Kene Cakar! - Mieza S Mieza S: Kene Cakar!

Kene Cakar!

January 27, 2016
Kene Cakar!

Kene Cakar!

Haritu kena cakar dengan panda (baca: kena cakar dengan adik aku sebab bergaduh). Luka masih ada. Siap keluar darah lagi. Punya lah ganas adik aku ni. Mungkin dia ni spesis manusia yang tak tahan kena gurau kot. Ah lantak dia lah. Harini kena cakar dengan kucing pulak. Al kisahnya macam ni. Tengahari tadi aku hantar nasi untuk atuk aku. Pintu tu dah terbukak luas. Masa aku nak melangkah kaki masuk dalam rumah, tiba - tiba ada satu makhluk hitam tiba - tiba datang macam bagi renjatan dekat kaki aku. Aku pun tak pasti itu apa. Tapi kucing lah gamaknya. Sebab terkejut aku bukan kepalang lagi. Hahahha. Kalau nak ingat balik, aku rasa macam nak gelak. Sebab sepanjang aku nak pergi ofis balik, aku asyik tersenyum je. Ingat balik apa benda yang jadi tadi. Lawak je. Aku tak dapat bayangkan kalau makanan tu jatuh. Mesti aku kena marah dengan mak aku. Dah la aku terkejut kucing tu main sergah je, lepastu dia mencicit lari macam nak buat drift. Part tu yang aku rasa macam kelakar gila. Aku pulak break mengejut. Tadah kaki bagi kena cakar. Tu aku fobia dengan kucing. Asyik kena cakar je. Seram betul. Nak pegang pun jadi takut gila. 

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.