Tips Berkawan dengan Si Panas Baran | Assalamualaikum. Harini merupakan hari hari yang sangat mendap untuk otak aku. Sebab telefon bimbit tidak ada. Okay lupakan kisah tentang telefon bimbit. Aku sedang belajar hidup susah sementara. Dalam kelas harini kena siapkan amali. Pensyarah dan pesan awal awal tak nak tengok telefon bimbit atas meja. Tapi ada dua tiga orang yang jenis kepala angin telah mengendahkan pesanan oleh pensyarah tadi. Pensyarah telah mengambil pendekatan untuk merampas telefon tersebut sementara di dalam kelas. Tiba tiba ada keyboard yang dihempas. Satu kelas senyap. Pensyarah bersuara. Pelajar tersebut pun bersuara sekali. Melawan kata kata pensyarah tadi atas sebab tidak puas hati bila telefonnya dirampas. Aku tahu dia tu baik, suka tolong kawan, tak pernah berkira. Cuma kadang kadang dia susah nak terima nasihat orang. Dia jenis panas baran.
Hadis Persahabatan: Bermanis Muka
Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق
“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)
Kadang kadang kita sendiri tak sedar bila kita terpanas baran. Sama ada kita atau sahabat kita sendiri. Jadi selepas berlaku peristiwa tadi, terdapat beberapa blog yang telah di blogwalking oleh aku. Jadi aku disini untuk berkongsi tips berkawan dengan si panas baran.
Makna Sahabat Menurut Rasulullah SAW “Sebaik-baik sahabat adalah di sisi Allah orang yang terbaik terhadap temannya"( Hadits riwayat Al-Hakim).
Begitu tinggi nilai persahabatan di dalam Islam sehingga Rasulullah sendiri pun mengakuinya.
Tips Berkawan dengan Si Panas Baran
1: diamkan diri, jangan respon apa-apa pada kemarahannya
Api bila dilawan dengan api, sampai bila-bila kedua api tu tak akan padam. Bila api dilawan dengan air, sudah tentu api cepat padam. anas baran adalah sifat api yang panas manakala berdiam diri merupakan satu sikap yang sejuk dan sejuk adalah sifat air. Jika Anda sedang berdepan dengan orang panas baran yang tengah marah, biarkan dia lepaskan kemarahannya. Elak untuk tidak melakukan apa-apa selain itu. Tip ini sangat berguna, terutamanya bagi pasangan suami isteri.
2: Jauhkan diri daripadanya buat seketika
Biasanya orang yang panas baran ni suka menyalahkan orang lain atas segala masalah. Dia lebih suka menuding jari dari mencari salah dalam diri sendiri. Apabila kawan anda yang panas baran tu sedang naik marah atau menunjukkan air muka kurang senang kerana dia marah, jauhkan diri buat seketika. Ini kerana anda akan cepat terjangkit oleh aura negatif yang terpancar dari emosi kemarahannya. Anda akan terjangkit sama. esannya anda akan rasa tertekan secara tiba-tiba. Apabila anda sudah tertekan (stress), mudahlah untuk masalah muncul bertimpa-timpa dalam hidup anda, semuanya kerana anda tertekan. Jauhkan diri supaya anda dapat menjaga dan mengekalkan aura positif pada diri anda.
3: Beri masa untuk dia sejuk sendiri
Orang panas baran ni sebenarnya akan malu sendiri apabila marahnya sudah reda juga apabila kepanasan hatinya berlalu pergi. Orang yang cepat marah samalah dengan orang bodoh, sebab dia tidak mampu mengawal kemarahannya. Orang yang cepat naik marah senang diperbodoh-bodohkan, kerana perkara kecil pun boleh menaikkan kemarahannya.Lembu jantan yang cepat naik marah juga senang diperbodoh-bodohkan untuk dijadikan sumber hiburan masyarakat sekeliling. Itu sebab kenapa matador di Sepanyol suka mengapi-apikan kemarahan lembu jantan supaya ia boleh menyebabkan penonton terhibur dengan radukan bodoh si lembu.Orang sekeliling suka melihat orang yang sedang naik marah sebab orang marah tu akan buat perkara-perkara bodoh yang melucukan.
Orang yang sedang marah biasanya bertindak mengikut perasaan. Dia akan bertindak sesuka hati. Tindakannya pula melulu yang menyebabkan tindakannya itu nampak lucu, menarik dan menghiburkan.Contoh? Tengok sukan gusti.
Rujukan : http://agc-blog.agc.gov.my + http://duniajilbab.tumblr.com + https://sitik.wordpress.com
2 Comments
Singgah petang...
ReplyDeleteSo far..xde lagi kawan atau sahabat yang jenis panas baran..
Hai n assalamualaikum sy alya. Sy xde kwn yg jenis panas baran sampailah sy masuk uni n kenal sorg pempuan ni. She’s fine, baik je kdg2. Tapi once dy dh mrh over something, habis smua org dy nk mrh. Actually, sy prnh nangis sbb dy. takut. Time tu dy tgh drive n then dy tgh borak2, sy plk kt sebelah dy in effort tgok google maps sbb jalan tu first time ktorg lalu. Then skali tu maybe sy diam kejap sbb pening tgk maps, dy ttba mrh ckp palau aq eh. Terus dy bwk laju giler, msuk simpang pn laju smpai sy mcm ehhh apa dy ni. Sumpah time tu rsa cm nk accident dah! Takut sy tu sy pendam, sy buat2 okay dpn dy. but balik bilik, terus sy ngis. Takut. Thanks sbb sudi baca 😢
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.