Tukar Nama Blog




Mintak click --> s i n i dan s i n i. Terima kasih. Alhamdulillah. Harap-harap nama yang kecik pilih untuk blog kecik ni sesuai. Tapi sebelum tu  kecik nak mintak maaf kalau entri ni tah pape -_- . Just nak berkongsi dengan korang je. Memandangkan kecik pon dah lama sangat rasanya tak buat entri baru kan. 

Korang bukan tunggu pun kan ? *ayat sentap . Hahahaha. Semalam kecik tidur lambat. Pukul berapa tah. Gara-gara berborak dengar pengalaman hidup orang. So, kecik nak berkongsi lah dengan korang tentang dia. Apa yang kecik cerita ni bukan nak aibkan dia atau ape. Just kecik nak ingatkan diri kecik jugak tak semua orang hidup senang.

Nama blog ni berubah pun sebab dia. Eh bukan, tapi nama blog ni ada kaitan dengan dia. Permulaan persahabatan kitorang bermula dari laman chatting. (Wawasanchat) tapi tak berapa sure dot net/my/com. Chatting tu pun dah lama ta wujud. Memandang kan admin nya dah tutup chatting tu. Dengar kabo  nak hidupkan balik tapi sampai sekarang ta de pape pun.

Siyez rindu dengan diorang. Walaupun tak pernah kenal depan-2 tapi kecik suka dapat kawan memalui laman sesawang online. Sebab nya kecik tak pernah jumpa dia. Even kalau nak luahkan apa-2 je pun kecik tak heran sebab dia tak kenal pun. 

Kecik kenal dia masa kecik form 2/3. Tak sure jugak. Now, kecik da dewasa *dewasa lah sangat -_-. Umur dah meningkat tapi maintain muda beb. Baru 18 tahun :) . Dia satu-satunya kawan chatting paling lama melekat jadi kawan kecik. Dalam chatting tu dia dikira hot lah jugak. Sebab dikira senior. Ramai budak kenal dia. Standart lah kalau dia kerek. 

Kecik nih pun mulut tak leh tahan gak. Kalau orang mintak tolong dah dia poyo, memang kene sOund tepek ah *macam bagus-2 nak kerek en ? Padan muka. :p dia kasi nickname YM dia. Kecik add. Kitorang kenal-2 dalam YM. Kat wawasanchat sikit pun dia tak layan.Layan-2 cam tu je. rasa macam nak baling je taik kat muka dia. 

Nasib baik dalam YM dia ok. Lama kitorang chatting. Dia pemes dengan nama Toi. Dalam wawasanchat n YM dia guna nama Hell Toi. Korang pernah kenal? Dia budak paling kerek pernah kecik jumpa. Tapi lama-2 suka kawan dengan dia sebab dia suka kongsi pengalaman hidup dia. Dia respect kecik even kecik ni tak matang kalau suarakan pendapatan. Dia tak pernah kerek kalau apa yang kecik suarakan tu salah. Dia tak pernah cantas apa yang kecik cakap. 


Kecik selalu lupa nama dia. Kalau kecik suruh dia nyanyi dia selalu je nyanyi. Kecik tanya dia "kaw ta segan ke"? dia cakap wat pe nak segan. Selalu lelaki kalau nak nyanyi kat someone je mesti malu la malas lah. Siyez reapect kat dia. Even suara dia ke laut tapi dia lepak je main gitar nyanyi. semalam dia nyanyi lagu wali  band + aku yang kau sakiti. Lagi ape tah. Siapa dapat dia siyez best. Dia tuh santai. Tapi jangan sakitkan hati dia. Dia uh tah la. tataw la. 

Okay jom cerita pasal kehidupan dia. Umur dia 23 tahun. tapi dia tak pernah ada apa yang orang lain ada. Means macam duit + motor + handphone. Caye tak? Kalau kecik kat tempat dia mesti hari-2 kecik nangis sebab hidup yang tak de langsung fun. Ayah dia yang belikan dia hp. Motor memang dia tak ada. Sebab dia bekerja dengan ayah dia. 

Kalau ada job dapat lah duit. Tu pun ayah dia pegang duit dia. Sebab dalam sebulan tu belum tentu job banyak. Nak tampung isteri dan anak-2 yang masih bersekolah. Right? So, semua gaji Toi di holdkan. Just dapat duit beli rokok n makan n barang-2 peribadi mungkin. Paling tak best kalau nak pergi mana-2 kene menapak. Siyez ouh semalam nangis dengar cerita dia. 

Bukan dia tak nak kerja lain, tapi kalau dia tinggalkan ayah dia. Dan ayah dia pun amik pekrja lain. Camne ayah dia nak bayar gaji pekerja yang kadang-2 job tak menentu. Dia korbankan hidup dia untuk life orang lain. Dia memang terbaik. Pengalaman dia tu kadang-2 kecik simpan sebab kecik tahu kita ni bukannya sempurna selamanya. So, bak kata dia, dengar lah pengalaman orang lain meskipun dia cuma kanak-2 rebina. Sebab pengalaman tu lah yang mengajar kita untuk lebih dewasa. 



Kita mungkin boleh lalui kehidupan yang tak pernah kita lalui melalui pengalaman orang lain. :) Hidup dia tak sama macam remaja lain :'( Kecik harap oneday dia dapat realisasikan impian dia :) *aminn~ 

Banyak lagi cerita pasal dia, tapi macam dah panjang je entri pasal dia. Sebab ada lagi ni. Nak menaip lagi ni. Tak puas. 

Hmm .. SOri da kOtOrkan kanvas kau dgn sikap aku .. Hurm ..

Petikan diatas adalah mesej dari teletubies Po XD . kecik pernah cakap, kalau berkesempatan kecik nak tulis semua cerita pasal dia dalam kanvas hidup kecik. Tak nak satu pun terlepas. Sebab bila semua tu dah tak ada, kanvas tu je yang akan menceritakan kenangan kecik dengan dia. :)

Dia mintak maaf sebab sebab. Tak ingat. Lupakan. Tapi sekarang eh? Kecik dengan dia. ..Yeah baru harini kecik berani nak menaip cerita pasal dia. Sebab takut. Cukup jelah pasal tu je.

Salam, sory gangu ko td weyh . Pelangi tu indah ... Walaupun ia tidak bercahaya , tapi ia tetap berseri . N selalu aq simpan didalam memori idop aq . Haha . Sory aq merepek sikit . Huhu . 

Mesej ni pulak dari budak toyol. Hahaha sebab dia suka kaler hijau. bengong semalam dia takutkan kecik pasal toyol. Ngek ngok taik je dia ni. Kecik kenal dia dalam group LC kat facebOok. Tak sure lah dia ni mat rempit ke ape -_-  mohon siasat :) . Wawaaa, mati kalau dia baca ni. Masa call tiba-2 je dia na cakap something tapi tah la.

Dia macam malu je. Lelaki citew pasal pelangi agak lawak lah -_- , Hahha. Tapi kecik simpan text dia yang ni. Sebab text ni bermakna. Yeah kecik suka pelangi. Pelangi tu memang indah. bagi kecik warna pelangi tu satu gabungan warna yang mambuat orang bahagia. Mereka saling memerlukan untuk saling melengkapi. Lagi ape ye? Lupa dah XD

Jadi kesimpulannya kat sini. Dari semua cerita dekat atas, kecik dah putuskan untuk guna nama kanvas dakwat.


Kenapa mesti kanvas dakwat? Selalu kita dengar kanvas kehidupan kan? Menurut kamus dewan edisi bahasa edisi ke empat, kanvas tu membawa maksud kain tebal yang digunakan untuk melukis (menggunakan cat minyak) / kain kasar yang tebal untuk khemah. Dakwat pula bermaksud cecair bewarna yang digunakan untuk menulis. 

Belog ni tempat kecik cerita semua kisah hidup pasal kawan sesiapa sahaja untuk dikongsi kan bersama. jadi kecik rentang kan kanvas dan gunakan semua dakwat yang ada untuk melakar, melukis, semua cerita semalam, dan harini . Kalau boleh tak nak ada satu pun yang tertinggal. Nak ia diabadikan jadi kenangan sampai bila-bila pun. Sebab tu je yang tinggal kalau semua da tak de :')



Kecik nak say terima kasih dekat semua yang pernah hadir dalam hidup kecik sebagai kawan yang selalu buat kecik senyum bahagia untuk melalui kehidupan dengan warna-2 pelangi. sahabat blog juga, walaupun tak pernah jumpa, sekadar membaca hasil kretif idea-2 yang tercetus dalam setiap entri  , kita semua dah jadi kawan. memeriah kan notification masing-2. terima kasih weyh. Kecik sayang korang semua ketad-2. *dah macam kapel da -_-   <3

Post a Comment

1 Comments

  1. kwn yg baik kekal sepanjang hayat..selamat menukar nama blog!

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.