Minggu MDS terbaik !!


Assalamualaikum. Alhamdulillah. Dapat jugak kecik hupdate blog yang dah lama kecik tak ziarah. Padah sungguh kalau menjadikan kecik sebagai penjaga. Haahah. Haritu kecik ada cakap yang kecik ada dapat Uitm Segamat kan? 


Actually harini dengan rasminya program MDS baru je habis. Dalam pukul 6 lebih mungkin. "MINGGU DESTINI SISWA" untuk singkatan bagi MDS. Tadi merupakan acara penutup kedua gempak lepas persembahan semalam. 


Mula-mula menjalani program MDS mungkin rasa menyesal lah apa lah. Penat doe. Kena lari sane sini. Hahhaa. Tapi bengong jugak lah kecik kalau mengeluarkan kenyataan macam tu. Sebab selama ni mana-mana program orentasi memang penat habis lah. Tapi MDS ni tak lah teruk sangat. Siyez cakap, itu mungkin program orentasi pelajar paling gempak + happening penah kecik join. Selama ni join sekolah punya macam apa tah kan. 


Tabik SPRINGG dekat abang-abang dan akak - akak PM yang sanggup bersusah payah jaga batch kitorang seramai seribu empat ratus mungkin. hehhee. Woii. Ramai kod. Ingat senang ke. Selalu perasan bila kitorang tengah makan diorang suruh kitorang makan cepat-cepat. Bila time beratur diorang dah ada kat situ. Erkk, tak pasti lah bila diorang makan. 


Waktu MDS dijalankan memang tak ada satu pun gambar yang kecik tangkap. Tah. Mood nak berpotogerapi tak hadir dalam jiwa mungkin. Harini kami semua dah bebas. Tapi sebebas-bebas kami, kami terpaksa fikir kat mana nak makan. Kalau sakit macammana. Yelah masa MDS dijalankan akak-akak dan abang-abang Pm ni dok tanya je sape yang sakit siapa yang sakit. Care gile kod. ^_^


Mula-mula masuk uitm nih, pemikiran kecik mungkin masih seperti dulu. Sama macam time sekolah dulu. tak ada keyakinan. Tapi MDS ni sedikit sebanyak buat kecik yakin kat diri sendiri. Nak dapat keyakinan diri bukan mudah. Nak-nak pulak orang asyik down kan kita je kan. Harap lepas ni kecik akan lebih yakin dengan diri sendiri. 


Terima kasih semua akak-akak dan abang-abang PM. Kecik doakan korang semua berjaya dalam hidup masing-masing. dapat kejar cita-cita. Nak jadi yang terbaik dalam hidup orang lain mungkin susah. Tapi nak jadi sebuah kenangan indah dalam hidup orang lain senang. Senang meninggalkan kenangan bila kita menjejak kaki dalam kehidupan mereka. 


Dan awak-awak semua adalah kenangan terindah dalam hidup kecik. Kenangan yang tak mungkin kecik dapat bila dengan orang lain. Marah-marah korang, marah sayang. Kan kan?? :)


Mintak maaf kalau kecik ada buat salah secara sedar atau tidak sedar sepanjang program dijalankan. Lepas ni bermula lah kehidupan baru sebagai seorang siswi. Semoga perjalanan sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar dapat ditempuhi dengan sempurna. begitu juga untuk semua. Amin~ 


// Saya dengan rasminya menjadi sebahagian mahasiswa Kampus Uitm cawangan Johor :) 



Post a Comment

4 Comments

  1. UiTM di hatiku.
    Akak pun UiTM jugak tapi kampus Perak, kos perakaunan.
    Adik kos ape? :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah!!! Mieza... selamat bergear mahasiswi...

    ReplyDelete
  3. @Shakira Pathi Adik amek CS :) . akak dah sem berape? akak ., penin pale den na mencari class. ramai nyeee. takud lah dgn seniorr :'( . adik ni da la ta laawa. nty mesty kene ejek2.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.