Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar


Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar


Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
  • Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
  • Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
  • Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
  • Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
  • Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan


Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar


Tanda malam qadar ialah 
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya suram;
  3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
  4. Seperti ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  5. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
  6. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  7. Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
  8. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
  9. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.


Doa malam Lailatul Qadar

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar



  1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
  2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
  3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.



Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar



7 Keistimewaan Lailatul Qadar 

1. Waktu Diturunkan Al-Quran.

2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan..

3. Malam Penuh Keberkatan.



إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”(Surah Ad Dukhan; Ayat 3)

4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat..

5. Malam Kesejahteraan.

6. Dicatatkan Takdir Tahunan

7. Dosa Diampunkan




Dosa setiap orang yang menghidupkan malam ‘Lailatul Qadar’ akan diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)
.
Semoga bermanfaat | Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar


Post a Comment

0 Comments