Dia masih lagi disitu. Di lorong kesepian. Menanti sinar kebahagiaan yang seakan mempudar warnanya. Tidak mungkin ada lagi gelak tawa. Tidak mungkin ada lagi cinta yang menggembirakan. Dia kesepian. Semakin jua hilang bersama bayang bayang dibawah kepanasan.
Takdir seoalah-olah berlari jauh terhadap yang lebih berhak. Dia terduduk. Di satu sudut, dia terlonglai. Kelemahan mula menjalar. Tidak ada tempat mengadu. Tidak ada tempat menangis. Tidak ada tempat berkongsi.
Dalam kesamaran gelap, dia cuba membangkitkan jiwa yang terluka. Perlahan - lahan meraih kekuatan. Namun luarannya masih seperti semalam. Masih menangis menghujani mata yang kian gersang.
Semalam dia terluka lagi apabila rasa dihina. Terkadang jiwanya memberontak untuk membalas. Agar rasa bermaruah terasa bersisa walau sedikit cuma. Tapi kebaikkan perasaan nya menghalang.
Perlahan berbisik mengatakan , "suatu hari nanti, yang terbuang pasti jua akan dihargai. Cuma masa yang tidak mahu mendekat, mungkin".
2 Comments
ReplyDelete"Aku tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, Aku dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, aku dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, aku dapat mendengar awak. Aku sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi ku, di sini selamanya…"
Hai awak, Jom join :)
ReplyDeletehttp://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/04/segmen-barang-blog-by-nisha.html
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.