Belajar Fotografi dengan Mudah
Aku eksited sangat bila dapat join Bengkel Fotografi yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari ni. Serius. Dan ini merupakan Bengkel Fotografi yang pertama aku sejak aku lahir walaupun minat yang sangat mendalam terhadap ilmu fotografi ni sangat - sangat tinggi. Masalah aku cuma tidak mempunyai DSLR. Aku masih belum mampu nak beli buat masa sekarang. Bila tiba - tiba muncul nya idea yang berjaya dilaksanakan ini, aku antara orang paling teruja. Walaupun dalam tangan hanyalah camera telefon bimbit. Oh ya, seperkara lagi. Boleh dikatan aku orang paling jauh lari, bila ada sesiapa suruh aku ambil kan gambar dia guna DSLR. Sebbab aku tak tahu langsunt setting. Aku takut - takut, dan sangat segan bila aku pegang DSLR. Macam orang dungu. Serius.
Dan aku tak menjangka, Bengkel Fotografi ni sangat seronok walaupun aku tak punya DSLR pun untuk dipraktik kan. Pada tanggal 2 dan 3 Januari maka berangkat lah aku ke Melaka. Dengan hanya berbekalkan azam dan impian. Akhirnya sampai juga di tempat AgroFarm Resort untuk menimba ilmu.
Encik Hadi memberi penerangan mengenai definisi gambar dan fotografi secara keseluruhan. |
Baru aku faham, rupanya gambar ni sama makna dengan menulis dalam definisi fotografi. Dengan erti kata lain kalau kita menulis, kita mesti menulis sesuatu yang jelas dan berfokus untuk memastikan apa yang ditulis sampai kepada sesiapa yang membaca. Sama juga dengan mengambil gambar. Bila ambil gambar, gambar yang diambil perlulah berfokus dan jelas supaya orang faham dan sampai maksud yang hendak kita ceritakan. Paling penting gambar yang diambil perlulah jujur. Apa maksud jujur yang aku cuba cerita ni? Mesti korang pening kan?
Maksud aku jujur bila mengambil gambar ialah : bila korang ambil gambar masakan kari kepala ikan lepastu nak shoot bagi cantik mesti lah korang akan letak bahan - bahan sebagai naik penyeri masakan yang korang nak shoot tu. Mesti antara bahan - bahan yang terlibat untuk dijadikan backdrop ialah daun kari, serbuk kari. Betul tak? Tak kan lah nak letak daun limau purut pulak. Itu lah maksud aku 'JUJUR'.
Potret Dramatik |
Ini bukan potret Akim and the Patriot. Ini ialah Potret Dramatik. Dimana, potret macam ni sesuai untuk menampak kan wow apabila terpandang. Bila korang tengok gambar tu, ada tak nampak macam wow? Untuk orang macam aku, aku selalu terfikir, ni mesti guna background hitam, kawasan gelap, lepastu pancarkan lampu flash. Conform. Tapi, tekaan aku salah sama sekali. Waktu potret ni dirakam, subjek berada di tempat cerah. Disimbah sedikit cahaya yang terhalang cermin tingkap (cahaya lembut yang telah di tapis). Dan inilah hasilnya. Magik tak?
Sewaktu Bengkel Fotografi ni dijalankan ada juga beberapa orang yang tidak mempunya DSLR persis aku. Tapi, Encik Hadi kata jangan risau. Telefon Bimbit zaman sekarang dah setanding DSLR. Cuma tak boleh main setting je. So, cool.
Ini merupakan Lemon yang aku gunakan sebagai subjek dan dirakan hanya menggunakan telefon bimbit. |
Kekurangan telefon bimbit cuma tak boleh nak zoom. Sebab nanti dia crop. Itu akan memburukkan gambar yang telah dirakam. Aku ada tengok gambar - gambar lemon lain yang dirakam pakai DSLR. Lebih kurang je macam aku punya. Cuma beza lagi cantik dan lagi sharp. :))
Berfokus pada CD |
Berfokus pada Laptop |
Gambar diatas adalah hasil dari CD yang dicetak oleh Encik Hadi sendiri. Mudah kan? Selama ni aku cuba dan mencuba macam mana nak hasilkan gambar berfokus yang ada bokeh guna DSLR. Dah selalu sangat aku gagal. Kawan - kawan cakap, "kau pusing jela main - main lens kat depan ni". AKu dah cuba. Tapi hasil gambar aku dengan diorang tak pernah sama -_-
Tak sangka dengan sekali shoot, aku dah BERJAYA! Hasil dari ilmu di Bengkel Fotografi dan CD dari sifoo terbaik Encik Hadi. Cuma gambar aku tak berapa nak sharp. Sebab tak pandai sangat nak setting untuk sharp gambar.
Ada dua tiga orang dah tanya aku, dekat mana aku pergi Bengkel Fotografi ni. Jadi aku sarankan sesiapa yang duduk jauh boleh lah dapatkan CD ni. Memang terbaik. Tutorial satu - satu dan senang sangat nak faham. Kat mana nak dapat? Korang boleh contact sendiri dengan Encik Hadi di https://www.facebook.com/adhadi6 . Ini adalah link blog Encik Hadi http://adhadi.com/ . Tak sangka, aku balik Bengkel Fotografi dengan ilmu yang berkepok - kepok. Ini antara bengkel yang sangat seronok dan senang faham ! ^_^
Kredit sikit untuk Encik Hadi. Beliau sangat cool dan rilek bila mengajar. Untuk beginner macam aku jangan risau dan takut, Segala persoalan akan terjawab dengan baik :) |
3 Comments
InsyaÁllah suatu hari nanti..
ReplyDeleteakan tercapai niat memiliki DSLR :)
akk doakan nt awak miliki DSLR jugak. amin.. nampak semangat kecik tu nk bljr. hehehe
ReplyDeletewhoaaa best bangettt huhuhu
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.