aku tahu sebenarnya korang semua dah sedia maklom dengan game-2 ni semua kan. cuma aku nak ingatkan korang balik je. mana lah taw ada yang terlepas pandang kan? maklom lah manusia ni pelupa termasuklah aku.
DevilMay Cry yang menghina Islam
Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.
Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.
Pintu Kaabah yang ditojolkan sebagai Pintu terakhir untuk menemui ketua syaitan
Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.
Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.
(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
Dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Di akhir babak, karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.
"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".
Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?
Clive Barker Undying
Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan, di dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.
Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.
Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes
Di dalam game ini kita mesti menembak askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita menembak askar tersebut, kita boleh dengar askar yang terkena tembakan menjerit "ALLAHUAKBAR" dan "JIHADD".
sebenarnya banyak lagi game-2 yang tersenarai sebagai HARAM dimainkan oleh kita. cuma aku je malas na . huhuhu. hang pa pikir la sendri. aku memang pemalas. takde modd pon sebenarnya nak update blog ni. siyez. ngantok kod. da r na p tidow. babai
2 Comments
orang yahudi makin kurang ajar :"(
ReplyDeletememang. ISLAM semakin lama semakin ditindas. kan kan? ISLAM macam lemah. macam hilang kaki untuk berjalan menegak kan agama yang satu tika dulu di bangga pada zaman RASULULLAH
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.