Perjuangan Baru Bermula | Assalamualaikum. Harap harini lebih baik dan lebih indah dari semalam. Semalam kesedihan yang aku alami dah membawa aku ke satu arena yang lama aku impikan. Tentang kekuatan jiwa bila menghabiskan penulisan yang tersangat panjang dan lama. Tak sangka, ada perubahan. Mungkin lepas ni aku kena lebih kukuhkan jiwa. Jangan cepat mengalah. Jangan cepat sangat putus asa.
Dear AFS : Aku nak kau tahu, apa yang kau cakap dekat aku pasal aku cerita buruk kau dekat dia tu memang salah. Demi Allah aku tak pernah langsung cerita siapa kau dekat dia. Aku cuma mintak tolong dia add kau. Aku cuma bagitau kau kawan aku. Dia pun tak tanya aku banyak soalan. Aku pun tak tatau mana dia dapat idea cakap pasal jahat2. Dah kau pulak terasa. Tuhan lebih tahu, bukan kau. Tapi aku tahu, kau memang dah aim aku dengan kesalahan - kesalahan bangang aku. Jadi benda tu boleh menguatkan kau lagi untuk menuduh aku perempuan bangang. Takpe. Aku terima. Kau berhak. Sebab kau ada hak. Kau boleh anggap aku apa pun, asalkan kau bahagia.
Terima kasih jatuhkan aku. Aku belajar untuk makin kuat dan berdiri. Aku masih lagi menyambung penulisan yang terbengkalai. Insyaallah akan siap. Harap aku dapat kekuatan yang luar biasa dan mimpi - mimpi aneh untuk aku sempurnakan penulisan yang aku dambakan. Perjuangan aku baru bermula. Aku harap ada insan - insan sekeliling yang meniup aura positif dalam diri aku yang lemah. | Perjuangan Baru Bermula
3 Comments
Singgah pagi
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan kecik.. :)
ReplyDeletebaru menyinggah d sini ari ni
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.