Thursday, February 28, 2013

Blog Bermasalah - TOLONG BANTU!






Seperti yang korang nampak, fenomena seperti gambar diatas hanya berlaku apabila berukbend kesayangan anda kehabisan quato kan? Tapi masalahnya, kecik bukak blog orang lain okayy je kod. Jap printscreen blog sahabat. Dan satu lagi masalah , kecik baru je tambah quato kod. 



Tengok. Okay je kan? :'( Ni nak nanges ni. Tiba-tiba je. Buruk kod blog kecik. Ke kecik je yang nampak macam ni tapi orang lain tak? Tapi kenapa kecik bukak blog orang okay je? Tak de masalah yang sama timbul pun? Ke mata kecik yang bermasalah ni ? Pelru di rujuk pada pakar ke? -_- Tapi kalau korang rasa blog kecik okayy je tade mende masalah. terima kasih la jugak ye. Buntu memikir kan masalah bengong ni. Tah pape la





Ni ada lagi . Adoyy. Teruk habis dah ni. Semua icon bergambar hilang -_- 


Ni footer yang dah terlibat dengan kemalangan ngeri. Weyhh, bantu kecik weyh. Nyampah nak ngadap belog gini. Tak semangat dah ! :( Berukbend merajuk kah? -_-


Rukun Iman ke 6






"Toi tadi kan masa kecik nak hantar mak kecik , masa kecik kua umah tetibe je jatuh -_- "

"Nape?"

"Mana taw. Tah la. Kaki tak center kod. Tengok, darah plak lutut. Macam budak kecik plak. Main kejar-2 jatuh kat tanah. Pahtu lutut darah." 

"Kesian kecik. Tu lah kita kene redha walau apa pun jadi. Selalu nya kalau jadik camtu ada dua kemungkinan je. Sama ada salah kecik yang tak berhati-hati atawpun sebab tuhan memang dah tentukan kecik akan jatuh :)  " 



 عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : الدين النصيحة قلنا : لمن ؟ قال : لله ولكتابه ولرسوله لأئمة المسلمين وعامتهم - رواه مسلم 

Daripada Abiu Ruqayyah Tamim Bin Aus al-Dary r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : Agama itu nasihat. Kami berkata : Bagi siapa ? Baginda s.a.w bersabda : Bagi Allah, bagi Kitab-Nya, Bagi Rasul-Nya dan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan orang-orang awam mereka.( HR Muslim )


Baru sekejap tadi, Toi call kecik. Selalu nya kecik yang call dia. Tapi kecik takde kredit, maka hp dia senyap dari gangguan kecik :) Peace. *Kecik pengganggu !! :p Wekk, ta heran lah.


Dia abang-abang yang bermasalah mungkin. Dia peminum air ketum yang tegar. Selalu risaukan dia kalau dia balik kampung. Balik 5 6 pagi. Lepas tu lepak dengan budak kampung yang tak de hala tuju. Tapi, dalam pada masa yang sama, mereka adalah kawan. Mungkin bukan salah kita memilih kawan, tapi salah kita bila kita tak reti nak jaga diri kita sendiri. Walaupun dia budak yang bermasalah, ada beberapa perkara yang kecik suka pasal dia. Dia bukan macam orang lain. 


Cara dia bersahabat sangat istimewa. Dia meletakkan nilai sahabat pada nilai yang sangat mahal. Jadi sedikit sebanyak kecik rasa, menjadi sahabat dia sedikit rasa diri dihargai. Dia pernah menangis teresak-esak bila kecik jujur satu perkara tentang diri kecik. Dia menangis sebab kecik sanggup buat apa yang orang lain tak mampu nak buat. 


Kedua, walaupun dia bukan lelaki yang beriman sepenuhnya, soleh sepenuhnya, tapi dia bercakap mengikut pengalaman dan erti hidup. Sedikit sebanyak membantu kecik dalam laluan kehidupan yang terkadang agak tersasar jauh. Dia sahabat yang sangat memahami. Kecik sayang kawan macam dia.


Rasanya tak salah kan, kalau nak dengar nasihat dari orang yang bermasalah. Sedangkan ada ulama' yang menyatakan "Dengarlah nasihat walau ianya datang dari seorang pelacur." Allah titipkan dia untuk hadir dalam hidup kecik sebagai sahabat yang menunjukkan arah jalan. 


Kecik selitkan sedikit hukum meminum air ketum. Sebab zaman sekarang ni, kalau hari sukan je mesti masing-masing sibuk minum air. Bila tanya tu air apa? Semua rahsia. Last-2 kantoi jugak ^_^ . 


Diriwayatkan daripada Aishah r.a: bahawasanya Nabi s.a.w pernah ditanya tentang al-bit’ie (khamar daripada madu) maka bersabda ia: (Setiap minuman yang memabukkan adalah haram).(Riwayat Bukhari)


Sumber Hadith: Sahih Bukhari , Kitab al-asyribah, Bab al-bit’u (arak daripada madu), No 5157.
Hadith ini dikeluarkan oleh Bukhari. Yahya bin ma,in mengatakan hadith ini merupakan yang paling sahih diriwayat daripada nabi tentang pengharaman khamar. Lebih lanjut di --> s i n i.


Okay bab tu selesai. Berbalik kepada cerita kecik tadi. Apa kene mengena tajuk dengan rukun iman yang ke enam. Ada sesiapa yang tak tahu rukun ke 6 apa? Iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar. Qada' bermaksud kehendak Allah dan Qadar bermaksud takdir. Percaya ia adalah ketentuan Allah semata-mata.


Mungkin susah kita nak menerima Qada' Allah. Sebab, kita manusia yang tak sempurna yang tak pernah lari dari dosa. Manusia biasa yang punya kemahuan dan akal fikiran yang terbatas. Selalunya bila berlaku pape dekat kita mesti kita sakit hati, menyesal. Bila bende tu semua dah berlaku baru lah kita redha dan menganggap tu semua Qadar yang telah Allah tetapkan. 


Bukan mudah manusia nak terus menerima dengan hati terbuka. Toi cakap dengan kecik, lepas jatuh tadi ada maki-maki tak? Kecik cakap tak. Sebab ada mak. Nanti mak marah. Lepas tu Toi cakap lagi, tu kan dah ditentukan Allah sejak di Loh Mahfuz lagi. Kita dah berjanji dengan Allah. Allah dah tentukan rezeki kita, jodoh kita, ajal kita segalanya tentang kita sebelum turun ke dunia. 


Dia suruh kecik cakap Alhamdulillah. Kecik cakap asal nak kene cakap alhamdulillah pulak. Toi kata kita kene bersyukur bila berlaku Qada' Allah. Tu maknanya kita redha dan menerima apa yang berlaku dengan hati yang terbuka. Dengan niat kerana Allah semata-mata. 


Top cakap lagi, di antara semua rukun  iman, yang ke enam lah orang pandang remeh.

  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
  3. Beriman kepada Malaikat-Malaikat
  4. Beriman kepada Kitab-Kitab
  5. Beriman kepada Hari Akhirat
  6. Beriman kepada Qada' dan Qadar


Kenapa ? Sebab nampak macam bende kecik je. Tapi ramai yang tak perasan. Rukun yang ke 6 ni lah sepatutnya orang pandang. Sebab dalam kehidupan seharian kita, sedar tak sedar, kita akan melalui banyak perkara buruk dan baik. Tak kira besar atau kecil. Sebab itulah kita perlu menanam sifat redha bukan pasrah atau berserah dalam segala hal. Kadang-kadang kita merungut sebab itu dan ini. Tanpa sedar, kita sebenarnya memalingkan rukun yang ke enam dalam jiwa dan hati kita. Ingatlah, Allah tak jadikan sesuatu tanpa sebab :)





إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الإِسْلاَمُ ۗ
 "Sesungguhnya agama disisi Allah(yang diredhai Allah) adalah Islam". (Ali Imran,3:19)



Berbalik semula lah dimana kita teruskan jalan dulu. Agar semua nya dapat dimulakan dengan baik dan disudahi dengan sempurna.


http://addienblog.blogspot.com/
http://wanhazel.blogspot.com/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Iman

Hukum Minum Air Ketum




عن عائشة رضي الله عنها: أن النبي صلي الله عليه وسلم سئل عن البتع, فقال: (كل شراب أسكره فهو حرام) .
البخارى
Diriwayatkan daripada Aishah r.a: bahawasanya Nabi s.a.w pernah ditanya tentang al-bit’ie (khamar daripada madu) maka bersabda ia: (Setiap minuman yang memabukkan adalah haram).(Riwayat Bukhari)

Sumber Hadith: Sahih Bukhari , Kitab al-asyribah, Bab al-bit’u (arak daripada madu), No 5157.
Hadith ini dikeluarkan oleh Bukhari. Yahya bin ma,in mengatakan hadith ini merupakan yang paling sahih diriwayat daripada nabi tentang pengharaman khamar.



1.1 MAKNA IJMALI


Nabi s.a.w pernah ditanya tentang hukum minuman daripada madu yang memabukkan, lalu baginda menjawab secara umum dan menyeluruh iaitu “setiap minuman yang memabukkan adalah haram”. Dalil ini menunjukkan bahawa tidak diambil kira berlainan nama selagi makna dan hakikatnya adalah satu iaitu memabukkan, walaupun diperbuat daripada mana-mana bahan yang cair atau keras maka hukumnya haram .


Hadis ini menjadi dalil bahawa hukum arak adalah haram, walaupun ia diperbuat selain daripada perahan anggur seperti madu, gandum dan sebagainya yang boleh membawa kepada seseorang itu mabuk kerana meminumnya.


1.2 TAKRIF ARAK DAN AL-BIT’U


Arak (khamar) ialah air perahan yang mentah daripada perahan buah anggur yang boleh memabukkan, Ia dinamakan al-khamar (tutupan) kerana kerana ia menutup akal. Jumhur Fuqaha’ tidak pula membezakan antara meminum arak dan minuman lain yang memabukkan, mereka mengatakan semua minuman yang memabukkan apabila diminum dengan banyak, maka sedikitnya juga adalah haram, dan ia adalah merupakan arak (khamar). Hukumnya sama seperti hukum manisan buah anggur dari segi pengharamanya, dan diwajibkan had terhadap peminumnya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:


( كل مسكر خمر, وكل خمر حرام )


“setiap yang memabukkan adalah arak, dan setiap arak adalah haram”


Al-Bit’u adalah minuman daripada madu yang boleh memabukkan. Berdasar Mu’jam al-Wajiz al-bit’u adalah arak madu . Sayid sabiq didalam mensyarakan hadis al-bitu, beliau menjelaskan al-bit’u adalah sejenis ubat menjadikan seseorang itu kuat dan bertenaga tetapi boleh memberi kesan seseorang itu mabuk dan khayal .


Setiap sesuatu yang memabukkan adalah termasuk didalam kategori khamar. Oleh itu, tidaklah menjadi persoalan tentang daripada mana asal minuman arak tersebut diperbuat. Maka setiap hukum yang ada pada khamar juga diguna pakai juga pada minuman tersebut samada ia diperbuat daripada anggur, kurma, madu, gandum, biji-bijian dan sebagainya dan hukumnya adalah haram secara mutlak.


Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:


”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”


2.1 KEFAHAMAN HADITH


Diharamkan meminumnya sedikit atau banyak, kecuali ketika terpaksa. Sabda nabi s.a.w
حرمت الخمر بعينها قليلها وكثيرها, والسكر من كل شراب))


Terjemahan: “Khamar itu sendiri diharamkan, sama ada sedikit mahupun banyak serta semua minuman yang memabukkan”.


Bagaimanapun, ia diharuskan meminumnya ketika terlalu dahaga atau atas paksaan sekadar untuk menolak bencana. Diharamkan juga kepada seseorang memberi minum kepada kanak-kanak yang belum baligh dan mumayyiz . Sekiranya kanak-kanak itu diberi minum maka dosanya keatas orang member minum, kerana hukum pengharaman arak dituju kepadanya.
Orang yang menghalalkanya dihukum kafir, kerana pengharamannya adalah sabit dengan dalil yang putus (qat’i), iaitu nas al-Quran al-karim dalam ayat al-Quran iaitu Allah S.W.T berfirman:


إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون


90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Surah Maidah: ayat


90)
Khamar adalah najis mughalazah mengikut satu riwayat daripada Abu Hanifah. Sehinggakan apabila ia terkena pada pakaian (mengikut pendapat ulama hanafi) lebih besar daripada kadar dirham, maka tidak harus pakaian itu digunakan untuk menunaikan solat.


Syeikh Wahbah Zuhaili menjelaskan makna kalimah (rijsun) membawa maksud ‘najis maknawi’ pada pandangan syara’. Perintah menjauhinya menunjukkan bahawa ia patut dihindari sedaya upaya. Jumhur Ulama’ telah menghukumkan khamar wajib dijauhi dan mencegah daripada menghampirinya. Dalil yang menunjukkan arak itu najis ialah hadith Abu Tha’labah al-Khashani katanya “ Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada dinegeri ahli kitab, adakah boleh kami makan dalam bekas-bekas mereka? Lalu nabi Muhammad s.a.w bersabda:


وجدتم غيرها فلا تأكلوا فيها, وان ام تجدوا فاغسلوا وكلوا فيها ان


“Jika kamu dapati bekas lain, maka janganlah kamu makan dalamnya, dan jika kamu dapati tidak ada bekas lain, maka basuhlah bekas mereka dan bolehlah kamu makan didalamnya”
Al-Shaukani berkata “suruhan membasuh bekas-bekas tersebut dalam hadith Abu Tha’labah bukan kerana ia kotor disebabkan kebasahan dan lendir, bahkan kerana mereka mengunakanya untuk memasak babi dan meminum khamar”.


Diharamkan perkara-perkara yang ada padanya kemudharatan dan kebinasaan kepada akal, agama, badan, harta serta membawa kepada jenayah, permusuhan dan kejahatan.Diharamkan juga bermuamalah dengan perkara-perkara yang melibatkan arak seperti menjual, membeli dan sebagainya .Sabda nabi s.a.w .


الله الخمر وشاربها وساقيها وبائعها ومبتاعها وعاصرها ومعتصرها وحامها والمحمولة إليه ,أكل ثمنهالعن


“Allah melaknati khamar, peminumnya, penyajinya, penjualnya, pemiliknya, pemerahnya, tempat perehanya, pembawanya, orang yang dibawa kepadanya dan orang mengambil harganya”.


Para imam daripada mazhab empat berpendapat, adalah haram mengunakan arak atau bahan yang memabukkan bagi tujuan perubatan dan tujuan lain. Ini kerana Allah s.w.t tidak menjadikan ubat bagi kita pada sesuatu yang diharamkan, sabda Nabi s.a.w yang bermaksud


“Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menjadikan sesuatu yang diharamkan keatas kamu sebagai ubat”. Hadith ini menunjukan penharaman berubat dengan bahan-bahan yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t dan Dia tidak akan menjadikanya ubat penyembuh. Oleh itu apabila khamar diharamkan, maka perubat denganya juga adalah haram .


Khamar yang bertukar menjadi dengan sendirinya menjadi cuka adalah halal hukumnya tanpa khilaf , berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w “ الإدام الخلنعم " “sebaik-sebaik penyedap makanan adalah cuka”.


2.1 CIRI-CIRI MABUK


Ciri-ciri mabuk adalah yang menghilangkan akal, iaitu pemabuk tidak dapat memahami sesuatu pun, akalnya tidak berfungsi, tidak dapat membezakan antara lelaki dan perempuan, atau langit atau bumi . Sementara itu, Imam Abu Yusuf dan Muhammad serta imam-imam lain berkata


“pemabuk ialah orang yang banyak percakapanya meracau dan bercampur aduk tidak menentu, sebab itu ialah mabuk pada lumrah (‘uruf) dan kebiasaan manusia. Sesungguhnya pemabuk pada pengetahuan manusia ialah nama bagi orang yang meracau, bercampur aduk percakapanya, tidak dapat mengenal pakaianya dan pakaian orang lain dan tidak dapat membezakan antara kasutnya dan kasut orang lain” .


3.1 ISU SEMASA: PENYALAHGUNAAN AIR KETUM


KUALA TERENGGANU 14 Feb. - Gejala meminum air rebusan daun ketum yang dicampur dengan ubat lipas dan ubat nyamuk, dipercayai semakin menular di kalangan remaja penagih dadah seperti morfin dan heroin .(Utusan,14 Feb 2004).


Dikesan sebagai usaha terbaru mereka melepaskan gian ekoran kesukaran mendapatkan dadah dan pil-pil khayal. Di Malaysia sejak Ogos 2004, pemilikan daun ketum,pemprosesan atau jualan boleh dituduh di bawah Sek. 30(3) Akta Racun 1952, dan didenda sehingga RM10,000 dan/ atau dipenjarakan selama 4 tahun. Nama saintifik – Mitragyna Speciosa Korth


Dikenali sebagai daun ketum atau biak di Malaysia atau kratom, ithang, kakuan dan thom di Thailand . Tumbuhan daripada Famili Rubiacaea (sepertimana pokok kopi). Didapati di kawasan tropika Asia khususnya utara dan pantai timur semenanjung malaysia dan di tengah dan selatan thailand . Tumbuh di kawasan subur, lembap dan teduh. Ketinggian pokok sehingga 50 kaki.
Dikenali sebagai salah satu ubatan tradisional dan menjadi sumber tenaga semulajadi kepada para petani di kedah. Namun disalah gunakan oleh remaja sekarang .


Ia juga baik untuk pemulihan penagih dadah kerana rata-rata penagih di kedah sudah beralih dengan meminum daun ketum untuk menghilangkan ketagihan kerana ia murah. Dikata mengandungi Mitragynine sejenis bahan aktif yang berupaya menjadikan seseorang itu ketagih .
Mitragynine merupakan sebatian aktif yang banyak terdapat di dalam daun ketum. Ia sejenis alkaloid yang hampir menyerupai yohimbin, psilosibin dan lysergic acid diethylamide-LSD. Sebatian-sebatian ini mempunyai kesan rangsangan dan psikoaktif terhadap penggunanya. Mitragynine mewakili hampir separuh daripada 0.5 peratus kandungan alkaloid yang berada di dalam daun ketum. Terdapat sekurang-kurangnya 24 alkaloid lain yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah ajmalicine, corynanthedine, mitraphylline, mitraversine, isomitraphylline, paynanthesine, speciophylline, speciofoline dan speciogynine .


Banyak kekeliruan berlaku didalam masyarakat didalam menentukan status hukum bagi minuman ini, dan ia masih lagi diperbahaskan oleh pihak tertentu termasuk penguasa dan institusi agama tentang hukum yang sewajarnya dikenakan mengikut kehendak syara’. Oleh yang demikian saya berminat untuk memilih tajuk ini bagi mengetahuinya secara lebih terperinci.


3.2 KELOMPOK PENGGUNA


Terdapat dua golongan yang dikesan sebagai pengguna daun ketum. Pertama adalah penguna sebenar iaitu sebagai pengamal ubatan tradisional yang berbentuk air rebusan asli atau dijadi kapsul. Ia diguna untuk tujuan pengubatan seperti mencegah masalah cirit-birit, kecacingan, penahan sakit, mengembali tenaga selepas bersalin dan penyembuh luka.


Kelompok kedua adalah remaja yang menyalah gunakan daun ketum untuk melepaskan gian mengantikan dadah. Di Malaysia, penyalahgunaan daun ketum ini semakin menular terutamanya dalam kalangan penagih dadah seperti morfin dan heroin.Ini disebabkan, selain mempunyai kesan penenang, ia juga dikatakan berupaya menghilangkan kesan sindrom penarikan (withdrawal syndrome) untuk jangka masa yang singkat.


Memandangkan kesan seperti mengambil heroin dan morfin daripada daun ketum hanya mampu bertahan selama 3-4 jam, para penagih terpaksa mengambil rebusan daun ketum secara lebih kerap dan dalam jumlah yang banyak untuk mengurangkan kesan gian terhadap morfin atau heroin. Keadaan inilah yang menyebabkan penagih mula menagih daun ketum pula.


Oleh kerana daun ketum mudah didapati secara percuma di negara ini, maka penyalahgunaannya juga menjadi semakin berleluasa. Saya mendapati masalah ketagihan air daun ketum banyak dilaporkan di Terengganu, Perak, Pahang dan Kelantan.


3.2 CARA PENYALAHGUNAAN/PEMPROSESAN


Pada asalnya ia direbus oleh para petani untuk dijadikan minuman tenaga bagi mengurangkan kesakitan urat dan menambah tenaga. Tetapi ia disalah gunakan oleh remaja untuk mengantikan dadah kerana kos yang lebih murah . Cara penyediaanya agak berbeza berbanding penggunaan tradisional iaitu dengan cara merebus air ketum bersama ubat nyamuk serta ubat lipas untuk diminum. Serbuknya juga dihisap bersama candu dan tembakau dan juga boleh diletakkan pada lidah untuk kesan gian. Kebiasanya mereka boleh mendapatkan air ketum dengan harga RM2-3 sebungkus kecil.


3.3 ASPEK KESIHATAN


Mengikut kajian daun ketum mengandungi banyak bahan aktif antaranya mitragynine yang memberi kesan gian dan ketagihan kepada penggunanya. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kesihatan kita mengikut kuantiti ia digunakan. Kesan Dos Rendah iaitu mengunakan beberapa helai daun sahaja dapat menghalang motivasi seseorang, ketiadaan minat pada sesuatu, bosan dan malas.


Kesan pada tahap stimulan (dos sederhana) iaitu dengan mengunakan 5-9 helai daun dapat memberi kesan positif seperti Minda tangkas, peningkatan tenaga fizikal dan batin, peningkatan tenaga fizikal dan batin, suka bercakap, ramah, dan suka bergaul. Namun disamping itu ia juga memberi kesan negatif seperti kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi , hilang dalam alam mimpi, merasa gatal atau berpeluh, anak mata menjadi sempit dan merasa loya.


Mengikut kajian yang dijalan oleh Hospital Universiti Sains Malaysia kesan bagi pengguna kronik (10-30 helai) adalah amat banyak diantaranya Anoreksia dan seterusnya kehilangan berat badan Jaundis (penyakit hati), Insomnia (payah tidur), psikosis (gila), Banyak tidur, Hilang keupayaan untuk bekerja, Takikardia (denyutan jantung menjadi cepat) dan delusi paranoid (khayalan buruk-sangka) disamping kulit menjadi gelap terutama dibahagian pipi.
Secara keseluruhanya air daun ketum banyak memberi kesan negatif berbanding positif jika ia disalah guna dan untuk tujuan perubatan ia hanya memerlukan berapa helai sahaja. Dan tidak dicampurkan dengan bahan lain.


4.1 ANALISIS ISU DAN KESIMPULAN


Ganja, heroin, air ketum serta bentuk lainnya baik padat mahupun cair yang terkenal dengan sebutan mukhaddirat (narkotik) adalah termasuk benda-benda yang diharamkan syara' tanpa diperselisihkan lagi di antara ulama.


Pengharaman air daun ketum juga berdasarkan hadith al-bit’u, kerana ia termasuk kategori (khamar) yang memabukkan iaitu menutup akal. Umar r.a berpendapat “khamar ialah segala sesuatu yang menutup akal”.


Barang-barang tersebut, seandainya tidak termasuk dalam kategori khamar atau "memabukkan," maka ia tetap haram dari segi "melemahkan" (menjadikan loyo). Imam Abu Daud meriwayatkan dari Ummu Salamah "Bahwa Nabi saw. melarang segala sesuatu yang memabukkan dan melemahkan (menjadikan lemah)." Adapun orang yang mengatakan bahwa masalah ganja dan air ketum ini tidak terdapat ketentuan hukumnya dalam Al-Qur'an dan hadits, maka pendapatnya ini hanyalah disebabkan kebodohannya. Sebab di dalam Al-Qur'an dan hadits terdapat kalimat-kalimat yang simpel yang merupakan kaidah umum dan ketentuan global, yang mencakup segala kandungannya. Hal ini disebutkan dalam Al-Qur'an dan al-hadits dengan istilah 'aam (umum). Sebab tidak mungkin menyebutkan setiap hal secara khusus (kasus per kasus)."


Dengan demikian, nyatalah bagi kita bahwa ganja, opium, heroin, morfin, air ketum dan sebagainya yang termasuk makhaddirat (narkotik) --khususnya jenis-jenis membahayakan yang sekarang mereka istilahkan dengan racun putih-- adalah haram dan sangat haram menurut kesepakatan kaum muslim, termasuk dosa besar yang membinasakan, pengisapnya wajib dikenakan hukuman, dan pengedar atau pedagangnya harus dijatuhi hukuman mati, karena ia memperdagangkan ruh umat untuk memperkaya dirinya sendiri.


Kesimpulannya,agama islam sangat memgambil berat terhadap jiwa dan jasad manusia. Oleh itu, terdapatnya hukum halal dan haram adalah antara tujuannya untuk menjamin seseorang itu terus hidup dan menghindari sebarang bencana terhadap jiwa (nyawa) dan akal . Ini adalah kerana bagi membolehkan seseorang itu terus dapat melaksanakan segala kewajiapan yang disyariatkan kepadanya dengan sempurna.


RUJUKAN


1. Fikih Sunnah, Sayyaid Sabiq.
2. Taisir al-Allam Syarh U’mdatul al-ahkam, Syeikh Abdullah al-Bassam.
3. Fiqh dan Perundangan Islam, Wahbah al-Zuhaili.
4. Fatwa-fatwa Kontemporer, Syeikh Yusuf al-Qardhowi.
5. Halal dan haram, syeikh Yusuf al-Qardhowi.
6. Utusan Malaysia
7. www.halalguide.com
8. www.aadkpp.gov.my
9. www.wikipedia.org
10. www.usm.my




#sumber : http://kzamusa.blogspot.com

Kenapa Wanita Tercipta Dari Tulang Rusuk LELAKI?







Wanita selalu akan melakukan apa saja untuk lelaki yang disayang dan dicintaiJika kamu memberinya rumahmaka ia akan memberi kehangatan dalam rumah kamu. 





Jika kamu memberinya berasia akan menanak nasi untukmuJika kamu memberinya CINTAia akan 
memberi pengabdian seumur hidupnya.Tapi jika kau memberinya kehinaania akan memberi doa dalam airmata kepedihannya, dan itu bererti  siapkanlah dirimu untuk berjuta KEMALANGAN!

Jika kelmarin kamu berdoa dan yakin bahawa dialah wanita yang sudah terpilih untuk diri kamu, maka terimalah dia bukan hanya sebagai wanita yang sempurna tetapi terimalah dia dengan Cara Yang Sempurnasebagai seorang wanita yang terbaikBukanlah dia seorang wanita yang tidak pernah berbuat salah didalam hidup initapi dia yang selalu berkata maaf untuk setiap kesalahannya dan ia yang punya sejuta kemaafan untuk kesalahanmu.

Ia yang mahu menerima masa lalumu dan siap merancangkan masa depannya bersamamu serta menyerahkan 
kehidupannya padamuIa yang selalu cemas dan hilang akal ketika kamu tak memberinya khabar beritaJika dulu sifat manjanya membuatmu tertawa lucucemburunya bererti dia sayang padamu, airmatanya  
boleh menyayatkan hatimutapi sekarang semuanya itu jadi alasan kamu melepaskannyamaka renungkanlah  
sejenak!

"Mengapa wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kepala kerana wanita bukan untuk  
memimpin lelaki, dan mengapa bukan dari tulang kaki kerana wanita juga bukan untuk menjadi hamba abdi lelaki. 

Tetapi wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hatiagar wanita menjadi pendamping
penjaga hati.

Dekat dengan hati kerana untuk disayangi. Wanita akan terlelap dalam dakapan lelaki. kerana wanita tahu 
dari sana tempat dia berasalMaka dari itu Kenali dan Sayangi "Tulang Rusukmu" wahai Sang Lelaki....



#queachmad

Wednesday, February 27, 2013

Request: Saya Nak Doodle Alif Ismail V2.0



nak join? click --> s i n i

kecik mahukan doodle dari alif ismail sebab :
- doodle yang awa buat cute :)
-mata doodle yang awa buat bulat -OO-
-penggemar doodle ^_^


kecik nak mata doodle warna biru <3

Tuesday, February 26, 2013

CONTEST 1: "I LOVE SALJU CREATIVE"



 
nak join? click --> s i n i

saya nak design yang ke 2

Saya suka Salju Creative kerana banyak design-design menarik yang terdapat dalam idea kretif mereka. Saya tertarik dengan design yang terdapat pada contoh baju ni membuatkan saya tertarik untuk menyertai contest yag dianjurkan oleh admin ^_^

Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli


Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli.. 

Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana.. 

MEGA GIVEAWAY by DJH



nak join? click --> s i n i

1st Giveaway by Hanis and Athirah



nak join? click --> s i n i

Apa Seronoknya Blogging : KWM CONTEST 2013



nak join? click --> s i n i

Sebab sebab kenapa kecik suka blogwalking? 

-jadi rajin berblogging bila banyak join segmen
-dapat melihat kekretifan  sahabat blogger menghias blog
-dapat menyemak dekat tuan punya belog
-dapat menaikkan trafik sahabat blogger
-dapat berkenalan
-dapat beramah mesra
-dapat mengetahui gosip sebelum media elektronik seperti tv dan media cetak seperti surat khabar menyiarkan berita tentangnya
-dapat mengetahui banyak info menarik
-dapat berkongsi cerita dan pengalaman
-dapat mengetahui serba sedikit tentang tuan belog
-dapat menghilangkan rasa bosan
-dapat mengisi masa lapang dengan membaca entri terbaru sahabat blogger