Rukun Iman ke 6






"Toi tadi kan masa kecik nak hantar mak kecik , masa kecik kua umah tetibe je jatuh -_- "

"Nape?"

"Mana taw. Tah la. Kaki tak center kod. Tengok, darah plak lutut. Macam budak kecik plak. Main kejar-2 jatuh kat tanah. Pahtu lutut darah." 

"Kesian kecik. Tu lah kita kene redha walau apa pun jadi. Selalu nya kalau jadik camtu ada dua kemungkinan je. Sama ada salah kecik yang tak berhati-hati atawpun sebab tuhan memang dah tentukan kecik akan jatuh :)  " 



 Ø¹Ù† أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : الدين النصيحة قلنا : لمن ؟ قال : لله ولكتابه ولرسوله لأئمة المسلمين وعامتهم - رواه مسلم 

Daripada Abiu Ruqayyah Tamim Bin Aus al-Dary r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : Agama itu nasihat. Kami berkata : Bagi siapa ? Baginda s.a.w bersabda : Bagi Allah, bagi Kitab-Nya, Bagi Rasul-Nya dan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan orang-orang awam mereka.( HR Muslim )


Baru sekejap tadi, Toi call kecik. Selalu nya kecik yang call dia. Tapi kecik takde kredit, maka hp dia senyap dari gangguan kecik :) Peace. *Kecik pengganggu !! :p Wekk, ta heran lah.


Dia abang-abang yang bermasalah mungkin. Dia peminum air ketum yang tegar. Selalu risaukan dia kalau dia balik kampung. Balik 5 6 pagi. Lepas tu lepak dengan budak kampung yang tak de hala tuju. Tapi, dalam pada masa yang sama, mereka adalah kawan. Mungkin bukan salah kita memilih kawan, tapi salah kita bila kita tak reti nak jaga diri kita sendiri. Walaupun dia budak yang bermasalah, ada beberapa perkara yang kecik suka pasal dia. Dia bukan macam orang lain. 


Cara dia bersahabat sangat istimewa. Dia meletakkan nilai sahabat pada nilai yang sangat mahal. Jadi sedikit sebanyak kecik rasa, menjadi sahabat dia sedikit rasa diri dihargai. Dia pernah menangis teresak-esak bila kecik jujur satu perkara tentang diri kecik. Dia menangis sebab kecik sanggup buat apa yang orang lain tak mampu nak buat. 


Kedua, walaupun dia bukan lelaki yang beriman sepenuhnya, soleh sepenuhnya, tapi dia bercakap mengikut pengalaman dan erti hidup. Sedikit sebanyak membantu kecik dalam laluan kehidupan yang terkadang agak tersasar jauh. Dia sahabat yang sangat memahami. Kecik sayang kawan macam dia.


Rasanya tak salah kan, kalau nak dengar nasihat dari orang yang bermasalah. Sedangkan ada ulama' yang menyatakan "Dengarlah nasihat walau ianya datang dari seorang pelacur." Allah titipkan dia untuk hadir dalam hidup kecik sebagai sahabat yang menunjukkan arah jalan. 


Kecik selitkan sedikit hukum meminum air ketum. Sebab zaman sekarang ni, kalau hari sukan je mesti masing-masing sibuk minum air. Bila tanya tu air apa? Semua rahsia. Last-2 kantoi jugak ^_^ . 


Diriwayatkan daripada Aishah r.a: bahawasanya Nabi s.a.w pernah ditanya tentang al-bit’ie (khamar daripada madu) maka bersabda ia: (Setiap minuman yang memabukkan adalah haram).(Riwayat Bukhari)


Sumber Hadith: Sahih Bukhari , Kitab al-asyribah, Bab al-bit’u (arak daripada madu), No 5157.
Hadith ini dikeluarkan oleh Bukhari. Yahya bin ma,in mengatakan hadith ini merupakan yang paling sahih diriwayat daripada nabi tentang pengharaman khamar. Lebih lanjut di --> s i n i.


Okay bab tu selesai. Berbalik kepada cerita kecik tadi. Apa kene mengena tajuk dengan rukun iman yang ke enam. Ada sesiapa yang tak tahu rukun ke 6 apa? Iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar. Qada' bermaksud kehendak Allah dan Qadar bermaksud takdir. Percaya ia adalah ketentuan Allah semata-mata.


Mungkin susah kita nak menerima Qada' Allah. Sebab, kita manusia yang tak sempurna yang tak pernah lari dari dosa. Manusia biasa yang punya kemahuan dan akal fikiran yang terbatas. Selalunya bila berlaku pape dekat kita mesti kita sakit hati, menyesal. Bila bende tu semua dah berlaku baru lah kita redha dan menganggap tu semua Qadar yang telah Allah tetapkan. 


Bukan mudah manusia nak terus menerima dengan hati terbuka. Toi cakap dengan kecik, lepas jatuh tadi ada maki-maki tak? Kecik cakap tak. Sebab ada mak. Nanti mak marah. Lepas tu Toi cakap lagi, tu kan dah ditentukan Allah sejak di Loh Mahfuz lagi. Kita dah berjanji dengan Allah. Allah dah tentukan rezeki kita, jodoh kita, ajal kita segalanya tentang kita sebelum turun ke dunia. 


Dia suruh kecik cakap Alhamdulillah. Kecik cakap asal nak kene cakap alhamdulillah pulak. Toi kata kita kene bersyukur bila berlaku Qada' Allah. Tu maknanya kita redha dan menerima apa yang berlaku dengan hati yang terbuka. Dengan niat kerana Allah semata-mata. 


Top cakap lagi, di antara semua rukun  iman, yang ke enam lah orang pandang remeh.

  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
  3. Beriman kepada Malaikat-Malaikat
  4. Beriman kepada Kitab-Kitab
  5. Beriman kepada Hari Akhirat
  6. Beriman kepada Qada' dan Qadar


Kenapa ? Sebab nampak macam bende kecik je. Tapi ramai yang tak perasan. Rukun yang ke 6 ni lah sepatutnya orang pandang. Sebab dalam kehidupan seharian kita, sedar tak sedar, kita akan melalui banyak perkara buruk dan baik. Tak kira besar atau kecil. Sebab itulah kita perlu menanam sifat redha bukan pasrah atau berserah dalam segala hal. Kadang-kadang kita merungut sebab itu dan ini. Tanpa sedar, kita sebenarnya memalingkan rukun yang ke enam dalam jiwa dan hati kita. Ingatlah, Allah tak jadikan sesuatu tanpa sebab :)





Ø¥ِÙ†َّ الدِّينَ عِندَ اللَّÙ‡ِ الإِسْلاَÙ…ُ ۗ
 "Sesungguhnya agama disisi Allah(yang diredhai Allah) adalah Islam". (Ali Imran,3:19)



Berbalik semula lah dimana kita teruskan jalan dulu. Agar semua nya dapat dimulakan dengan baik dan disudahi dengan sempurna.


http://addienblog.blogspot.com/
http://wanhazel.blogspot.com/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Iman

Post a Comment

0 Comments