Bakat Bukan Suatu Kepentingan

Bakat Bukan Suatu Kepentingan



Bakat Bukan Suatu Kepentingan


Bagi aku bakat adalah sesuatu yang dipanggil semulajadi. Sama ada keadaannya disedari atau tidak, digilap atau dibiarkan. Berbalik kepada tajuk entri aku pada hari ini, Nak kata aku ada bakat tidak lah tentang sesuatu tu. Aku sendiri tak berani nak jamin. Sebab aku sendiri tak pasti itu bakat atau hobi. Tapi aku memang minat sungguh untuk buat sesuatu itu. Bagi aku bermakna sangat. Tak lengkap kalau sehari aku tak buat. Sama macam, tak lengkap sehari dalam hidup kalau kau tak bercakap untuk satu hari. Akan rasa letih. Letih sebab kau tak buat apa yang kau selalu buat. Sama macam aku. Aku memang minat gila nak buat sesuatu tu. Tapi tak ramai nak bagi support yang padu. Setakat acah - acah.

Paling tak best, orang paling terdekat dengan aku kadang - kadang nak kalahkan aku (baca: suruh aku berhenti buat sesuatu tu) sebab dikatakan benda tu tak bawak duit. Aku tak sangka, manusia yang duduk keliling aku bercadang nak menjadi seorang yang materialistik. Ya, aku faham kalau dunia sekarang diganggu masalah kewangan yang sangat serius. Tapi, perlu kau berubah untuk jadi materialistik? Perlu? Satu kewajipan menjadi seorang materialistik bila duduk di tanah yang hidupnya serba kurang? 

Selagi aku buat sesuatu tu tak mendatangkan hasil (baca:duit) selagi tu benda yang aku suka akan dipandang enteng. Paling kurang tidak pernah dipedulikan langsung. Hanya di anggap kosong dan lohong. Macam tak bermakna apa. (baca: macam lirik lagu Fynn Jamal pulak). 

Disebabkan semua benda tu, seolah - olah bakat bukan lah suatu kepentingan abadi. Kerana desakan untuk menjadi materialistik telah menutup segalanya. Hidup tak perlu bakat, yang perlu cuma duit. Ha begitulah. Walaupun bakat ada juga menyumbang kewangan (baca: cuma dikit). tapi, masih lagi bakat tidak diperlukan. Cuma hidup dan berjalan seperti biasa menjalani kehidupan manusia bekerja dan terima duit setiap bulan untuk menjalani kehidupan seterusnya. Begitulah tiap hari. Ah bosan!

Bakat sudah tidak dihargai dan disalah erti! 

Post a Comment

0 Comments