Khayalan Mimpi




Khayalan Mimpi
 
 
Khayalan Mimpi | Assalamualaikum. Rasanya masih belum terlambat untuk aku kongsikan mimpi aku semalam. Hmm. Semalam tidur lambat sebab takut nak pejam mata. Alkisahnya, aku dah tidur petang. Malam tu aku tertidur kejap sementara tunggu kawan lain siap kerja. Dalam 1 jam macam tu. Tapi tak lena mana. Sekadar pejamkan mata.
 
Masuk bilik, aku tidur. Dengan niat aku nak buat jalan cerita mimpi sendiri. Kipas slow, sebab kawan aku demam. Jadi, tak selesa nak tidur mungkin sebab panas. Aku baru je nak pejam mata. Tiba - tiba, khayalan tu bawa aku pergi suatu tempat yang memang scary. Memang tak suka lah senang cerita. Suasana nya pun memang tak boleh go.
 
Aku cuba nak jerit, tapi macam tak mampu. Mungkin sebab aku tak nak kawan aku dengar, atau sebab aku tak lepas nak jerit. Aku pun tak pasti apa yang aku alami masa tu. Aku cuba juga bukak mata dan yakinkan diri sendiri. Itu cuma mimpi dan aku berhak nak bangun ikut suka aku. Akhirnya, dalam keterpaksaan aku menjerit, aku macam lepas dari sekatan khayalan tadi. Nafas aku macam bebas. Seolah - olah ada sekatan. Aku nak terjemah pun aku tak tahu. Sebab aku tak tahu macam mana nak kisahkan.
 
Tapi jujurnya aku memang benci gila mimpi macam tu. Dan itu bukan sekali aku kena. | Khayalan Mimpi

Post a Comment

2 Comments

  1. Akak kadang-kadang sebulan sekali kena especially time pms...

    ReplyDelete
  2. Mimpi cm tu slalu kalau badan letih Sgt sepanjang hari tu.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.