memang setiap sabtu ahad, aku dan iwan tak lekat dirumah. ada je lah aktivitinya. selalu kami ke mall.
kenapa bukan taman? sebab panas hahahah.
pernah je pergi taman, tapi sekejap sangat. lagipula sekarang petang selalu hujan. nak pergi awal pagi, aku lebih gemar tarik selimut.
Anak Bonda Dah Pandai Memilih
aisy paling eksited kalau masuk kedai baju.
reaksi dia "wauu wauu" lepastu kalau aku dan iwan hulur dia 2 baju untuk buat pilihan, dia mula la miang keladi. hahahha.
kononnya malu - malu tak tahu nak pilih mana hahaha. comel anak bonda.
![]() |
| paling sibuk memilih |
Dah Penat, Kena Makan
tempat makan selamat di mall cuma the chicken rice shop jela. selain tu jarang lah. aku pun tak tahu nak pilih makanan apa.
aisy suka makan nasi ayam. cuma ada mood dia lah.
kadang makan banyak, kadang makan sikit. lepastu buat perangai nak turun.
memang semua mainan dia, atas meja. nak selamat kan keadaan sebelum dia mengamuk.
Terpaksa Buat Meriah
aisy ni senang dibawa kemana - mana. tapi tak boleh lama - lama di satu tempat yang sama.dia cepat sangat bosan.
kalau korang pernah nampak ada 1 sosok bapak bawa stroller satu tayar tu, faham - faham jela. sebab nak tenangkan anak.
kalau dia bosan sangat, main lempar - lempar pula. memang dia suka.
gelak - gelak. tu pun sekejap jela hahahaha. boleh lah kan dari tak ada.
balik mall, singgah chekers. tengok la. dah besar anak bonda. suka dia tolak trolly.
kalau orang tolong tolak, pasti dia menangis guling - guling.
mungkin dia terlalu kuat untuk tolak sorang.
gewam bonda dengan awak ni budak. hahahahah
semoga anak bonda sihat selalu.
jadi anak soleh.
dipermudahkan urusan dimana-mana.
dikurniakan bijaksana.
amin ~
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

1 Comments
Mall la best... ada ekon! hahaha
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.