BLOGGER OKU? APA PENDAPAT KORANG?

mula-2 sekali nak mintak maaf seandainya tajuk entry aku ada yang mengguris kan hati sesiapa yang membaca. so far, entry ni langsung tak ada kena dengan orang lain hanya mungkin berkenaan aku saja. jadi, pada sesiapa yang terasa dan kata aku macam-2 aku mintak maaf.

berbalik pada tajuk entry. apa pendapat korang kalau blogger tu seorang OKU? selalunya blogger yang dah rapat akan meet masing-2 buat gath ramai-2 antara blogger kan? dan paling diketahui, blogger pada abad ini kebanyakkan nya muda mudi. kalau ada yang terlebih umur pun malas nak JOIN gath yang dianjurkan. 

so, seperti yang kita tahu, budak-2 zaman sekarang kan tak matang. suka sangat menghina ciptaan ALLAH. macam mana eh? tak layak ke OKU nak jadi blogger jugak? actually aku tanya ni sebab aku pun boleh la jugak kalau nak dikategorikan sebagai OKU. aku tak segan lah nak mengaku dengan korang. 

masalahnya kalau NUFFNANG ada buat apa-2 program pastikan para blogger ramai yang mendapat jemputan kan? termasuk lah aku sekali kod~ atau rakan blogger nak buat GATH mesti lah korang akan datang ramai-2 untuk memeriahkan GATH :). malah mungkin akan menjadi KENANGAN paling INDAH. 

tapi, macam yang aku tahu, apa yang kita nampak dekat gambar tu lain macam depan-2. kan? mesty korang tertanya-2 aku ni ape yang OKU nye? aku taw. sebab ramai yang tak tahu. budak FACEBOOK uh vangang. sebelum add, aku dah mention kat INFO BIO kata aku tak sempurna. lama-2 bila jadi RAPAT aku tanya dah taw ke belom yang aku tak sempurna. "TAK". erk macam grr jelah perangai. lepastu mula lah tak tegur sampai mampos. kan? LUMRAH kalau semua orang nak yang sempurna. kan kan?

habis tu tak kan lah orang tak sempurna nak duduk bawah jambatan? LEPAK sampai lebam? boley -..-'
tak kan lah kan. dorang pong ada LIFE dorang sendiri kan? termasuk aku. tapi , kalau dah keluar dari JAMBATAN tuh bukan semua orang nak terima kekurangan kita. 

macam aku. aku pun tak tahu korang ni macam mana. mungkin lepas apa yang aku tulis ni ada gak yang dah tamo kawan. kalau kawan pun bajek SUPPORT rakan blogger kononnya tak sama macam orang lain. maklum lah dalam alam maya kan? siapa kisah. tapi bila dah kenal dah taw macam mana. mula lah buang.

so , aku nak tanya ag soalan yang dah dua tiga kali aku ulang. orang macam aku tak boley ke nak JOIN jadi blogger jugak? if JOIN korang akan anggap aku macam orang lain ataw mark aku kawan just sebab aku rakan blogger? -..-'
vodo lah soalan ni .apa-2 jelah. kbye :) tq pada sesiapa yang memberi responn

Post a Comment

1 Comments

  1. hey2 , if orang tak mahu terima diri yang OKU , it's ok . ramai lagi yang nak kawan .
    :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.