ENCIK TELETUBIES


Assalamualaikum.


Dear,


Dah lama sangat rasanya saya memendam perasaan. Setiap kali permulaan sebuah mimpi, pastinya disitu ada tangisan yang tiada akhirnya. Saya tahu dan saya sedar, saya bukanlah seorang kawan yang terbaik selama hayat awak. Tapi sekurangnya janganlah mengabaikan nilai persahabatan yang cuba saya semaikan dalam kehidupan ini.


Selalu sangat awak abaikan saya. Selalu sangat awak tak peduli dekat saya. Selalu sangat awak tak endahkan saya. Dan selalu sangat lah saya terfikir kenapa mesti saya yang kena rasa semua benda tu. Dua puluh lima haribulan enam ni hari lahir awak  kan? Saya nak ucap 9 hari awal dari tarikh tu. Kenapa? Sebab masa tu saya tak kan ada untuk awak.


Saya nak lari. Lari dari rasa terkilan bila awak menjauh dengan saya. Saya tak nak rasa sedih. Saya tak nak rasa kecewa. Saya tak nak lagi rasa bersalah sebab tak dapat jadi kawan yang baik untuk awak. Saya dah tak dapat nak fikir harus bagaimana lagi menjadi untuk mengubah diri saya menjadi seseorang yang awak hargai.


Awak, walaupun saya tak pernah mengenali awak secara dekat tapi tak pernah sekali pun saya nak rasa awak berbeza dari yang lain. Malah menganggap awak lebih dari tu. Awak tahu susahnya saya nak rasa awak hilang dari kehidupan ni? Saya perlu  melalui sebuah penderitaan bagaimana gelapnya hari saya tanpa secebis pelangi harapan.


Pertama sekali izinkan saya melangkah kehadapan sedikit untuk memulakan bicara saya dengan lebih jelas. Tak ada apa yang lebih penting selain meminta maaf diatas pertemuan ini. Seandainya saya mampu membaca apa yang akan berlaku pada masa hadapan maka nescaya tak akan pernah sekali saya memulakan persahabatan yang dulu.


:'( Awak, kala ini saya sedang menyimpan sebuah perasaan. Perasaan rindu yang dah lama saya pendamkan sekian lama.  Dah lama nak berkongsi kerinduan ini dengan awak. Tapi saya malu. Saya takut awak tak nak dengar, saya takut awak menghukum. Saya suka berfikiran negatif diatas apa jua yang terjadi.


Awak. Yang keduanya, saya  tahu. Peratusan awak membaca apa yang saya tulis ini adalah sangat kurang. Jadi biarlah. Saya hilang. Awak tak akan terasa pun kan? Sebab selama ni saya yang mencari awak. Saya tiada kepentingan untuk awak.  :) Awak, semoga pada tarikh hari lahir awak, awak akan lebih menjadi seorang yang matang dalam membuat keputusan. Mampu menjadi diri sendiri. Mampu berjaya dalam dunia hidup awak. Mampu memegang segulung kejayaan.


Awak, saya berharap awak mampu menghadiahkan saya sebuah kemaafan yang dah lama saya nantikan. Kemaafan kerana sebuah pertemuan ini. Pertemuan yang saya sendiri sesalkan. Awak, saya harap lepasni tiada lagi pertemuan kedua. Biarlah ini yang terakhir dan tak akan terulang kembali.


Awak, nak selalu awak tahu. Saya menghargai awak sebagai sahabat saya. Awak akan selalu menjadi sebuah kenangan. Kenangan terindah saat perkenalan dulu. Kenangan paling manis saat dapat menjadi kan awak sahabat. Saya terpaksa. Memaksa hati untuk merelakan apa yang awak mahu kan. Saya tahu. Saya kuat dan saya mampu.


Cukuplah sampai sini coretan hati dari goresan semalam. Dah tak terluah dek kata. Dah tak tergamak menghukum perasaan.Semoga awak bahagia dengan kisah hidup awak. Selamat hari lahir ENCIK TELETUBIES yang ke 20 tahun :')  | 2506 |

Post a Comment

2 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.