Hampir keseluruhan penduduk dunia ini sudahpun mengenali dracula sebagai makhluk yang mengerikan dan gemar menghisap darah manusia. Cerita berkenaan dracula ini sangatlah terkenal dan sering dijadikan inspirasi untuk menghasilkan sesebuah karya seni cerita, filem, lagu, dan lain lain. Namun apakah dracula yang begitu terkenal ini hanyalah merupakan sebuah legenda, atau sememangnya ia benar² wujud di dalam dunia ini? Inilah kenyataannya yang harus difikirkan bersama berserta dalil² kajian.
Dracula
Sehingga saat ini sudah tidak terhitung lagi berapa jumlah cerita, lagu, dan filem² yang menggambarkan makhluk misteri ini. Tetapi sebenarnya apakah dracula itu? Apakah ia bersesuaian dengan apa yang digambarkan di dalam filem² buatan pencinta² seni filem?
Di dalam filem juga kita disogokkan untuk mengenali dracula sebagai makhluk yang gemar menghisap darah manusia. dracula biasanya diceritakan sebagai makhluk berdarah biru, keluar pada malam hari, akan mati jika terkena cahaya matahari, selalu dahagakan darah manusia, akan mati dijika ditusukkan senjata perak di jantungnya, anti salib dan ubi, serta beberapa lagi ciri² lain dracula yang biasa digambarkan di dalam filem².
Asal Usul
Mungkin agak sedikit membosankan bagi sesetengah orang jika diceritakan hal² sejarah begini, tetapi ini sudahpun diringkaskan semampu mungkin. Dracula sebenarnya berasal dari Romania dan mulai tersebar di Eropah pada abad ke 16. Kisah kewujudan dracula sebenarnya merupakan kisah benar. Sejarah Dracula berasal daripada seorang Raja Romania pada Abad ke 14 yang bernama Vlad Dracul.
Vlad Dracul merupakan seorang Raja Romania pada abad ke 14 yang gemar berperang dan beliau memang terkenal dengan kekejamannya. Kemampuannya dalam medan peperangan tidak dapat diragukan lagi apabila dilihat daripada jumlah peperangan yang dimenanginya. Dipercayai bahawa Vlad Dracul mempunyai ritual khusus sebelum memulakan peperangan, iaitu meminum dan berendam dengan darah musuh yang pernah dikalahkannya (namun penulis asal belum mendapat bukti kukuh bagi menguatkan dakwaan ini).
Kekejaman Vlad Tepes terkenal daripada cara dia menghukum para tawanannya dengan cara ngeri, iaitu disiat kulit dan disula (disula adalah penyeksaan dengan cara menusuk anus dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya diruncingkan hingga menembusi ke mulut mangsa. Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula menembusi perut, kerongkong, hingga ke kepala). Dipercayai kekejaman dan kejayaan Dracula dalam peperangan dikeranakan oleh Dracula (Vlad Tepes III) meneruskan ritual pendahulunya Vlad Dracul iaitu dengan cara mandi dan meminum darah manusia.
Sehingga perang Salib terjadi, Dracula telah membunuh ratusan ribu tawanannya dengan cara disula dan sebahagian besar mangsanya adalah orang Islam. Namun ketika perang salib terjadi, Dracula berjaya dikalahkan oleh Sultan Mehmed II, kepalanya dipenggal dan dipersembahkan kepada Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk menghargai warga turki yang menjadi mangsa kekejaman Dracula semasa Perang Salib.
Namun semuanya tidaklah berakhir disitu sahaja, oleh kerana kejayaan Vlad Dracul dan Vlad Tepes III dalam peperangan, maka ramailah pemimpin² lain juga ingin mengikuti jejak langkahnya. Akhirnya pada abad ke 15,16,17 terjadilah wabak Dracula (mengikuti ritual Dracula (Vlad Tepes III), iaitu mandi dan meminum darah manusia). Daripada situasi inilah dikatakan telah lahirnya spesies manusia baru yang gemar meminum darah manusia. Ada yang mempercayai keturunan Vlad Dracul masih lagi wujud sehingga sekarang dan masih melakukan ritual yang mengerikan itu (penulis asal tidak dapat memastikan kebenarannya ini).
Sekarang pastinya sudah jelas pada kita bahawa Dracula adalah sebuah kenyataan dan wujud di dunia (tetapi kewujudan keturunan/etnik mereka yang meminum darah sampai sekarang masih lagi diragukan kewujudannya). Namun sejarah di atas tidak mampu menjelaskan dari mana datangnya ciri-ciri Dracula seperti berdarah biru, muka pucat, haus akan darah, benci bawang putih, dll. Orang Eropah, khususnya Romania meyakini bahawa spesies Dracula (keturunan Van Dracul) memang mempunyai ciri-ciri dan fizikal yang seperti itu. Namun bagaimanakah penjelasannya secara ilmiah? Apakah sains dapat menjelaskannya.
Ciri² Dracula Daripada Segi Ilmiah (Sains)
Jika daripada sudut pandang sains, pasti kita akan menjangkakan penyakit atau kelainan apakah yang membuatkan gejala dan ciri² seperti Dracula terjadi. Dan ternyata sememangnya terdapat penyakit di dunia ini yang memenuhi kriteria² dracula tersebut, iaitu Porphyria. Porphyria adalah sejenis penyakit gen dimana para pengidapnya akan kekurangan enzim glisin yang berfungsi untuk membentuk Heme. Heme adalah komponen hemoglobin yang berfungsi untuk membawa oksigen di dalam darah. Bayangkan jika Heme kurang dan oksigen tidak dapat dibawa secara sempurna, maka tubuh akan menjadi warna biru pucat. Kerana itu juga para pengidap Porphyria tidak boleh terkena cahaya matahari, kerana cahaya matahari boleh membakar kulit mereka. (2 ciri-ciri Dracula sudahpun terjawab dengan kajian sains ini)
Disamping itu kerana kualiti darah yang rendah akibat kekurangan oksigen, maka pengidap Porphyria haruslah mendapat bekalan darah secara berkala. Bahkan katanya mereka harus meminum darah itu secara terus agar darah tersebut dapat memasuki ke dalam sistem pencernaan dan diceraikan untuk masuk pula ke dalam aliran darah.
Kualiti darah juga ditentukan oleh kadar lemak di dalam darah. Bawang putih mengandungi suatu zat yang menyebabkan kadar lemak dalam darah berkurangan. Mungkin itu jugalah yang menjelaskan mengapa Dracula sangat takut pada bawang putih. Dikatakan juga penyakit Porphyria merupakan penyakit yang dijangkiti secara turun-temurun (penyakit keturunan).
Porphyria berasal daripada bahasa Yunani, ‘Porphura’ yang bermaksud ungu. Nama ini mengacu kepada perubahan warna beberapa cairan tubuh menjadi warna ungu, salah satunya urin, jadi sesuai dengan gejala/ciri2 penyakit tersebut. Di bawah adalah gambar pengidap penyakit Porphyria:
Penyaksian dan Kejadian
Pelbagai kejadian misteri mengenai Dracula telah diceritakan secara turun-temurun oleh masyarakat di pelbagai wilayah eropah dan dunia. Cerita² masyarakat inilah yang diangkat oleh seorang pengarang yang berasal dari Ireland, Bram Stoker pada tahun 1987 di dalam filem hantunya yang berjudul “Coun Dracul” yang ternyata telah menjadi terkenal dan terus difilemkan sehingga sekarang (yang terkenal ketika ini sebagai “twilight”).
Menurut legenda, Dracula berasal daripada orang mati yang bangkit kembali dari dalam kuburnya. Pada tahun 1732 di kawasan Hongaria dilaporkan seorang penduduk desa yang telah meninggal selama tiga tahun, tiba-tiba bangkit dari dalam kuburnya dan menyerang keluarganya sendiri. Ia menghisap darah empat anak saudaranya sehingga meninggal dunia.
Semenjak itu, penduduk setempat tidak lagi tinggal dalam keadaan aman. Mereka kemudiannya dengan segera menggali semula kubur milik Dracula tersebut. Ternyata mereka mendapati sesuatu yang diluar dugaan. Mayat yang dikuburkan selama bertahun-tahun itu ternyata masih utuh. Rambut dan kukunya memanjang, matanya setengah terbuka, dan jantungnya kelihatan masih berdenyut. Yang lebih menghairankan lagi di mulutnya terdapat sisa² darah segar yang baru sahaja mengering.
Akhirnya penduduk setempat membunuh mayat tersebut bagi mematikannya untuk kedua kalinya dengan menancapkan pancang besi perak tepat di atas jantungnya (mungkin inilah asalnya mengapa dracula dikatakan hanya mati jika ditusuk jantungnya).
- Bagaimanakah mungkin mayat boleh hidup kembali?
- Kenapakah mayat tersebut tidak membusuk?
- Bagaimanakah nasib ke empat-empat anak saudaranya yang dikatakan mati dihisap darahnya?
- Mengapakah tidak ada catatan mengenai mereka? dan lain-lain.
Kita sekarang boleh menyimpulkan bahawa Dracula asal sebenarnya adalah daripada keturunan raja Romania yang memiliki penyakit pelik yang diberi nama sebagai penyakit Porphyria dan mereka melakukan ritual meminum darah segar manusia sama ada darah daripada mayat ataupun manusia yang masih hidup. Namun kerana ‘jasa’ Vlad Dracul dan Vlad Tepes III dalam peperangan yang dianggap oleh bangsa² tertentu sebagai besar, maka kejelikan² mereka disamarkan sehingga diciptakannya sebuah legenda Dracula yang sepertimana wujud di dalam filem² zaman sekarang.
2 Comments
Jemput join Ga ini.. (:
ReplyDeletehttp://belogfiqahcheeky.blogspot.com/2012/07/exclusive-ramadhan-giveaway-by-kiera.html
dan
http://belogfiqahcheeky.blogspot.com/2012/06/awesome-giveaway-by-aina-mansor.html
nyamuk pun dracula jugak. hik3
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.