Ulang Tahun Buku Jalanan | Assalamualaikum. Pada 03 dan 04 Oktober yang lalu telah berlangsung nya Buku Jalanan di Street Art (Laman Seni 2). Aku perlu dan harus ada di mana - mana sahaja event yang berkaitan buku atau puisi. Sebab aku suka aku minat. Tak mungkin lah aku cakap aku minat tapi aku tak mampu nak korbankan masa dan tenaga untuk aku pergi tempat macam tu kan? Siapa lagi yanga kan berjuang kalau bukan diri sendiri? Hahah. Ayat tak nak kalah.
SELAMAT ULANG TAHUN BUKU JALANAN YANG KE EMPAT. SEMOGA TERUS SUKSES !
Jadual Program |
Aku rasa ni first time aku join Buku Jalanan punya program. Aku rasa best sebab, yela sebab aku minat. Rasanya sangat susah aku nak jumpa orang yang sama - sama minat dengan aku. Sebab tu bila ada event - event macam ni, aku selalu pergi sorang. Mungkin wujud lah dua tiga orang kawan aku yang minat apa yang aku minat. Aku cuma takut diorang tak selesa dengan event - event macam ni. Aku takut diorang anggap ni event busuk. Hmmmmm KEJAM! Aku tak kisah pun walaupun aku sorang aku tetap puas hati.
Apa itu BUKU JALANAN?
Buku Jalanan ialah satu acara yang berkonsepkan peminjaman bahan bacaan secara percuma dan aktiviti-aktiviti seni. Ianya diilhamkan daripada perpustakaan bergerak menggunakan basikal di Amerika Syarikat. Buku Jalanan bermula di atas rasa keinginan untuk berkongsi budaya membaca bersama masyarakat dengan harapan ianya akan dapat mewujudkan ruang aktiviti yang melibatkan masyarakat dengan fokus kepada bahan bacaan dan aktiviti seni. Buku Jalanan yang pertama diwujudkan bertempat di Shah Alam dan seiring dengan peredaran masa, sehingga kini terdapat kira-kira 14 cawangan Buku Jalanan telah ditubuhkan.
Masa aku datang, mungkin diorang baru nak mula. Sebab tak ramai pun. Petang ramailah. Aku sampai pun masih panas dalam pukul 4 macam tu. Seronok. Sebab buku jalanan ni mengajar kita untuk jadi pencinta buku. Nama pun buku jalanan kan? Paling best, siap ada pinjam dan pulang buku. Macam dekat perpustakaan ^_^ . Siap boleh ambil terus. Diorang buat sistem barter. Tapi, sebab dalam poster tak ada tulis, so tak ramai yang bawa buku. Bukan setakat buku je ada. Korang penat pusing - pusing siap boleh makan. Tapi tak berani lah aku nak makan. Sebab aku ni pemalu sangat :p .
Poster sepanjang Buku Jalanan wujud |
Pakaian terpakai pun ada. Aku mampu tengok jela. Sebab macam tak ada saiz aku. Kalau ada, memang tak malu je aku rembat. Hikhik.
Pakaian, Buku dan barang terpakai lain yang boleh diambil secara percuma :) |
2 buah komik yang sempat dirembat |
MEMBACA BUDAYA PEMBEBASAN
Aku menyokong penuh hasil usaha mereka yang bekerja keras untuk menghidupkan BUKU JALANAN tanpa lelah dan letih. Smeoga ada yang mebghargai usahaa murni kalian. Insyaallahh. | Ulang Tahun Buku Jalanan
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.