manfaat. Daripada ketiga – tiga
indikator saya tadi, dapat saya kukuhkan pendirian saya bahawa Pertanian Bandar
membawa Manfaat BUKAN HANYA kepada diri sendiri malahan masySarakat seterusnya negara. Justeru saat
ini, marilah kita bersama – sama memulakan Pertanian Bandar yang dimulakan dari
rumah.
Ahmad
Maselan bijak bistari,
Rashid
pula merendah diri,
Semoga
kita berjumpa lagi,
Di
lain waktu di lain hari.
Sekian
sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap
kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan
pidato tadi.
Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.
6 Comments
akak dah start bertani cara macam ni tapi lom nampak hasil yang galak lagi...cili pun tanam dalam pasu...
ReplyDeletepertanian yang tanpa ruang besar.. skrg memang kne terapkan pertanian dirumah tapi huhu bila masa nk bjaga nye huhu
ReplyDeleteboleh. dengan penggunaan inovasi teknologi atau sistem penanaman yang sesuai.
Deletesalam.boleh saya dptkan email dari blogger ni ?
ReplyDeletewasalam. kekapas@gmail.com
Deletethanks Mieza.
Deleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.