DAH SEBULAN PUN | Assalamualaikum. Sayang,
hanya tinggal bayang. Dah penat kejar, tapi tak pernah pandang. Aku pun dah
berlalu tak lagi kembali ke situ. Saja mengimbas kembali kenangan :’) Tiba –
tiba je nak rasa sebak. Pagi semalam, dalam pukul 10 kalender aku bunyi. Ingat kan
kenapa. Rupa – rupanya dah sebulan kenangan tu pergi. Simpan lagi tak first
mesej tu? Btw aku still simpan. Mesej – mesej kau yang aku favourite semua aku
baca ulang – ulang banyak kali. Pukul 10 pagi 04/07/2015 tu first kau mesej aku.
Lepas dari tu kita dah start rapat kan?
Ya Allah sakitnya. Sakit bila ingat. Sebab
kau dah tak ada. Aku still harap kau akan sama balik macam mula – mula. Tapi tu
cuma harapan palsu untuk menyedapkan diri sendiri. Saja nak ucapkan selamat
sebulan perkenalan yang tak pernah diiktiraf. Aku selalu doakan kebahagiaan
kau. Aku selalu berharap, kau akan baca semua tulisan – tulisan yang aku karang
ni untuk kau. Walaupun bukan sepatutnya dalam situasi yang macam ni.
Kau kan pernah cakap, “Lepasni boleh lah
update cerita pasal saya pulak kan?” Ya, aku masih lagi update pasal kau. Cuma
dalam keadaan yang tidak ada kesempurnaan. Semoga keputusan yang pernah
menghambat kita dalam keadaan macam ni, adalah keputusan paling suci tidak akan ada cacat cela. AFS, R I N D U ! | DAH SEBULAN PUN
1 Comments
Assalamualaikum...selamat pagi..
ReplyDeletesinggah sini =)
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.