SUARA PALING SEDAP



SUARA PALING SEDAP


SUARA PALING SEDAP | Assalamualaikum. Percaya atau tak. Suara korang sebenarnya sangat sedap. Tak percaya? Cuba nyanyi lagu apa - apa yang korang suka. Sedap? Tu maknanya experimen ke atas diri sendiri masih belum berhasil kesimpulan muktamat. 


SUARA PALING SEDAP


Jom teruskan experimen ke atas diri sendiri. Masukkan diri korang ke dalam tandas yang berdekatan. Okay sila cuba vokal masing - masing. Amacam? Mesti rasa syok kan? Mesti tiba - tiba timbul perasaan rasa nak ujibakat Akademi Fantasia kan? Tak payah - tak payah. Buang masa. Tunggu aku habis cakap. Bila kita rasa suara kita sedap, mesti rasa macam nak menyanyi dan terus menyanyi. Betul tak? Selain dalam tandas, suara korang paling sedap adalah bila korang naik motor. Angin kan kuat. Korang nak menjerit pun boleh. Apa kata lepas ni jangan menyanyi. Dah pula. Tadi aku suruh korang test suara buat apa? 

Okay macam ni cerita dia. Cerita ni habis sini okay? Daripada korang buang masa menyanyi lagu mengarutm baik korang mengaji atau baca surah - surah lazim masa menunggang motorsikal. Sekurang - kurangnya kalau korang kemalangan, tak ada lah kemalangan masa tengah mendendangkan lagu artis kegemaran. Sekurang - kurangnya ada zikrullah yang meniti di bibir. 

Jangan buat dalam tandas pula. Lepasni praktis tau. Dari korang menyumpah - nyumpah yang entah apa - apa. Elok je bawa motor, jalan pun okay. Sebab Tuhan jaga bila korang baca ayat - ayat al quran :) | SUARA PALING SEDAP


Post a Comment

0 Comments