KBBA9 bersama Bahagian Hab Halal, Jakim

KBBA9 bersama Hab Halal, Jakim

KBBA9 bersama Bahagian Hab Halal, Jakim

Mula - mula tu memang aku tak nak bagi nama. Tapi tuhan tu gerakkan hati untuk aku isi nama menyertai kbba9 di Bahagian hab Halal, Jakim. Ingat senang nak masuk sini? Siap dapat masuk dua buah bilik meeting tau. Orang lain datang sana meeting dapat masuk satu je. Istimewa kan kbba9? Hikhik. 


Lawatan sambil Belajar bersama Halal

Sebenarnya kbba9 ke sana adalah untuk belajar sedikit tentang ilmu halal. Masyarakat di Malaysia kan senang sangat menjatuhkan hukum pada sesuatu perkara walaupun benda tu belum disahkan apa - apa. Semuanya sebab kuasa viral. Itulah kerana nila setitik rosak susu sebelanga kata orang. Mungkin yang viral itu adalah produk dari luar negara. Lepastu ada lah yang gatal tangan pergi buat caption entah apa - apa dengan gambar yang cuma memfokuskan tentang kesalahan sesuatu benda lepastu, semua pakat share. Tak pasal - pasal jadi ragu - ragu je nak makan. Padahal benda tu tak salah. 

KBBA9 bersama Bahagian Hab Halal, Jakim
Encik Fakarudin Masod
KBBA9 bersama Bahagian Hab Halal, Jakim
Ustaz Luqman Nur Hakim

Pelik ye rakyat Malaysia. Babi dia takut sangat nak makan, sebab disahkan haram. Tapi arak dia teguk. Kelakar. Betapa rakyat Malaysia ni memang jenis jaga pemakanan sangat. Sebab tu bila sesuatu benda tu viral, terus percaya bulat - bulat. Terus dia boikot. ha gitu perangai. semua salah orang yang viral tu lah. 

Ramai yang kata Jakim lambat buat kerja. Ingat nak layan kau sorang Haihh. Macammana Jakim menyelesaikan sesuatu isu bila berlakunya viral tentang sesuatu produk yang dikatakan ada unsur babi dan sebagainya? 

Bagaimana isu Tular ditangani oleh Jakim?

  • Isu halal yang tular secara berulang akan dijawab dalam tempoh 4 jam untuk memastikan isu itu tidak terus tersebar secara meluas.
  • Jakim akan menghubungi eksekutif bagi setiap negeri untuk mendapatkan lebih maklumat dan memastikan sejauh mana kebenaran isu yang tular itu.
  • Jakim akan menganjurkan kempen berkaitan halal kepada masyarakat untuk menyedarkan dan memberi pendedahan tentang isu halal. 
  • Macam lambat sangat? Boleh terus ke Hab Halal Jakim untuk setiap keraguan dan pertanyaan tentang isu halal.
Zaman IT ni segalanya dihujung jari. Nak mudahkan urusan? Boleh semak status halal di facebook Hab Halal Jakim yang dimuatnaik di dalam album atau boleh muat turun aplikasi Smart Halal di google playstore (Aplikasi Smart Halal) atau apple app store (kalau ada, lah). 


KBBA9 bersama Bahagian Hab Halal, Jakim

Insyaallah, akan ada entri seterusnya yang berkaitan halal yang akan aku kongsikan kepada korang. Apa yang penting ialah bila sesuatu isu tular, jangan cepat melatah atau jatuh hukum. Dengar dulu penjelasan dari pihak Jakim untuk lebih pemahaman tentang sesuatu produk.

KBBA9 bersama Bahagian Hab Halal, Jakim


Terima kasih kepada Hab Halal Jakim untuk perkongsian yang menarik. Dengan cara ini, masyarakat akan lebih prihatin untuk menangani isu yang tular. Terima kasih juga kepada Ben Ashaari kerana mengadakan lawatan ini. 

Korang boleh klik pautan di bawah untuk maklumat lebih lanjut. 
Info semasa : info berkaitan halal
Logo/badan persijilan yang diiktiraf : luar negara

Facebook : https://www.facebook.com/HabHalalJakim
Website : www.halal.gov.my

Alamat : Aras 6 & 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP), No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia

No tel : 03-8892 5000

Post a Comment

10 Comments

  1. Bagusnya.. Teringin nak joint aktiviti macam ini..

    ReplyDelete
  2. Seronokkan dapat ilmu tentang halal dan tidak halal ni.

    ReplyDelete
  3. Kalau berita entah sahih atau tak, cepat sangat viral menular. Padahal kita boleh jer semak sebelum sebar. Rujuk pada tempat yang betul. Bukannya selamba tekan share. Kannn....

    ReplyDelete
  4. betul tu,cepat sangat menghukim,sedangkan berita belum tentu sahih,harap lepas ni rakyat malaysia lebih peka.

    ReplyDelete
  5. Sekarang sebelum sebar kena pastikan info tu tepat atau tak dulu.. jangan sampai terfitnah..

    ReplyDelete
  6. bagus dapat dtg sini..tau serba sedikit pasal halal..bgus disebarkan

    ReplyDelete
  7. bagusnya dapat ilmu macam ni.. good sharing kecik

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.