PENGENALAN ASAS PANGKALAN DATA







  • Pangkalan Data merupakan perisian yang digunakan khusus dalam kerja kerja yang melibatkan banyak data. 
  • Membolehkan kumpulan maklumay diprogramkan supaya memudahkan pengguna mencari maklumat tertentu sama ada sebahagian mahupun keseluruhan.




Fail Pangkalan Data.
• Access adalah satu perisian pangkalan data yang bersifat RDBMS (Relational
Database Management System). Access dapat menyimpan dan mencapai data /
maklumat berdasarkan perhubungan atau perkaitan yang ditakrif oleh pengguna.
• Melalui Access kita boleh menyusun atau data / maklumat mengikut sesuatu perkara,
supaya data yang kita simpan mudah untuk dikesan. Kita boleh menyimpan data bagi
perkara-perkara yang berbeza, tetapi ada juga yang mempunyai perkaitan antara satu
sama lain, dan data yang berkaitan ini mudah untuk digunakan.
• Table (Jadual): - Merupakan satu objek dalam pangkalan data yang mana angka dan
fakta-fakta disimpan dalam bentuk 2-dimensi, dalam baris dan lajur.
• Medan (Field): - Merupakan satu kategori maklumat dalam jadual, seperti alamat,
judul buku, identity pelanggan dsbnya. Medan mewakili lajur daripada jadual.
• Rekod: - Satu koleksi data pada suatu jadual. Baris mewakili rekod-rekod daripada
jadual.
• Pangkalan data:- Merupakan satu koleksi maklumat atau objek yang digunakan
untuk mengurus angka-angka dan fakta-fakta. Maklumat tersebut dihubungkaitkan
dengan sesuatu perkara atau tujuan.
• Carian (Query):- Merupakan maklumat yang ingin diketahui oleh pengguna dari
suatu pangkalan data, sama ada tentang nama pelanggan, hasil keluaran yang tertinggi,
atau keputusan peperiksaan yang terbaik.
• Borang (Forms):- Merupakan satu bentuk atau rangka untuk memudahkan pengguna
mengedit, memasukkan, atau melihat data. Bentuk yang telah dibina itu juga boleh
dicetak untuk kegunaan tujuan lain.
• Laporan (Report):- Merupakan laporan pangkalan data dalam bentuk cetakan.
Laporan ini boleh dibina dengan memasukkan medan-medan tertentu, output dari
pengiraan, tajuk, graf, gambar rajah dan maklumat-maklumat lain yang dirasakan
perlu.
• Makro (Macro):- digunakan untuk melakukan tindakan asas secara automatic dan
membolehkan objek-objek bekerja bersama tanpa melibatkan pemprograman,
misalnya MS Access secara automatic akan membuka satu set form apabila pangkalan
data dibuka, atau klik satu butang untuk mencetak laporan secara bulanan, atau untuk
membuka Form yang lain.
• Modul (Module):- Prosedur dalam bahasa Visual Basic untuk melakukan operasioperasi
yang lebih kompleks dan tidak disediakan oleh makro.
• Objek:- Suatu unit yang boleh ditakrifkan dalam pangkalan data, seperti table, report,
atau form.




Istilah Khas
Takrifan
Contoh
Data
Fakta asas. Ia boleh terdiri daripada individu, tempat, peristiwa atau konsep. Jika data digunakan secara bersendirian, ia tidak memberikan apa-apa makna dalam konteks sesuatu permasalahan. Contohnya, satu item, seperti ‘sarjana muda’ sahaja, tidak memberikan apa-apa makna setelah ia dicapai dari fail.
1998, Sejarah, Fajar
Bakti.
Maklumat
Data telah telah diproses dan berada dalam struktur yang berguna untuk membolehkan keputusan dibuat.
Bilangan buku
Sejarah, Tahun-tahun
penerbitan buku
Sejarah.
Persekitaran 
(dunia nyata)
      Organisasi tempat pangkalan data direka bentuk
dan dibangunkan.
Perpustakaan,
Universiti, Hospital,
Bank.
Entiti
Suatu objek yang unik 
dan boleh dikenal
 pasti dalam persekitaran tertentu.
Persekitaran:
Perpustakaan;
Entiti: Buku,
Pengarang, Penerbit.
Attribut / Medan/
 item data
     Ciri-ciri yang 
 menghuraikan
 tentang suatu entity.
Entiti: Buku;
Atribut Nama:
No. ISBN,
Tajuk Buku,
Pengarang, Tahun,
Penerbit;
Atribut Nilai:
AA61.90, Sejarah,
Zain, 1998, Fajar
Bakti.
Rekod
Sekumpulan atribut /
 medan / item data yang
diperlukan oleh 
sesuatu entity.
AA61.90, Sejarah,
Zain, 1998, Fajar
Bakti ialah satu rekod.
Fail
Sekumpulan rekod
 yang diperlukan oleh 
 sesuatu entity.
Fail Buku, Penerbit.
Pangkalan Data
Sekumpulan fail-fail 
yang diperlukan oleh
organisasi.
Katalog;
Persekitaran:
Perpustakaan;
Fail: Buku,
Pengarang, Penerbit,
Pembekal.










Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.