Layak Tak Dapat Sedekah?

Layak Tak Dapat Sedekah?


Layak Tak Dapat Sedekah?  | Assalamualaikum. Pernah tak korang tengah makan, atau tengah tunggu lampu isyarat warna hijau, atau tengah isi minyak atau tengah duduk lepak tiba - tiba datang seseorang minta sedekah? Sama ada minta sedekah swap dengan tisu atau jual kerepek - kerepek atau tunjuk kan segala bagai dokumen ic apa lah semua tu untuk membuktikan yang diorang minta sedekah untuk rumah orang - orang tua atau rumah anak yatim atau rumah downsindrom? Pernah?

Jadi, sekadar bertanya. Apa tindakan korang? HA-LAU? Atau cakap "Takpe, takpe terima kasih". Atau hulur seringgit dua?

Apakah konsep sedekah dalam Islam?
Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. 
Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan

Lepas bagi duit selalu cakap dalam hati. Eh dia tu betul ke tak. Ataupun masa dia tunjukkan dokumen segala bagai lepastu kita rasa macam dia ni macam tengah menipu. Kenapa eh hati kita busuk? Orang mintak sedekah pun masih nak busuk hati berprasangka yang tidak tidak dekat dia? Padahal sedekah tu menjurus kepada keiklasan. Kenapa kita tak berniat "biarlah siapa dia yang mintak sedekah tu, dia kaya ke, dia menipu ke atau sesiapa jela " kita niat ikhlas, kita sedekah. Tuhan tahu niat kita. | Layak Tak Dapat Sedekah? 

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.