July 2014 - Mieza S Mieza S: July 2014
Celaka

Celaka

Yang celaka itu didamba,
Yang mulia itu dihina,
Pentas dunia yang penuh warna,
Menyisip erti payah hidup,
Celaka itu yang dipilih,
Demi untuk hari esok.


CC : K E C I K

Pelarian

Pelarian

Ada ketika kau memerhati,
Mencari setiap salah,
Di bawah naungan hati,
Yang tak seadanya,
Sekadar mengikut retak,
Yang tak beerti,
Palitan noda mana mungkin akan terpadam,
Walau kau menjadi pelarian dalam dunia kau sendiri,
Tuhan tak pernah berhenti memerhati,
Setiap langkah yang kau lalui,
Kau tetap akan menjadi seorang pelarian,
Pelarian yang tak akan pernah ada penghujungnya.
Pengharapan

Pengharapan



Di atas bangku itu,
Dia berteleku memandang langit,
Satu persatu perkiraan dosa,
Cuba dihitung dibilang bilang,
Timbul kegusaran dalam jiwanya,
Mana mungkin dia mampu,
Khilafnya terbentang,
Menandingi luas lautan,
Kalah dek tingginya gunung,
Hibanya hati,
Saat itu,
Dia merelakan,
Hatinya diambil Tuhan,
Moga Tuhan menyimpan aib,
Jadikan nya insan terpilih,
Mewakili jiwa jiwa suci,
Pengharapannya melangit.
Permulaan

Permulaan

Bingkisan yang aku gapai masa lalu,
Adalah masa lalu yang pernah terbuang,
Hariini,
Aku cuba bangkit melawan tangisan,
Yang pernah aku banjiri kolam kehidupan,
Agar masa depan nanti,
Lebih indah,
Seperti aku harapkan.

(Kecik)