4 Jenis FTP Client Terbaik

4 Jenis FTP Client Terbaik



4 Jenis FTP Client Terbaik | FTP bermaksud "File Transfer Protocol".  FTP merupakan cara paling popular untuk proses memindahkan fail-fail dari komputer ke server(hosting). Dengan menggunakan FTP client, fail atau folder yang bersaiz besar dapat dipindahkan dengan mudah dan efisyen.
 
Untuk memindahkan fail - fail yang aku dah buat untuk menghasilkan satu laman web, pensyarah hanya membenarkan kami menggunakan FillaZilla. So, itu pertama kali aku guna. memang sangat mudah dan senang faham :)
 
 
1. FilleZilla – Merupakan FTP client sumber terbuka untuk Windows, Mac, dan Linux yang paling popular setakat ini. Ianya popular kerana antaramukanya yang ringkas, ringan, mudah difahami terutama bagi pengguna baharu, cross-platform(kebolehupayaannya untuk run pada mana-mana platform), dan yang paling best its FREE!. Ianya dibangunkan oleh sekumpulan software engineer yang hebat, jadi mereka akan selalu update FileZilla berbanding perisian FTP client sumber terbuka yang lain.
 
 
2. WinSCP – Satu lagi FTP client sumber terbuka yang popular yang digelar sebagai “Windows Secure Copy“. Ianya percuma, menyokong SFTP dan SCP. Apakah benda semua ni ? hehe. Itu merupakan salah satu protokol yang digunakan untuk keselamatan dalam penghantaran data ke server di mana SFTP bermaksud “Secure File Transfer Protocol“. Kalau anda belajar tentang “Computer Networking”, pasti anda tahu apa yang dimaksudkan dengan lebih mendalam lagi. FileZilla juga menyokong protokol yang berkaitan dengan keselamatan penghantaran data iaitu SSL/TLS (FTPS). Sama seperti FileZilla, WinSCP ringan dan pantas di mana ianya juga menyokong remote text editing.
 
 
3. FireFTP - Ia merupakan Firefox extension yang popular di mana ianya menyediakan keupayaan mengurus FTP client pada browser firefox anda. Extensionnya sangat ringkas dan sebab itulah ciri-cirinya (features) tidak banyak berbanding FTP client yang lain. Tetapi ia masih berguna jika anda sekali-sekala nak upload menggunakan Firefox dan ianya tidak memerlukan setup wizard kerana ianya cuma extension.
 
 
4. Cyberduck – Ianya percuma, sumber terbuka dan popular dikalangan pengguna Mac. FTP Cyberduck menyokong pelbagai servis seperti Amazon S3, Quick Look, Growl , Google Storage, Google Docs, Windows Azure, Rackspace Cloud dan juga WebDAV (Web-based Distributed Authoring and Versioning). Ianya juga menyokong remote editing, jadi anda boleh edit sesuatu fail yang diigini secara direct/terus dan selebihnya biar Cyberduck yang uruskan


Sumber

Itu sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat | 4 Jenis FTP Client Terbaik




 

Post a Comment

0 Comments