Kajaki (2014) FULL MOVIE - Mieza S Mieza S: Kajaki (2014) FULL MOVIE

Kajaki (2014) FULL MOVIE

June 21, 2015

http://www.impawards.com/intl/uk/2014/posters/kajaki_xxlg.jpg



 Kajaki (2014) FULL MOVIE  | Kajaki adalah filem yang dikeluarkan pada tahun 2014 lalu, filem ini diarahkan oleh Paul Katis, ditulis oleh Tom Williams dan diterbitkan oleh Paul Katis dan Andrew de Lotbiniere.


Filem Kajaki ini dibintangi oleh Mark Stanley, Andy Gibbins, John Doughty, Liam Ainsworth, Malachi Kirby, Paul Luebke, David Elliot, Ali Cook, Bryan Parry, Scott Kyle, Jon Paul Bell, Benjamin O'Mahony, Thomas Davidson dan Grant Kilburn.


Kajaki (2014) FULL MOVIE


Sinopsis Filem Kajaki ini diadaptasi dari kisah benar dari pasukan tentera Inggeris yang terdampar di gurun pasir yang terdapat banyak sekali ranjau di Kajaki. Mereka sedar setiap gerakan yang di lakukan akan mewujudkan risiko dan mereka harus meminimumkan setiap pergerakan mereka untuk keluar dari derita tersebut.


Tajuk Filem: Kajaki
Pengarah: Paul Katis
Genre: Drama, thriller, perang
Tempoh: 98 Minit


Maklumat lanjut pada pautan http://www.telegraph.co.uk.


Apa yang menariknya pada filem ini, aku sendiri tak pasti. Untuk pertama kali aku tengok trailer, terus jatuh cinta. Mungkin sebab dari kecik aku minat askar askar perang perang kat tb. Sebab dulu kalau isi buku biodata manjang cita cita aku nak jadi tentera, polis, bomba. Sebab minat benda macam tu. Tapi makin besar makin tahu peraturan nak jadi semua yang aku nak tu memang tak boleh. Huhuuu. Bila tengok filem macam ni, semangat kau dalam diri tu berkobar kobar nak jadi seseorang yang akan membanggakan negara tak kisah lah dalam apa pun yang kau masuk. 


Kajaki (2014) FULL MOVIE


Cerita ni lebih kepada pengorbanan dan persahabatan. Korang boleh bayangkan tak dalam suasana darurat, korang dengan kawan korang ada dekat satu tempat dan jadi tawanan. Diorang (tentera) perhatikan korang dari jauh. Korang buat pergerakkan sikit je korang kene shoot. Gila weyh. Siapa sanggup berkorban? Nak nak bila salah seorang dari kawan korang kena shoot. Mesti lah nak tolong. Tapi jarak tempat kau dengan kawan kau tu beberapa meter. Korang kena minimun kan pergerakkan. Nak ke korang pergi kat kawan korang untuk hulurkan bantuan?  Nahkorang layan lah trailer dia yang superb ohsem. Aku bagi 4 bintang 


Nak tengok full movie, korang boleh pergi dekat pautan yang aku dah sediakan. Enjoy the movie. Sediakan popcorn sekali tau. Baru syok. Kajaki (2014) FULL MOVIE | Kajaki (2014) FULL MOVIE 

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.