Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !

Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record ! 

Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !

Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !


Tak sangka bila terpilih untuk menjadi sebahagian dalam majlis yang dianjurkan oleh Legoland Malaysia. Seronok tak terkata. Bersempena menyambut Tahun Baru pada tahun monyet ni, Legoland Malaysia telah mengambil peluang untuk membina Lego Monkey terbanyak untuk dicatatkan dalam The Malaysia Book Of Records! Teruja sebab jadi sebahagian manusia untuk menyaksikan sendiri majlis penuh gilang - gemilang. Aku ada kat situ woi. Jangan jeles kalian. Rezeki kali ni berpihak pada aku. Insyaallah mungkin selepas ini rezeki kalian untuk menyaksikan mana - mana majlis pula.


Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !

Semangat gila diorang ni pasang lego. Aku tak join diorang pun sebab aku tolong check lego mana yang diorang salah pasang (baca: tolong tangkap gambar secara tak professional sebenarnya). Walaupun matahari terik memancar atas kepala sampai baju telah menunjukkan tanda - tanda tak sihat (baca: baju basah sebab peluh) masing - masing tetap seronok berkejar - kejaran nak cepat siap (baca: konon nak menang dan tunjuk power. Hahahaha). Waktu ni semua bebas jadi kanak - kanak riang. Sebab lego dah jadi milik diorang. Status diketepikan. Yeah! Demi menyahut cabaran Lego Monkey. Lego Monkey harus diselesaikan segera. MESTI!  (baca: macam penyiasatan pulak).

Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !
Comel je. Tempat nak berucap tu pun bentuk lego :)

Kalau korang nak tahu, majlis yang gilang - gemilang ini telah dirasmikan oleh Dato' Mirza Mohamad Taiyab dari Kementerian Pelancongan Malaysia yang mewakili Ybhg. Tan Sri Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Juga telah dihadiri oleh wakil dari media dan rakan - rakan blogger yang lain. Mark Germyn sebagai Ketua Pengarah Legoland juga tidak terlepas untuk membuat ucapan sebelum perasmian dilancarkan.



Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !

Singa comel ni buat tarian singa. Bersemangat betul. Semua mata terpaku macam kena gam. Amboi. Lepas je habis buat tarian, singa ni duduk. Lepastu sebiji buah limau diletakkan dekat mulut singa seorang sebiji. Diorang tarik penonton dengan mengacah - acah buah dekat penonton tu. Aku tak tahu nak terangkan. Harap korang faham. Dalam singa tu kan ada buah oren. Lepastu ada lah beberapa orang penonton yang kena ambil buah dari mulut diorang. Ha, dari situ lah singa ni mula 'berjinak - jinak' dengan penonton. Bila penonton nak ambil buah dari mulut diorang mesti diorang tutup mulut. 'Manja' sangat. :p Kahkah. 

Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !

Kan tadi aku cakap aku tak pasang pun lego ni. Ni orang punya, aku pinjam kejap. Hahhaha. Comel kan? 

Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !
Monkey Lego yang sudah siap dipasang.

Untuk pengetahuan semua pada 22 Januari sehingga 14 Februari, pembinaan Lego Monkey akan berlangsung di Legoland, Malaysia. Lego Monkey yang sudah siap dipasang akan dipamerkan di atas Festive Stage, Lego City untuk para pengunjung yang mengunjungi Legoland, Malaysia. Ha lagi satu, kalau korang nak tengok tarian singa macam aku tengok tadi, korang kena lah datang Legoland pada 8 Februari dan 9 Februari sahaja (baca: limited edition!). Ha pergi tengok kalender cepat. Set the date guys!

Commemorative Lunar New Year Duplo - Brick akan di berikan kepada pengunjung yang menyertai pemasangan Lego Monkey




Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !

"Lunar New Year is quite a special time for our visitors, and we wanted to make sure that they would be in the mood for this special occasion even at LEGOLAND Malaysia Resort! It's the perfect opportunity with the long weekend to come and celebrate at the park and hopefully our visitors will help us get into the Malaysia Book of Records with all their Monekys, too." - Mark Germyn, General Manager Legoland Malaysia Resort


Jangan risau. Korang datang Legoland, Malaysia dan menjadi sebahagian yang menyumbang kepada pembinaan Lego Monkey ni tidak akan datang sia - sia. Korang boleh dapatkan PROMOSI (baca: sementara stok masih ada). Mesti teruja kan bila dengar PROMOSI? Ingat senang ke orang nak bagi PROMOSI dekat kita. Masa ni jelah korang kena rebut peluang keemasan. Lepas ni susah dah nak nampak PROMOSI macam ni. Cepat! Jangan menyesal tak sudah. Nanti kemurungan pulak. Padan muka.


  1. Bawa kawan dengan separuh harga! (Sah dari 12 Jan - 5 Feb 2016) 
  2. Beli '3 percuma 1' pas tahunan! (Sah dari 12 Jan - 29 Feb 2016)
  3. Retail Promotion - Sebarang pembelian lego akan mendapat paket angpow lego dan hadiah monyet ekslusif (Sah dari 5 Feb - 14 Feb 2016) 
  4. Pemegang Kad Maybank boleh menikmati penjimatan sebanyak RM60 apabila membeli sebanyak 4 keping tiket dan layak mendapat limited Lunar New Year brick.

Berbaloi - baloi. Jom kejar promosi ni sebelum tamat!! Kan aku cakap. Tak sia - sia kalau korang jadi sebahagian dari penyumbang yang menyumbang kepada pembinaan Lego Monkey sebab korang datang dengan promosi yang berbaloi - baloi.


Nak tahu lebih lanjut boleh layari :


Untuk maklumat lanjut, korang boleh usha
Website: www.LEGOLAND.my
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia/
Facebook: www.facebook.com/LEGOLAND.my
Hotline (Daily 9am - 7pm): +607 597 8888
Email: info@LEGOLAND.my


Ada banyak benda aku nak cerita sebenarnya. So, tunggu next entri okay? Aku tahu, entri lepas ni mesti korang teruja. Hehehhe. Cuba teka!





Post a Comment

0 Comments