Penafian | Tentang Penulis | Hubungi


Saturday, January 31, 2015

REVIEW

Mieza S | 1/31/2015 11:06:00 PM | 0Comments |



BLOG 

#2   Review Blog
#3   Review Blog
#5   Review Blog
#6   Review Blog 



INSTA


Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN

Mieza S | 1/31/2015 09:04:00 PM | 23Comments |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 31 Januari 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 



  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.
SENARAI PESERTA
Kredit untuk Kak Mialiana
                                                    

TUTORIALS

Mieza S | 1/31/2015 08:58:00 PM | 0Comments |

MERRIDEW CLOTHING - support lokal

Mieza S | 1/31/2015 07:46:00 PM | 5Comments |


Merridew clothing



MERRIDEW CLOTHING - support lokal | Assalamualaikum buat semua pembaca yang sudi singgah di Kanvas Dakwat. Beberapa minggu yang lepas aku ada buat tempahan pada Merridew Clothing. Lama juga aku menunggu barang yang tak kunjung kunjung tiba. Sampai aku merindui sungguh pada abang pos laju yang sering datang ke rumah. Maksud aku di saat beliau mengantar pesanan.


Sejak aku menginjak nak angka 20 - an ni, minat aku dan cinta aku pada barang lokal ni sangat dalam. Mungkin ada orang kata annoying ah minat aku ni. Aku peduli apa. Dah aku suka. Walaupun baju lokal ni harga nya mahal tapi kualiti nya kurang memberangsangkan, tapi sebab aku rakyat Malaysia dan aku support design dan keseluruhan mereka, jadi aku sanggup untuk terus support walau ramai yang pandang sinis. 


Bak kata adik aku, buat apa nak beli barang lokal. Dah lah mahal tak famous pulak tu. Baik lah dia beli baju yang berjenama omputih katanya. Lebih digilai. Bagi aku, tak kisah lah famous ke tak. Janji aku support. Tu je yang penting. Lagipun selalu yang hidup dengan art and design lokal ni anak muda. Why kita yang suka kondem anak muda dengan itu dan ini, berdiri untuk berada di belakang dorang support apa dorang buat. 


Sebenarnya banyak sudah koleksi Tshirt lokal aku. Cuma baru kali ni aku berkesempatan nak menunjuk. Design memang simple. Aku tak tahu nak cakap perasaan aku masa pertama kali aku sarung baju ni mengena di batang tubuh. 


Rasa selesa gile. Ouh lupa nak bagitau. Masa aku beli baju ni, harga dia ada promosi di Instagram. Tu aku cepat cepat beli. Lagipun aku bukan lah orang yang sentiasa berduit. Cuma bila ada harga murah ni lah aku kene cepat grab biar tak rugi nanti. :)


Merridew Clothing

Merridew Clothing


So sebagai anak muda, "Lokalah kata sapot. " :)

MELAYU DITIPU ??

Mieza S | 1/31/2015 02:54:00 PM | 2Comments |


melayu ditipu


MELAYU DITIPU |  Cerita ni aku kongsi untuk pedoman buat semua. Beberapa hari lepas, sewaktu kerajinan aku membelek belek facebook mata aku tertancap pada satu nama yang 'share' dua gambar di bawah dalam satu group motor di Facebook. Aku pun tak tahu lah kenapa boleh timbul perkara sedemikian rupa. Ni masalah melayu bila berniaga. Bukan sekali dua aku nampak. Banyak kali. Alhamdulillah bukan aku yang kena. Namun, perasaan simpati pada mereka yang terkena tu turut ada. Mana taknya, ditipu bukan RM10, tapi sebanyak RM480. Banyak tuh. 


Perkara sebegini kadang kala boleh menimbulkan rasa tak percaya kita pada perniagaan online yang berlaku dalam kalangan Melayu itu sendiri.



melayu kene tipu



melayu kene tipu



Bukan setakat tu je, dalam instashop pula. Pernah menjadi satu topik hangat satu ketika dulu. Instashop penipu. Ye memang. Tapi kenapa mesti dalam kalangan Melayu bila perkara macam ni timbul? Cara lain seperti resit juga sangat ditakuti. Perkara macam ni pula kebanyakan akan berlaku dalam kalangan mereka yang bergelar designer atau mereka yang pandai dalam editing. Bukan aku memburukan imej designer. Tapi inilah hakikat yang perlu kita terima. 


Bila kita diberi anugerah mencipta sesuatu dan kita mula menggunakannya secara salah untuk kepentingan peribadi. Gambar resit berkenaan aku dah terdelete. Aku jumpa dalam group *** yang membincangkan semua hal berkenaan design. Salah seorang designer yang membuat upah tempahan T shirt telah menerima satu salinan resit yang dihantar secara gambar. Seperti kebiasaan yang kita buat, bila kita dah bank in duit pada Owner kita akan ambil gambar resit untuk di attach pada beliau sebagai lampiran bukti tentang payment kita. 


Gambar tersebut bila dilihat sekali imbas sebiji resit yang sebenar (maybank). Tapi bila di amati secara teliti, kita tertipu. Bila beliau tanyakan kepada customer, beliau mati mati pertahankan tentang payment memang sudah dibuat dan itulah bukti nya. 


Pengalaman aku pula yang menjadi agen dropship untuk Tshirt ni kadang kadang nak menangis pun ada. Aku pernah jadi customer. AKu tahu memang sakit hati bila barang yang kita nak dapat lambat. Tapi aku tau, bukan salah dia sorang. Dan aku sepatutnya terapkan sifat sabar dalam diri aku sendiri. Jadi bila berlaku nya penjualan online, customer dan owner harus saling mempercayai antara satu sama lain. 


Bila kita bekerja bawah orang, dan ketika itu kerja aku hanya lah mengambil tempahan dan secara keseluruhan dari membuat baju sampai lah yang pos barang orang lain yang buat. Jadi bila customer tunggu barang tak sampai sampai aku lah yang akan dicari. Bukan salah aku. Tapi sebab aku yang ambil tempahan jadi semua nya aku yang kena terima. Kita kena pertahankan bos. Tapi disini aku nak minta maaf pada Bos aku sebab banyak menyusahkan kamu untuk setiap saat aku mengganggu kamu dengan mesej mesej yang tidak sabar. 


Aku terpaksa pula suruh customer berurusan terus dengan Owner. Hmm. Pernah sekali tu aku order baju local dengan *** . 3 minggu beb aku tunggu. Kau rasa kau sabar tak? Padahal guna perkhidmatan pos laju. Lama gila kod. Tentang perkembangan baju pun aku yang kena terhegeh hegeh text dia. Tanya apa cerita baju aku tu. Okay cerita sini habis sini.



Jadi adakah patut seandainya Peniaga Online diWajibkan untuk mendaftar SSM? 


credit to HasrulHassan.com




LIRIK LAGU BALASAN JANJI PALSUMU - LEON

Mieza S | 1/31/2015 01:42:00 PM | 0Comments |

Pada suatu waktu
Engkau bersumpah
Bahawa engkau ikhlas menyintaku
Dan engkau berjanji
Akan setia kepadaku...

Aku pun percaya
Sumpah setiamu
Lalu aku pun terima dirimu
Sebagai kekasih
Ku serah oh jiwa dan raga ini
Hanyalah untukmu...

Di awal percintaan
Sungguh indah hidup kita
Dan kemesraanmu
Membangkitkan kasih sayang
Betapa relaku
Berkorban untuk mu...


Tetapi mengapa dengan tiba-tiba
Engkau membenciku
Hingga kau tergamak
Tidak sudi lagi memandangku...

Oh dimana sumpah setiamu
Dahulu oh... sayang
Seandainya suatu hari nanti
Hidupmu tak bahagia
Itulah balasan
Sumpahan janji palsumu


credit to youtube

AKU TAK LAWA

Mieza S | 1/31/2015 12:44:00 PM | 0Comments |


AKU TAK LAWA


“Kalau kau tak suka aku, tak mengapa. Ingat aku buruk sangat ke nak dapat lelaki yang jauh lebih baik dan handsome daripada kau?!”

Jerit Natasya sehingga mengakibatkan semua orang di cafe berpaling ke arahnya. Tudung yang ditiup angin dipegang kuat agar auratnya tidak terdedah, seperti terdedahnya perangai buruk lelaki dihadapannya.

Dia melangkah laju keluar dari café. Don’t worry. Duit makan dan minum tadi dah letak siap-siap atas meja. Kalau tak cukup, tambah sendirilah. Kata gaji banyak sangat.

Manalah gadis tu tak bengang. Dari awal pagi lagi dia dah bersiap, ambil cuti bagai. Bila sampai saja, kena kutuk semahunya oleh lelaki tu. Memanglah lelaki tu kacak bergaya, tapi perlu ke dia nak kritik dari atas sampai bawah penampilannya?

“Awak nampak lain. Dalam Instagram, cerah. Dekat luar ni, sebaliknya pula. Maaflah, saya jumpa awak ni sengaja nak tahu awak ni macam mana orangnya. Kalau dalam alam maya pun dah tak jujur, di realiti lagilah kan? Saya tak suka orang yang fake.”

Itulah kata-kata yang telah mengundang kemarahan dirinya. Siapa tak pernah edit gambar? Siapa yang tak pernah cerahkan tona warna kulit di media sosial? Cuba cakap, siapa? Siapa yang betul-betul tulen ada di alam maya? Bukankah semuanya memang menipu sesama sendiri. Tak perlulah sampai nak nilai orang begitu dan begini. Ingat diri tu suci sangat?

Masuk dalam kereta Viva kepunyaannya. Bayar tak habis lagi. Baru tiga tahun beli. Ada lagi baki enam tahun loan. Itulah jasa dari kerja di stesen minyak. Awal-awal dulu, kerja jurupam. Tapi, kerja itu dah dimansuhkan. Jadi, kerjanya sekarang menyeluruh. Kadang-kadang jaga kaunter, kadang-kadang bersihkan kawasan stesen minyak. Kadang-kadang, jurupam kereta orang-orang tua yang tak larat nak isi sendiri. Kadang-kadang, tolong bersihkan cermin kereta pelanggan. Tak ramai pun pekerja di stesen tu, adalah dalam empat, lima orang termasuk tiga Nepal. Warga asing tu kerjanya cuci tandas dan jurupam. Tapi, tak selalu pun. Kerja tak banyak, cuma kena banyak berdiri. Pendapatan sebulan kalau rajin termasuk overtime, bolehlah dalam RM1200.

Natijahnya, kulitnya semakin hari semakin gelap. Entahlah kerana kesan dari wap petrol atau terkena bahang mentari. Dia tak pasti. Yang pasti, dia dengan pekerja Nepal tu dah tak ada beza. Sampai pekerja asing tu pun tak berminat dengannya. Minat dengan pelanggan yang berkulit putih. Ingatkan Nepal ni pilih yang sama warna, rupanya sama saja dengan lelaki lain. Asal dahi licin, nak. Asal cun, nak ngurat. Padahal lidah berbelit-belit nak cakap Melayu. Beza sikit saja dengan lelaki Melayu mereka ni. Lelaki Melayu malas pergi solat hatta solat Jumaat. Tapi, mereka ni rajin ke surau. Yang itu bolehlah dipuji. Dari segi yang lain, sama hampeh.

“Eh, kata cuti hari ni?”

Membernya di kaunter hairan.

“Tak jadi. Sebab hari ni diramalkan gempa bumi akan berlaku tiba-tiba. Sebab tu, aku masuk kerja balik supaya gaji aku sempat diselamatkan. Koh koh koh.”

Natasya gelak terbatuk-batuk sendiri. Sebenarnya, dia terpengaruh dengan cara gelak ‘abang bikai’ di Facebook. Mamat tu memang bangang, poyo lagi tak guna. Tapi, zuhud orangnya. Natasya menyarung vest company. Malas pula dia nak tukar tudung shawl yang dia dah belajar lilit sepanjang malam tadi di Youtube. Sia-sia saja.

Seketika, masuk sebuah lori sampah ke stesen.

“Isi penuh. Macam biasa, bayaran pun macam biasa masuk akaun majlis bandaran.”

Pemandu lori sampah itu ke kaunter dan turunkan cop dan tandatangan. Prosedur biasa. Natasya terus ke lori sampah, buka penutup dan tekan nozzle. Tunggu sampai penuh.

“Lawa-lawa hari ini, dari mana ni? Nak pergi kenduri ke?”

Pemandu lori yang dalam lingkungan 27 atau 28 tahun itu menyapa. Memang dia macam tu.

“Kenapa, tak boleh ke saya pakai macam ni? Kena pakai tudung warna sama macam warna signboard stesen ke apa?”

Tinggi sedikit nadanya. Pemandu itu senyum. Membetulkan topi di kepalanya.

“Amboih marahnya dia. Janganlah, orang tanya je pun. Marah-marah nanti, kahwin dengan abang habislah. Mula-mula benci, lama-lama sayang. Bukan abang cakap tahu, orang-orang tua yang cakap. He he.”

Natasya mata ke atas. Meluat.

“Dah. Buat sendirilah benda ni.”

Terus gadis itu berlalu dari situ meninggalkan abang driver tercengang-cengang sendirian. Jejaka itu fikir, mungkin moodnya tak begitu baik hari itu. Biasanya, gadis itu tak kisah dia nak melawak atau berseloroh.

***

Malam minggu. Natasya tak kerja malam itu. Dia dah kerja sepanjang siang tadi. Malam boleh rehat. Kawannya call, ajak keluar. Suruh pakai baju kurung pula tu.

“Nak pergi mana?”

“Nak pergi majlis cinta Rasul.”

“Tak naklah. Aku penat.”

“Jomlah. Aku nak tengok jubah-jubah yang jual di situ je pun. Shawl pun banyak. Murah-murah, beb.”

Shawl? Okay. Natasya terus setuju. Dia memang sedang berjinak-jinak dengan shawl halfmoon. Nampak kena dengan mukanya. Excited.

Tak sampai setengah jam, dah sampai. Lepas Isyak, semua orang sedang berselawat ramai-ramai. Dua gadis itu pula sibuk mencuci mata di gerai pakaian. Rambang mata. Kalau dah namanya perempuan.

Penat round merata gerai, mereka duduk seketika sambil minum-minum.

Telinga Natasya cuba menangkap bait-bait kata penceramah yang sedang berucap di majlis itu.

“Sebenarnya, kita semua sedang menipu diri sendiri. Saya menipu, yang hadir ini juga semuanya sedang menipu.”

Majlis gamat seketika. Penceramah itu menyambung kata,

“Sabar dulu. Maksud saya, di bibir kita lafazkan selawat pada Rasulullah s.a.w.. Tapi dalam masa yang sama, kita balik rumah malam ini, kita sambung perilaku yang sama. Kita sambung berbuat dosa. Kita sambung kegiatan maksiat kita.

Mulut kata cintakan Rasulullah s.a.w. tapi perbuatan kita seakan-akan menidakkan dengan keras kata-kata yang terlafaz.

Manis cuma di bibir. Di perbuatan, pahit kelat. Tak seiring, luaran berpakaian busana Muslim dan Muslimah. Tapi, perbuatan kita tidak semenggah pakaian.
Bukankah kita sedang menipu diri sendiri? Andai cinta Nabi s.a.w., cintailah dengan sepenuh hati. Segala sunnahnya kita turuti dan larangannya kita tinggalkan.

Tanya diri sendiri,

‘Di mana aku letakkan cinta pada Nabi dalam hati sendiri?’

Sepatutnya, cinta Allah dan Rasulullah s.a.w. diletakkan dalam sudut yang paling dalam. Cinta pada yang lain-lain hanya diletakkan di lingkaran luar hati yang paling nipis.

Saya berikan contoh.

Awak cintakan seseorang, isteri atau suami. Awak letakkan orang yang awak paling sayang ini di dalam lubuk hati terdalam. Apa akan jadi bila orang yang kita sayang ini berpaling arah, mengkhianati kita? Sudah pasti hati itu hancur lebur. Awak down serta-merta. Sebab lubuk hati itulah akar jiwa. Bila akarnya sudah diracun, seluruhnya akan mati perlahan-lahan. Jiwa awak akan mati. Semangat awak akan mati.

Tapi, bayangkan andai di dalam lubuk hati itu adalah Allah dan Rasulullah s.a.w.? Andai awak kehilangan segala-galanya di dunia sekalipun, jiwa awak tetap utuh, keimanan awak tetap teguh. Kerana awak percaya, Allah dah tetapkan segalanya berhikmah. Ada hadiah di sebalik ujian.

Bila awak percayakan segala kata-kata Rasulullah s.a.w. sepenuh hati pula, awak akan dapati kata-kata Baginda akan membawa kepada ketenangan jiwa menempuh jalan berliku di dunia.

Orang yang betul-betul cintai Nabi, kesabarannya akan berada di tahap tinggi. Sedangkan mereka yang sebaliknya, akan cepat amarah dan salah-menyalahkan.”

Natasya tersentak seketika. Diteropong ke dasar jiwanya sendiri. Serta-merta, air matanya mahu mengalir. Menitis di hadapan kawannya. Kawannya sedikit terkejut.

“Kau dah kenapa?”

Natasya sedikit sebak. Cuba senyum dengan air matanya yang masih mengalir.

“Kata-kata penceramah itu menusuk hati aku ni.”

Kawannya tersenyum sama.

“Dia bukan penceramahlah. Aku kenal orang tu. Dia pengerusi gantian malam ni. Dialah yang tolong pasangkan pentas tu dengan kawan-kawannya.”

“Macam mana kau boleh kenal?”

Kawannya tergelak.

“Dua pupu akulah.”

Natasya mengangguk-angguk. Tak kisahlah siapa. Janji, kata-katanya itu memberi kesan padanya.

***
Semua orang beransur pulang. Majlis dah tamat.

Dua gadis itu pun sama. Tiba-tiba, ada orang seru nama kawan Natasya dari arah belakang.

“Dah nak balik?”

Seorang jejaka berjubah dan berserban datang dekat. Nampak macam macho jugalah. Tak berkelip seketika Natasya perhati. Macam Pencetus Ummah. Kawannya pun perkenalkan, itulah dua pupunya yang berucap seketika tadi.

“Eh, macam kenal saja.”

Natasya berkerut kening.

“Lah, kenapa pula tak kenal. Awak yang marah-marah di stesen minyak hari itu, kan?”

Baru Natasya perasan. Abang pemandu lori sampah rupa-rupanya. Kawan Natasya tergelak sendiri.

“La, dah sama-sama kenal rupanya. Buat letih saja aku kenalkan.”

Abang driver tu tanya spontan dua pupunya,

“Ni kawan kau ni single lagi ke ni?”

Kawan Natasya tu cepat-cepat angguk.

“Single dan tulusly mencari. Hi hi.”

Natasya tersengih-sengih, tersipu-sipu malu sambil mengetuk-ngetuk kepala kawannya. Kawannya mencubit-cubit tarik pipi Natasya. Natasya tarik-tarik hidung kawannya.

Abang driver menggaru-garu serbannya sampai senget.

“Udah-udah, minggu depan abang masuk minang awak. Boleh?”

Natasya tunduk. Senyum sendiri. Ketiga-tiga orang itu senyum. Hajat di hati nak cari shawl halfmoon, dapat benda lain pula. Allah bagi moon terus. Bulan cerah dalam hati Natasya.

Aturan Allah lebih indah dari aturan hati manusia.

***

Nikah sudah selesai.

Dah 6 bulan berlalu.

“Kenapa abang pilih Tasya? Abang ada rupa, kacak pula tu. Rupa Tasya sudahlah hitam legam. Tak lawa pun. Tengok gambar-gambar kahwin semua nampak sangat mekap. Tak berjaya juga cover kehitaman tu. Tak dapat banggakan abang depan famili dan kawan-kawan abang. Kalau upload ke Instagram pun buat malu abang saja. Sebab tu, tak upload langsung pun gambar nikah kita.”

Suaminya itu tersenyum. Sambil duduk di buaian. Isterinya berada di buaian sebelahnya. Mereka sedang berperasan mereka masih kanak-kanak, main buaian di playground.

“Elok juga tak upload. Kurang sikit dosa tayang bini. He he. Rupa tak penting. Yang penting, Tasya jujur. Pandai jaga hati abang. Rajin. Tak malu pun kerja di stesen minyak. Gadis yang ada ijazah, ada kelulusan tinggi, mana ada nak kerja di tempat tu. Tapi, Tasya walaupun ada ijazah, tak memilih kerja.

Tasya pun tak kisah siapa abang. Abang kerja bawa lori sampah saja. Tak ada gadis yang sudi dengan abang. Balik rumah bau badan busuk. Kerja tak ada standard. Tapi, mereka tak tahu, kalau sampah-sampah tidak dibawa ke tempat pelupusan, hari ini sudah pasti semua orang berada dalam persekitaran yang busuk dan berpenyakit.

Sebenarnya, cantik atau tidak seseorang perempuan itu adalah pada pandangan suami dan keluarganya. Tak penting pun pandangan orang lain. Andai suami itu berjaya didik dengan baik, tak cantik pada pandangan orang lain itulah yang akan jadi cantik jelita di dalam Syurga kelak.

Malahan, dialah yang jadi ketua bidadari.

Buat apa cantik depan orang lain, tapi di akhirat dialah yang paling buruk wajahnya. Cantik itu penting. Tetapi, yang lebih penting, siapa yang bertakhta di dasar hatimu yang paling dalam.”

"Orang yang terlalu pentingkan rupa, sehingga tak pentingkan rupa imannya, di Mahsyar kelak, bimbang termasuk dalam kalangan orang-orang yang berjalan dengan mukanya di atas tanah. Boleh bayang tak betapa azabnya jalan dengan muka?"

Natasya tersengih mendengar jawapan suaminya. Walaupun suaminya itu kerjanya macam tu, tak pernah sekalipun dia buat perbandingan dengan suami orang lain yang kerja lagi best gajinya.

Itulah suami yang Allah pilihkan untuknya. Dia percaya, dialah isteri yang Allah pilihkan untuk suaminya. Lengkap-melengkapi. Kurangkan mengeluh, yang lebih penting adalah mensyukuri.

Hidup di dunia ini singkat. Nikmati sambil bersyukur. Makin syukur, makin Allah tambahkan bahagia di hati. Sampai sekarang, dia masih ingat kata-kata penceramah hensem,

“Allah dan Nabi letaknya di hati. Bukan sekadar di bibir.”

Penceramah itu kini suaminya. Koh koh koh.

“Nah, hadiah dari abang. Tudung shawl halfmoon limited edition. Hadiah sebab berjaya. Tahniah.”

Gadis itu happy bukan main lagi. Dia dah berjaya sabar lalui proses transformasi diri. Selepas nikah, suaminya dah jaganya dengan serapi mungkin. Belikan supplements, krim untuk jadi cantik. Sekarang, isterinya itu dah jelita mengalahkan model-model tempatan. Betullah tu, cantik isteri hanya untuk suami.

Suami nak isteri cantik, suamilah yang bertanggungjawab transformasikan. Bila dah ada suamilah sepatutnya lebih terjaga, lebih cantik rupanya sebab ada yang menjaga.

Bukan saja rupa, akhlak dan sikap, iman dan agama, suamilah yang bertanggungjawab pandu ke arah lebih baik. Isteri adalah cerminan suami.

Indah isteri, dari indahnya suami.

Setia isteri, dari setianya suami.

KETINGG! BUKK!

Buaian suaminya tercabut. Kelam-kabut si suami cuba sambungkan balik. Natasya pun terpele’ot.

“Alamak, alamak, tak dapat sambung. Nanti abang bayar kat majlis bandaran je. Hu Hu. Jom kita cabut dengan segera sebelum orang nampak.”

Suami menarik tangan isterinya lari terkedek-kedek. Berdesup lari buat muka Mat Yo tak salah.



credit to : rusydee art dan encik sederhana

SUAMI DERHAKA KEPADA ISTERI

Mieza S | 1/31/2015 12:30:00 PM | 0Comments |



SUAMI DERHAKA KEPADA ISTERI


SOALAN :
"Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya durhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?"
Jawapan Ustaz :
"BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah suami durhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda Malaikat sbgai durhaka pd Allah
SWT.
Karena isteri, rezekimu bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
Kerana isteri, makan, pakaian mu dijaga.
Kerana isteri, tenang hati mu.
Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu.
Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya.
Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, walaupun kecil dimata
mu, baginya besar bagi dirinya.
Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, stiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami.
renungan sepintas lalu...
Mengapa WANITA sering menangis?? Jawab Allah :
Kerana WANITA itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain
menyerah,
KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh
teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi.
WANITA makhluk kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk
membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.
WANITA sangatlah istimewa...



CREDIT TO FACEBOOK

Friday, January 30, 2015

Mini GiveAway Kiss Proof Lipstik

Mieza S | 1/30/2015 10:43:00 PM | 10Comments |




saya nak nombor 4 tu :) 

Doa Mudah Dapat Ikan Ketika Memancing

Mieza S | 1/30/2015 10:37:00 PM | 0Comments |




Maksudnya, "Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur". (Surah Al-Jathiya ayat 12)



p/s : Bacakan di mata kail yang telah berumpan dengan ayat ini. Insyaa-Allah ada ikan yang mengena walaupun seekor. Sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah. Dan kenapa kita tak berdoa secara berfokus untuk mendapatkan sesuatu? 




Credit to : Sentiasa Panas  
 

Thursday, January 29, 2015

KKHL SESI PENGAMBILAN SESI MAC

Mieza S | 1/29/2015 10:45:00 PM | 0Comments |





KKHL KKHL SESI PENGAMBILAN SESI MAC | Assalamualaikum buat semua warga pembaca Kanvas Dakwat. Semoga kalian sentiasa mendapat barakah dari Nya~. Januari bakal pergi, datang pula Februari yang indah. Padahal baru saja kita melangkah Tahun yang baru. Sangat laju masa berjalan. Di sini aku cuma nak buat pengumuman. Pendaftaran Sesi Ambilan Mac akan dibuka pada tarikh 25 Februari. Jika berminat boleh turut serta bersama aku menjadi pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat. 


Aku tak segan silu nak mengaku aku merupakan salah seorang pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat dan berada di sem 2. Kalau ada apa apa soalan boleh terus ajukan soalan pada nombor tertera. Atau kalau rasa malu, boleh direct ws aku atau call di talian 017 3574719 :)


Aku merupakan Ketua Biro Dalaman JawatanKuasa Perwakilan Pelajar. Aku bagitau sebab nak korang yakin kat mana pun korang belajar tak perlu rasa malu. Kalau orang lain pandang rendah pada kita, kita cuba yakin kan orang yang kita lebih hebat dari dia. Aku pun tak pandai. Kita sama sama tak pandai dan kita sama sama belajar. Terbuka untuk semua golongan sama ada anda adalah calon lepasan SPM atau sudah berumur 20-an. Atau tidak mengambil SPM tapi berniat nak belajar, JOM SERTAI KAMI di KKHL. Banyak lagi sejarah yang akan KAMI lakar sepanjang KKHL berdiri teguh disitu. KAMI nak orang pandang KAMI hebat. Sebab KK HEBAT !! 



Di Kolej Komuniti Hulu Langat hanya menyediakan 3 kursus seperti yang tertera di flyers. Di antaranya ialah :

  1. Sijil Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
  2. Sijil Perisian Aplikasi Perisian Komputer
  3. Sijil Pengoperasian Perniagaan






KENAPA KOLEJ KOMUNITI?

Kolej Komuniti memainkan peranan utama dalam pembangunan modal insan masyarakat setempat dengan menyalurkan pengetahuan dan kemahiran serta menyemai nilai dan etika positif melalui pendidikan, latihan dan program pembelajaran sepanjang hayat. CAP Transformasi Kolej Komuniti diwujudkan bagi memperkukuhkan lagi peranan Kolej Komuniti sebagai institusi latihan kemahiran dan hab pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti setempat yang berlandaskan objektif berikut:
  • Meningkatkan dan memperluaskan akses latihan kemahiran dan laluan pengajian tinggi kepada lepasan menengah dan golongan yang memerlukannya.
  • Menyediakan pelbagai program latihan kemahiran yang progresif bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.
  • Mewujud dan memupuk budaya keusahawanan bagi menyokong pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat.
  • Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat bagi memperkayakan ilmu untuk meningkatkan kesejahteraan hidup.
  • Meningkat dan memperluaskan kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi, industri dan pelbagai agensi bagi pembangunan kualiti hidup masyarakat setempat.

Dalam pelaksanaan Fasa 2, CAP Transformasi Kolej Komuniti akan memberi tumpuan kepada agenda pengukuhan Kolej Komuniti yang merangkumi pelan-pelan tindakan seperti berikut:
  • Memperbanyakkan program berorientasikan kemahiran bagi memenuhi keperluan industri untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan berpendapatan tinggi.
  • Melatih semula (re-skilling) pekerja-pekerja yang telah memasuki alam pekerjaan tanpa asas kemahiran.
  • Meningkatkan kemahiran (upskilling) tenaga pengajar selaras dengan penubuhan pusat pentauliahan di Kolej Komuniti.Mempergiatkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam pelaksanaan kurikulum dan pemindahan ilmu dan teknologi secara perantisan.
  • Memperkukuh dan memantapkan PSH untuk menjadikannya sebagai teras ketiga pendidikan selepas pendidikan sekolah dan tertiari dalam sistem pendidikan negara.
  • Mempergiatkan program keusahawanan dan kebolehpasaran siswazah.
  • Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan berkualiti kepada komuniti setempat.

Dengan terlaksananya program dan inisiatif bagi Transformasi Kolej Komuniti, adalah diharapkan hasil seperti berikut akan dicapai menjelang akhir tahun 2015:
  • 120,000 peserta mengikuti program Sijil Modular Kebangsaan (SMK);
  • Kolej Komuniti menyumbangkan 35% tenaga mahir negara;
  • memberi impak maksima kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat yang berasas pengetahuan kemahiran, kreativiti dan inovasi; dan
  • Kolej Komuniti menjadi institusi pilihan bagi golongan yang ingin mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan.

Bagi meningkatkan keterlihatan Kolej Komuniti pada peringkat antarabangsa, kerjasama bantuan latihan oleh tenaga pengajar dalam bidang kemahiran tertentu terutamanya kepada negara Cambodia, Laos, Myammar dan Vietnam (CLMV) akan ditingkatkan.
Kejayaan dalam mencapai hasil yang diharapkan bergantung pada faktor-faktor kritikal seperti tadbir urus yang berkesan, penglibatan tenaga kerja industri sebagai sumber manusia, infrastruktur sokongan dan peruntukan yang mencukupi.

JOM MENGORAK LANGKAH BERSAMA UNTUK MENCIPTA JUARA.


Sunday, January 25, 2015

RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

Mieza S | 1/25/2015 03:03:00 PM | 6Comments |

Second Giveaway By Two Seven Zero Six Zero Nine

Mieza S | 1/25/2015 03:00:00 PM | 0Comments |




" SIMPLE  " 

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Mieza S | 1/25/2015 02:41:00 PM | 1Comments |



Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my | Bersempena dengan CHINESE NEW YEAR 2015 yang bakal tiba, Laman Shopping terbesar di Malaysia telah mengadakan super duper Giveaway Yang Gempak Gilerrr. Super Ohsemmm !! Korang tak nak? Syarikat ini akan memberikan produk percuma kepada yang bertuah. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?? !! Woww !! Jom sertai SEKARANG ! Tapi apa apahal korang click dulu banner tu , TERIMA KASIH ! 



RM 34.70 RM 115.54


RM 24.60 RM 42.29

RM 27.40 RM 58.30


RM 34.30 RM 83.74



RM 34.70 + RM 24.60 + RM 27.40 + RM 34.30 
JUMLAH = RM 121.00


Fuhh !!! Giler ah. Jom lah join. TERGODA siod ! Mudah mudahan rezeki aku murah. Dan semoga syarikat yang menganjurkan Giveaway ini akan lebih lebih lagi dimurahkan rezeki. AMin .









Saturday, January 24, 2015

Program Nivea Relieves & Rebuilds Young Minds

Mieza S | 1/24/2015 06:01:00 PM | 0Comments |


Assalamualaikum dan selamat petang pada semua blogger yang dikasihi. Semoga sentiasa mendapat barakah dan diredhai oleh Allah swt sepanjang menjalani kehidupan.



Seramai 35 orang pelajar dan 5 orang pegawai dari 4 kolej KK Wilayah Selangor telah menyertai Program Nivea Relieves & Rebuilds Young Minds bermula Rabu sehingga Jumaat (21 Januari 2015 - 23 Januari 2015) . KK yang terlibat ialah KK Hulu Langat, KK Kuala Langat, KK Sabak Bernam dan KK Hulu Selangor. Misi pasca banjir ini akan melibatkan sekolah SMK PULAU TAWAR di Jerantut, Pahang. Misi kali ini tertumpu kepada aktiviti pembersihan sekolah.



Sesi taklimat oleh Encik Karthik, selaku pegawai pengiring KK Hulu Langat.

Kenal tak siapa ni? 




Gambar ni kalau tak silap di ambil di anjung. Kita boleh nampak lah tanda yang mereka buat. Sekolah ni memang selalu kena banjir. Pada tahun 2001 paras air ialah takat songkok gambar pada dinding tu, kemudian 2007 paras air ialah takat siku aku. Pada tahun 2015 paras air ialah setinggi bangunan sekolah tingkat 1 *masyaallah. 


Banjir kali ini memusnah kan banyak harta benda. Terutama sekali peralatan peralatan sekolah seperti katil (asrama), peralatan di bilik Kemahiran Hidup. Ketika Team sampai disekolah, banyak lah perubahan yang dah berlaku. Selut pun dah kering, jadi aktiviti pembersihan memang mudah dilakukan. 



Kami lebih tertumpu kepada pembaikian softboard dengan penggantian yang baru dan pembersihan peralatan di Bengkel Kemahiran Hidup yang tentunya sangat banyak. 














Ni pula gambar persekitaran sekolah yang sempat aku snap. 









Sesi pembahagian tugas di Kantin Sekolah. 






Sesi bergambar di luar sekolah.


Penyampaian beg sekolah kepada pelajar 4/5 Sains Tulen Sponsored by Nivea Relieves




Mini Giveaway By azhafizah.com

Mieza S | 1/24/2015 04:36:00 PM | 1Comments |

Sunday, January 18, 2015

Produk BiO Rizky

Mieza S | 1/18/2015 01:53:00 PM | 0Comments |







Produk BiO Rizky yang datang dari Garam Gunung Himalaya dan air zam zam serta zikir dan ayat ayat alquran . SANGAT MENAKJUBKAN. 



Produk Bio Rizky dapat menyembuh kan pelbagai penyakit antaranya ialah : 

SAKIT JANTUNG
• STROK
• KENCING MANIS
• DARAH TINGGI
• GOUT
• SENGGUGUT
• BATU KARANG
• BUASIR
• GASTRIK
• SAKIT SENDI
• DARAH RENDAH
• ASMA
• PENYAKIT KULIT
• SAKIT KEPALA/MIGRAIN
• RESDUNG *Kanser *Ekzema *Strok *SEMBELIT *Parkison *buat pinggang *batu karang *Mengurangkan kolestrol * sengal badan dan otot dan lain-lain




Antara khasiat : 

1001 Rahsia Garam Bukit
Dari Abdullah Bin Umar:
”Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam” 

SUNNAH : Rasulullah S.A.W menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir 
setiap kali makan:
“Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan hindarkan 330
jenis penyakit, yang paling kurang ialah kusta, sakit perut dan sakit gigi. Selebihnya Allah yang Maha Mengetahui.



AMALAN RASULULLAH S.A.W MEMAKAN SECUBIT GARAM SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN KINI DIBUKTIKAN OLEH SAINS BAHAWA TABIAT INI MENAMBAHKAN KEBERKESANAN PERUT UNTUK MENGHADAM MAKANAN DAN MENGHINDARKAN PERUT DARI MENYERAP RACUN. TERNYATA BERKESAN MENGHILANGKAN PELBAGAI PENYAKIT.




1. RESDUNG 
spray 1 kaki jarak dari muka dan amalkan juga spray di dalam mulut 2 kali pagi
sebelom gosok gigi dan sebelom tidor.

2.BISUL 
spray direct di kawasan tersebut dan amalkan juga spray di dalam mulut 2 kali pagi
sebelom gosok gigi dan sebelom tidor.

3. KAKI MAKAN AIR @ KULAT KAKI 
sembur pada kawasan tersebut pastikan jari2 kaki d
renggangkan agar semua kawasan kena semburan elak pakai kasut bersarung atau stoking
(hanya sandal dan selipar jepun sahaja di syorkan) spray dan jemur kaki hingga kering pagi
petang malam (malam sebelom tido) amalkan juga spray di dalam mulut 2 kali pagi sebelom
gosok gigi dan sebelom tidor.

4.LUKA@KUDIS@GATAL2
pastikan basuh dahulu lap kering dan spray Bio Rzky pada kawasan
tersebut pagi petang malam.. amalkan juga spray di dalam mulut 2 kali pagi sebelom gosok gigi
dan sebelom tidor.

5.SAKIT OTOT @ SAKIT SENDI @ SAKIT PINGGANG.. (GOUT).. 
sembur pada kawasan tersebut
dan ratakan dgn tapak tangan serta amalkan juga spray di dalam mulut 2 kali pagi sebelom
gosok gigi dan sebelom tidor.

6.MATA KABUR@ LETIH MATA @ SELAPUT MATA 
spray jarak 1 kaki dari mata dan amalkan
juga spray di dalam mulut 2 kali pagi sebelom gosok gigi dan sebelom tidor.

7. DARAH TINGGI KENCING MANIS
cuba kawal nafsu makan amalkan juga spray di dalam mulut 2 kali pagi
sebelum gosok gigi dan sebelom tidor.

8. SAKIT GIGI @ ULSER MULUT
spray pada gigi yg sakit atau ulser dlm mulut kemam lama
sikit sebelom telan.

9. KAYAP
spray pada kayap tersebut direct biarkan kering udah kering spray lagi.

10.ASTHMA @ ELERGIC 
spray 3 semburan direct dlm mulut bawah lidah kemam sebelom telan dan sembur di
kawasan yg bengkak atau gatal akibat elergic.. 
amalkan juga spray di dalam mulut 3 kali pagi
sebelum gosok gigi dan sebelum tidor.



Ini adalah testimoni yang telah diguna pakai oleh pihak beliau sendiri. Tak percaya? BOleh cuba. 





Assalamualaikum....Fresh testimonial.....kakak sulung nanie...datang ke rumah Nanie harini bertujuan nak hantar stock produk sejuk beku....tengah duduk berbual2...kakak bagitahu dia rasa nak lelah/semput....kakak adalah pesakit lelah yg tegar....Nanie terus mintak kakak spray bio-rzky bawah lidah beliau..x sampai 10 minit kakak bagitahu...."Rasa macam da lega la lelah ni"....terus hilang....he he....yg bestnya kakak dah buktikan sendiri bio-rzky memang hebat n pantas berkesan....kakak terus beli 1 kotak n secara automatik kakak daftar keahlian dgn Free keahlian.... nnnnn......secara automatik kakak juga da boleh menjadi usahawan D'rzky.. Dengan bermodalkan rm110 sahaja kakak mampu menjana pendapatan sehingga rm36000 sebulan...insha Allah....Terima kasih k.Ummi Shaffiee... Terima kasih Bio-Rzky




Disebabkan kencing manis yg tinggi...luka pada jari kaki x sembuh2.Doktor telah sahkan jari perlu dipotong..tapi alhamdulillah luka pada jari sembuh sepenuhnya selepas menggunakan Bio-rzky selama sebulan sahaja..bacaan paras gula dlm darah juga telah menurun n stabil




BERMINAT ? Boleh hubungi Nanie Shaffiee di talian secara call atau ws 019-2549010 ..
© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.