![]() |
| dijana oleh AI |
pesawah sibuk
menanam pagi
yang berkolar sibuk
menanam angka.
keringat pelan - pelan jatuh
ke dalam lumpur.
wang kertas disusun di atas meja,
katanya bantuan untuk pesawah.
hak dituntut,
pintu tertutup.
fail hilang.
angka berubah.
dan mereka
tersenyum asli
di depan kamera
padahal nyatanya
berpura - pura.
jangan ajar kami
tentang sabar.
kami sudah terlalu lama
melihat pesawah menunggu
sedang tangan di atas sana
sibuk membahagi habuan.
padi mereka tanam.
beras kita makan.
tetapi siapa
yang terlebih kenyang?
bukan mereka
yang membongkok di sawah.
yang kenyang
tangan-tangan
yang tidak pernah
menyantun lumpur.
jangan panggil ini
urusan pentadbiran.
jangan sembunyikan kerakusan
di belakang cop dan tandatangan.
ini hak manusia.
dan hak
bukan sedekah.
kembalikan.
sebelum suara
yang selama ini ditahan
menjadi lebih keras
daripada segala pintu
yang kalian kunci.
sebab sawah
tidak pernah diam.
ia cuma menunggu
musim yang tepat
untuk menumbuhkan
kemarahan.

🌿 Ruang Bicara
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.