ARAK HARAM !

sabar-2 JANGAN muntah k? ni real taw. TAKOD? istighfar banyak-2 lah :)

ha amacam? apa perasaan korang bila tengok ni? tu dia. aku tak dapat bayangkan lah macam mana dia nak makan. SUMPAH. aku pun cuak tengok gambar ni lama-2. korang semua ni bukan effect editing dekat PHOTOSHOP k? ni memang REAL. paham real? bagus kalau faham. sep sikit.

dikatakan bahawa pemuda ni terlampau mabuk kerana minum Arak berlebihan dan telah membuat keputusan untuk menyalakan mercun dan memakannya, selepas itu mercun tersebut meletup didalam mulutnya, letupan tersebut mengakibatkan mulutnya terburai macam ni. 

“Oleh disebabkan itulah Islam melarang umatnya meminum Arak”.

ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Mereka menganggap arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar. Terdapat juga di kalangan segelintir umat Arab jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda:

“Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit” (riwayat Muslim).

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. ” (Surah Al-Maaidah: Ayat 90)




Diantara hadith-hadith mengenai azab peminum arak:

Didalam Hadith Nabi S.A.W mengambarkan tentang ancaman bagi peminum arak, sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir r.a dalam sebuah hadith yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah Subhanahu wata’ala memiliki janji untuk orang-orang yang meminum minuman keras (yang memabukkan), akan memberinya minum dari Thinatul khabal” mereka bertanya : “ wahai Rasulullah, apakah Thinatil khabal itu ? beliau menjawab : keringat ahli neraka atau cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni neraka”. 

(HR Muslim)

Ibnu Abbas meriwayatkan,Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa meninggal (Mati) sebagai peminum arak, maka ia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan seperti penyembah berhala” (HR Ath Thabrani, 12/45, Shahihul Jami’ : 6525)

Rasulullah SAW bersabda;

“Barang siapa mati dalam keadaan tidak berhenti minum arak, niscaya Allah Ta’ala akan memberinya minum air sungai Ghuthah.Yaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur.”
(HR.Imam Ahmad)

peritkan azab ALLAH? jadi kesimpulannya. kaw nak minum arak kaw boleh buat amal kebajikan banyak-2 dan minum sepuasnya di atas mahligai INDAH yang tiada tolok banding nya di SYURGA kelak. insyaallah. mudah-2 han kita menjadi salah seorang penghuni SYURGA :)

Post a Comment

8 Comments

  1. first tengok gambar tu macam ok lagi.tapi yang kedua memang serious geli.macam manalah dorang boleh terfikir nak minum arak ek?pelik-pelik..

    ReplyDelete
  2. @Ayuni Yusop tu semua akibat hawa nafsu la. kan da jadi macam tu. ta pasal-2

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.