TUTORIAL CREATE BUTTON (buat butang) | Assalamualaikum dan selamat petang. Ini merupakan tutorial access aku yang pertama. Selepas ini insyaallah akan ada lebih banyak tutorial asas yang perlu kita tahu bila kita menggunakan access bagi yang baru belajar. Tujuan aku buat tutorial ini adalah untuk memudahkan pelajar macam aku terutamanya yang baru pertama kali membuat pangkalan data dengan menggunakan access. Susah kan nak cari dekat google tutorial? Jadi, disebabkan aku ada basic, jadi aku kongsi lah serba sedikit mana yang aku tahu. Okay lets start.
Apa itu 'Button'. ? 'Button yang aku maksudkan ialah button yang akan diwujudkan dalam form (borang) yang terdapat dalam sistem anda. Kegunaan button adalah seperti menambah data, membuka form(borang) baru dan sebagainya. Apa itu borang? Borang ialah perkara lazim yang akan diisi oleh pengguna untuk setiap kali kita mendaftar masuk untuk mana mana program, atau kursus atau apa apa sahaja yang bertujuan untuk data kita diisi.
Untuk tutorial yang ni aku buat pada form(borang) kosong. Jadi korang kalau tak faham tanya. Untuk newbie. Kalau dah excellent jangan tanya aku. Sebab aku bukan pro :)
Kalau korang dah ada form (borang) boleh buat button pada form(borang) korang. Kalau tak de, meh kita cuba cuba test.
1. Click pada 'Blank Form' yang terdapat di tab form.
2. Untuk paparan seperti di atas pastikan mood adalah 'Design View' .
3. Kemudian, korang boleh pergi ke tab Design. Korang akan nampak bentuk empat segi sama yang ada tulis XXX. Once korang dah klik, akan keluar popup seperti paparan di bawah.
4. Boleh pilih lah mana mana yang korang nak. Button ni boleh digunakan untuk open form lain, tambah data, delete data, rekod seterusnya dan sebagainya. Boleh cuba mana mana yang berkenan.
5. Selepas tu, korang boleh decide nak jadikan button tu gambar icon atau perkataan. Macam aku , aku lebih suka taip. Jadi aku pilih funtion button yang membolehkan data ditambah. Jadi aku menamakan button sebagai (+) DATA.
6. Dah habis tulis? Klik Finish.
Senang kan? Kegunaan button ni kalau nak nampak lagi bagus, korang kene ada satu contoh form (borang) barulah korang boleh nampak macam mana dia berfungsi :)
Okay dah siap kan. Kalau tak faham boleh tanya.
2 Comments
Bgus nih...memang membantu..btw, visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging
ReplyDeletenice :)
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.