Jangan Terlalu Baik ! | Assalamualaikum. Saja nak share apa yang aku pernah lalui. Hmm. Sedih tu memang sedih. Tapi, memang lumrah hidup memang macam tu. Nak buat macam mana. Nak tak nak kena juga hadapi dengan tabah. Mana mana pun kau pergi satu je nak pesan. Jangan terlalu baik ! Tak kisah lah dengan sesiapa pun. Sekali kau baik, kau akan terperangkap. Orang akan selalu pergunakan kau. Kau nak lari mana? Kalau situ lah tempat kau cebok berak mandi? Aku ni dah banyak kali kena. Aku tak boleh nak terima orang yang datang dan pergi dalam hidup adalah baik. Jadi bila aku keluarkan statement begini begini, orang cakap aku nak samakan diorang dengan dia. Jadi aku terperangkap dekat situ. Aku pun buka hati dan minda untuk menganggap dia tak sama macam orang lain. Dan akhirnya aku yang kena pijak.
Sedikit tips berguna untuk orang yang selalu sangat jadi baik :)
- Tersenyum dan katakan tidak.
- Cuba untuk berusaha sendiri dan tidak mengharap orang lain
- Memberi keutamaan pada diri sendiri berbanding orang lain
- Selalu lah mencintai diri sendiri
Terima kasih kerana membaca. Semoga bermanfaat | Jangan Terlalu Baik !
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.