Harus Kuat Harus Bangkit
Malu sebenarnya nak stalk Suzie untuk mengetahui perkembangan Afie. Takut tiba - tiba tak perasankan air mata yang keguguran. Cuma gambaran sebak menyelinap. Tidak tahu mahu diungkap bagaimana. Seseorang yang tidak pernah bersemuka, cuma gambar - gambar penyatuan dua hala sebagai komunikasi tidak jelas.
Gambar yang dihidupkan dengan kepingan - kepingan harapan. Harapan yang tak pasti bagaimana esok. Namun, gambar - gambar tetap masuk dan masuk menambah yakin untuk teruskan apa yang pernah mula tentang aku.
Sebab minat, maka aku jadikan dia sebagai contoh hebat untuk diikuti dalam skop minat yang sama. Malah menyemarakkan rasa untuk terus menyintai minat yang tinggal ada tapi tidak diguna. Ya sebab minat sama!
Begitu aku beriya membenih rasa simpati atas ujian yang kalian sedang jejak, Meski pengakhirannya masih samar - samar. Aku doa moga selamat di hujung cerita, kembali semula detik - detik lama. Aku cuma rindukan tangan - tangan dia yang rapuh dalam meng ekspreri cerita melalui gambar.
Suezie semoga awak terus sabar menebar kesabaran menunggu Afie celik. Dan kalian yang membaca, ku harap ada yang sudi melempar lempar fatihah padanya.
- Afie Safwan
2 Comments
hai Afie Dofie sini, yang kemalangan tempoh hari (2016). Alhamdulillah sekarang sudah sihat :)
ReplyDeleteahamdulillah. semoga terus sihat hendak Nya.
Deleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.