Nota Purba Klasik


Nota Purba Klasik


Nota Purba Klasik


Petang ni, walaupun kerja aku masih juga takat itu tak berganjak. Tapi aku cuba bagi ruang untuk diri sendiri rasa seronok untuk menulis/menaip. Kalau sebut nota purba, mesti terbayang sesuatu yang dah olskul. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi harini memang aku tertarik sangat nak bercerita mengenai Nota Purba. 

Boleh dikira dengan jari berapa kali saja aku jejak blog dia. Sebab aku tak punya ruang yang besar. Kadang mana yang sempat jadilah silent reader menyumpang view. 

Aku pernah jumpa beliau untuk pertama kali. Ketika itu Mommy Irra ada buat gathering kecil - kecil di Shah Alam. Berkesempatan lah berbual tak berapa nak mesra, sebab itu lah kali pertama. Mungkin insyaallah kalau Tuhan berkesempatan panjangkan umur dan rezeki dapat lah aku bertentang lagi mata dengan beliau. 

Untuk kali pertama, first impression aku pada beliau. Seorang yang agak pemalu. Eh, tersama. Tak berapa nak banyak cakap. Kalau orang mula dulu baru lah dia pun sambung. Mungkin akan ada perbualan yang krik krik. Dimana, hanya ada bunyi angin yang menampar nampar wajah. Tapi, itu bukan masalah untuk terus berbual mesra. 

Ouh ya. Nampak macam aku terlupa nak perkenalkan nama pemilik Nota Purba. Nama beliau yang cuma aku tahu ialah Fendi.

Aku tak nak berbual pasal rupa paras blog, sebab aku pun bukan pakar. Aku cuma nak cerita isi kandungan blog beliau yang sangat menarik tapi sempoi. Kenapa? Sebab aku yakin dan pasti beliau sangat suka membaca. Beliau ada review buku - buku yang bagi aku seronok untuk dibaca. Contohnya Bagaimana Anyssa Naik Ke Langit. Bercerita tentang buku ini, memang dah lama aku tercari - cari. Dah pun jumpa sebenarnya di event - event buku. Tapi kebetulan waktu itu, duit tak berapa nak cukup. Jadi aku terpaksa bertolak ansur dengan kehendak. Jadi, aku kuburkan dulu niat untuk memiliki buku tu. Penulis buku tersebut ialah Faisal Tehrani yang mana ada beberapa karya beliau penah dikontroversikan kerana berunsur syiah. 

Pemilik Nota Purba ni, bukan sahaja minat membaca, malahan juga rajin membuat review tentang filem - filem hollywood. Jom lah blogwalking dekat Nota Purba. Mana tahu, terjumpa nota - nota lama :) 



Nota Purba Klasik

Post a Comment

1 Comments

  1. waahhh...!! suka abang Fendi baca ni.. :)
    Dia memang unik kan.. beruntung kita dapat mengenali beliau..

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.