setiap kali datangnya bulan ramadhan, budak - budak macam aku (waktu dulu - dulu lah) pasti akan terbayang rasa tak sabarnya nak beli baju baru!
masa budak - budak, bila dapat ikut ayah pergi beli baju raya memang rasa havoc. entah kenapa. bau baju baru, ada lagu raya, kedai sesak. masing - masing sibuk dengan keluarga masing - masing.
dulu ayah suka bawa aku pergi kedai cina dekat seri muda, dengan pusat pakaian hari hari yang terletak di seksyen 18 (ole - ole). kedai legend ni.
Mengimbau Kenangan di Pusat Pakaian Hari Hari
aku memang rambang mata kalau masuk kedai pakaian hari - hari. macam - macam jenis baju ada. aku pula memang tak ada nak fikir duit; fikir bapak aku nak belikan baju baru. baik cepat pilih sebelum melepas.
mak aku akan selesaikan bahagian aku, manakala ayah aku pula akan selesaikan bahagian adik aku (lelaki). bila dua - dua dah settle, masuk dalam bakul dan tunggu ayah aku pergi kaunter.
kadang dah sampai kaunter, mak aku masih melilau cari barang dan tambah lagi barang dalam bakul. huhuhu.
hahahah. rindu moment tu.
Banyak Pilihan Baju di Pusat Pakaian Hari Hari
sekarang, aku dah besar. sebelum kahwin pun aku cari baju sendiri. aku tak lagi beli dengan mak dan ayah. sekarang giliran adik - adik aku pula mengulang 'kenangan' aku yang dulu.
dah kahwin, lagilah. HAHAH. cari baju raya bersama suami dan anak.
sekarang giliran aku pula kembalikan 'memori' itu kepada anak aku untuk dia kenang pada suatu hari.
jadi tahun ni, aku beli baju raya di pusat pakaian hari hari. banyak baju lawa - lawa. banyak design moden dan terkini.
ada macam - macam warna. warna yang tengah trend pun ada tau. warna apa lagi kalau bukan matcha strawberry. aku teringin nak warna ni, tapi kulit warna tak mengizinkan aku. kita beli warna biasa - biasa jelah.
nak matchy dengan anak pun boleh. sedondon lah korang beraya tahun ni dengan pakaian hari - hari.
aku macam tak tahu nak pilih baju warna apa sebab belum fikir lagi nak tema apa. sampai kedai baru putuskan apa yang sesuai. senang kalau datang kedai, ada warna sama 1 keluarga. itulah yang jadi pilihan.
takut beria memikirkan tema, sudahnya kena pergi banyak kedai. letih juga bulan puasa ni.
Pusat Pakaian Hari Hari Lengkap Untuk Seisi Keluarga
tak sah rasanya kalau masuk pusat pakaian hari - hari tanpa rambang mata. ke hulur dan ke hilir tapi masih tak dapat nak memutuskan apa - apa.
banyak sangat pilihan pakaian yang tersedia di rak kedai. ada banyak pilihan saiz juga.
dari saiz kanak - kanak sehinggalah dewasa.
samping ada, songkok pun ada tau. aku ingat nak pakaikan aisy songkok; memikirkan budak ni macam mak dia kaki peluh. tak payah lah. kesian pula oppa korea ni nanti kepala basah hahaa.
Freegift Dengan Setiap Pembelian
lupa nak bagitau. dengan setiap pembelian bernilai rm150 ke atas; akan menerima sampul raya dan setiap pembelian bernilai rm200 ke atas; akan menerima wooven bag. tak perlu beli plastik dah! jimat.
jualan clearance stok pun ada serendah rm5 sehingga rm25.
apalagi, jom raya macam dulu - dulu di pusat pakaian hari hari
![]() |
| bergambar bersama keluarga tersayang versi cartoon (warna dirahsiakan) |

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)



0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.