Catatan Tanpa Tajuk




Harini hati memainkan peranan dalam meluahkan kata. Biar dia berduka. Biar dia kecewa. Biar dia sedih. Biar dia berfikir. Hanya sejenak mungkin. Dalam diam, air mata mengalir. Mungkin kerana sudah terlalu lama memendam rasa yang bertaut. Sikit-sikit menghakis jiwa. Dia bertanya. Masih adakah kasih untuknya seperti dulu? Dia bertanya. Mampukah mereka menjadi yang lama? Atau terus begini setelah terbuai dengan cinta seorang kekasih?


Lama dia termenung. Termenung memikirkan kenangan bersama mereka dulu. Dulu keluar bersama. Makan bersama. Gelak bersama. Menangis pun bersama. Tapi kini dia sendiri. Yang lain? Entah. Semakin hilang dalam angin cinta mungkin. Mereka semakin melupakan kenangan. Semakin tamakkan arus permodenan cinta. Semakin dahaga untuk membina tanga-tangga kenangan baru bersama tersayang. Tersayang baru dikenali semalam. Mungkin.


Tak pernah terfikirkah dia semakin mendalami erti kesedihan dalam hatinya? Tak pernah terfikirkah dia rindukan mereka dalam tangisannnya secara sembunyi? Tak pernahkah? Tak pernahkah? Tak pernahkah mengambil sedikit waktu dalam langkah untuk menyingkap rasa sebalik jendela? Tanya padanya. Apa yang membuatnya begini. Tanya padanya mengapa dia semakin kelam. Tanya padanya mengapa semakin menghilang.





Mana mungkin kau akan membuang masa bertanya yang tidak-tidak pada sahabat. Benar kan? Kau cuma tahu menuntun hati kekasih kau yang sedang merajuk jiwanya. Kau cuma tahu memberi ketenangan bersama kekasih kau kala hatinya berduka. Kau sedarkah? Sahabatmu itu semakin mulus hatinya? Menunggu saat dia dihargai seperti dulu? Seperti saat hati kau belum lagi dicuri mana-mana kekasih.


Kau sedarkah? Harinya cuma memikirkan cantuman kenangan yang semakin retak dalam lelahan nafas. Bila kau bahagia, kau semakin memadam cerita tentangnya. Kau bangga bercerita tentang mereka padanya. Kau sedarkah dia terguris? Kerana memendam perasaan yang tersimpan. Tapi kau sedarkah? Saat kau kebuntuan, kau menganggapnya sebagai tempat pencurahan segala bagai. Kau cuma sekadar memainkan perasaannya. Kau bijak mengatur kata saat memerlukan pertolongan. Kau sekadar memperalatkannya.


Dia tak minta kau bahagiakan dia seperti yang kau lakukan pada kekasih. Dia cuma mahu kau menghargai sedikit pengorbanan dan mengingatinya dalam celahan ingatan kau. Agar cerita tentangnya tak pernah terpadam. Meski dia dan kau semakin menjauh. Dia tahu, dia bukan sesiapa untuk memohon seperti itu. Tapi, alangkah manis nya kehidupan andai kau masih seperti dulu. Masih galak berkongsi cerita. Masih gagah mengatur langkah memimpin saat dia terjatuh.


Saat kau masih belum dimiliki. Masih setia menjadi seorang sahabat yang terlalu menyayangi dan memahami. Kau mungkin tak pernah tahu. Dia selalu mengharapkan kau masih setia menjadi yang lalu. Berada disampingnya.





Kau ingat tak? Saat kita masih berbaju sekolah? Sama-sama melangkah menuju kantin. Sama-sama bergelak bila makcik kembali kembali bertanyakan kita mahukan apa. Kau ingat lagi tak? Saat kita tak masuk kelas. Kita melepak di pondok bawah tangga. Berkongsi cerita itu ini. Tak pernah ada titik noktah. Kau ingat lagi tak. Apabila lelaki-lelaki yang dikatakan alian bodoh menganjing kita, kita kutuk-kutuk mereka. Mereka itu ini. Kita tak pernah sedar, tanpa kehadiran mereka, sekolah akan sunyi. Sesunyi jiwanya seperti hari ini.


Kau ingat lagi cikgu-cikgu yang mengajar kita? Mengajar kita tentang ertinya sebuah kehidupan. Kehidupan yang banyak membina kekuatan dan kelemahan dalam setiap butiran langkah. Kau masih ingat, kita berhempas pulas dalam setiap bacaan kerana peperiksaan besar semakin hampir. Dan kau masih ingat? Kala hari terakhir kita melihat mereka semua?


Sudah ada yang berkereta. Sudah ada yang pandai bermotor lagak dewasa. Kita semua semakin dewasa. Aku? Ya aku. Aku tersenyum melihat mereka. Kita semakin matang. Semakin menuju sebuah kehidupan masa hadapan. Masing-masing datang dengan perasaan berbaur. Gembira bahagia dapat bertemu sahabat lama. Takut mengambil keputusan yang kita sendiri cipta tika dulu.


Saat diumumkan, kau mungkin antara yang tercalon sebagai pelajar terbaik. Atau mungkin kau hanya mendapat keputusan biasa-biasa. Atau mungkin kau gagal. Tapi gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Apa pun, kertas kecil itu yang menentukan siapa kau pada hari esok. Mungkin. Selepas hari itu berlalu, kehidupan diteruskan. Dan kau, semakin menghilang.





Kau tahu dia terluka? Kau semakin melupakannya. Kau semakin melupakan nilai persahabatan kita yang dulu. Kau lebih gemar dengan yang lain. Dengan si pencinta yang telah kau anggap segalanya. Dia bukan sesiapa lagi. Dia tak lagi jadi kepentingan. Kau tak lagi menjadi sang pelangi yang memberi warna. Kau juga bukan lagi sang teletubies yang sering membuat dia tersenyum. Kau juga bukan lagi tongkat yang gagah memaut saat dia terjatuh. Kau juga bukan lagi si spongebob yang setia. Kau juga bukan lagi si comel yang selalu buat dia bahagia. Kau juga bukan lagi bobot yang mampu memberinya helaian tisu murah saat dia berduka.


Semoga, kasih persahabatan yang pernah terbina antara kita dulu kekal menjadi cantuman retak dalam celahan hatinya yang semakin pudar. Mengharapkan dia tak pernah lupa cerita tentang kita. Biarkan kau bermegah dengan cinta kekasih yang sedang kau lalui. Biar kau buang dia dalam lorong kesepian. Biar kau tamak mengaut rasa bersama kekasih kau. Biar kau bercerita dengan mereka kau bahagia dengan cinta sekarang. Biarkan biarkan.


Biarkan. Lambat laun kau pasti sedar akan kepentingan dia dalam sebuah langkah yang kau aturkan. Biar sekarang dia memendam rasa menunggu kau yang tak kunjung tiba. Semoga suatu hari nanti kau mencarinya. Yang pasti dia masih menunggu kau di situ. Di tempat lama. Tempat kita mengikat tali persahabatan. Tempat kita mencipta kenangan. Kenangan yang semakin kau lupakan.


Dan selalu ingin kau tahu, dia menyayangimu lebih dari si pencinta cinta yang mencintai kau pada hari ini.  :'(

Post a Comment

2 Comments

  1. nice entry.. :)
    btw,done follow..klau sudi jngguk la blog usang sy

    ReplyDelete
  2. salam. tolong baca entri ni ye. maaf :(

    salam. tolong baca.ikhlas dari saya
    http://pelengkaprusukiri.blogspot.com/2013/03/bengang-ke-bangang-maaf.html

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.