Percutian Singkat ke Cameron Highlands

Percutian Singkat ke Cameron Highlands

ini bukanlah percutian yang fresh. percutian singkat ni sebenarnya dah berlalu. kerana tidak sempat nak kemaskini blog, baru hari ini dapat habiskan semua cerita dan publishkan kepada rakan pembaca setia kanvasdakwat.


Menghadiri 2 Kenduri

hari sabtu yang nyaman. sempat menghadiri majlis kenduri kahwin yang diadakan sekitar shah alam. petang pula sekitar jam 3 petang sempat pula sampai ke batu caves. tunjuk muka di majlis kenduri sepupu. 

majlis doa selamat atas pernikahan terbaru mak nya. 

walaupun aku dah kenyang makan di kenduri pertama kerana banyak makanan yang disediakan. aku tetap makan sepinggan di kenduri sepupu. 

tak salah kan? kan kenduri kawin. 

tapi itulah. ada yang bertanya "ko bukan dah makan ke dekat sana?" aku jawab jela "ye". dan dia geleng kepala. huhu. tanda aku ni tak reti berhenti makan ke tak eh didepan dia? huhuhu.


Bergerak ke Cameron Highlands Jam 6

sempat aku call mak aku, ajak berbual. mak aku sibuklah tanya "dah sampai mana?" walhak tak ada niat pun nak pergi, walaupun mak asyik memujuk. 

salah satunya aku terlupa nak maklumkan pada iwan. aku takut dia tak nak pergi. 

lagi satu, iwan pun macam dah penat memandu. perjalanan ke batu caves sangat melemaskan dan letih. 

mak aku cakap "jangan tipu mak." (mak aku fikir, aku nak buat surprise). padahal tak pun. walaupun dalam video call aku dalam kereta bergerak. 

setelah puas dipujuk, iwan setuju. 

dan kami pun pulang ke rumah mengemas apa yang perlu. 

sekitar jam 6 petang macam tu, baru lah kami bertolak.


Laluan Simpang Pulai Yang Gelap dan Sunyi

iwan tak berani nak melalui tapah ekoran waktu sudah malam. laluan tapah pasti akan jadi detik cemas dan mendebarkan. kiri kanan malam yang pekat. 

akhirnya iwan memilih simpang pulai walaupun jarak perjalanan akan lebih panjang. 

keadaan sangat sunyi. 

sesekali kami akan terserempak dengan 4x4. tinggallah kami di belakang dan keseorangan. 

kami tiba di cameron highlands, kalau tak salah 11 lebih macam tu. 

Percutian Singkat ke Cameron Highlands

pagi memang sedinginnya. aisy letak kaki dan masih berstokin auto ter kencing dan baju aku basah. kesian ~

susah juga nak tidurkan dia memandangkan dia dah pun tidur sepanjang perjalanan. 

berkat sabar aku, akhirnya aisy pun tidur dalam kesejukan dan aku yang kekal mengigil. selimut macam senipis perca kain. hahahaha


Datang Cameron Highlands Hanya Memenuhi Kehendak Mak

walaupun dinginnya sampai ke tulang, aku tetap mandi macam biasa dengan menggunakan heater tersedia. 

Percutian Singkat ke Cameron Highlands

sempat juga lah bergambar di beranda rumah sementara menunggu yang lain tu siap. 

Percutian Singkat ke Cameron Highlands
bergambar bersama sebelum checkout. 

aku tengok harga rumah ni dekat agoda. murah juga. sesuai untuk keluarga sebab ada bilik. setiap pasangan boleh duduk di bilik masing - masing. 

yang dalam gambar ni, aku tidur luar depan tv dengan iwan dan aisy. bilik cuma ada 2 sahaja. 

1 bilik mak ayah, 1 lagi bilik adik - adik aku. aku okay je tidur luar asalkan ada tilam. hahahhaha. mujur tau tuan rumah sediakan tilam lebih.


Berjalan Sekitar Brinchang


Percutian Singkat ke Cameron Highlands

seronok juga jalan sekitar brinchang. ala - ala bandar kecil disini. jadi tak perlu lah aku ke tempat viral yang memang sah ramai orang atau ramai sebab jadi tumpuan. 

dekat sini, waktu malam memang cantik. cuma tak ada kesempatan lah nak berjalan, sempat lalu je. 


Naik Bas Mini

Percutian Singkat ke Cameron Highlands

berat aku ni entah lah boleh ditampung ke tidak bas mini. kalau kata terbalik, elok lah kami berempat sama - sama terbalik hahaha

tapi pakcik yang bawa bas ni tak ada pula cakap tak boleh dan tak menghalang aku. aku pun naik jela sebab nak pegang aisy. 

tidak lah nak bagi budak berdua tu pegang takut tak jadi apa. tinggi juga tu.

tiket untuk naik bas ni rm10/ person. kita dibawa keliling tempat tu. syok juga cuma cuaca panas. 

angin yang sejuk tak mampu nak hilangkan rasa bahang matahari yang dah naik. 

Percutian Singkat ke Cameron Highlands

aisy takut naik bas. tapi aku memaksa juga naik. hahaha kesian. 

tengok lah dia, melepet je pegang aku. janji tak nangis. lama - lama seronok dia melambai - lambai orang yang di bawah.

Percutian Singkat ke Cameron Highlands

rezeki aisy dapat naik 2 trip. pakcik tu baik hati nak bawa aisy jalan - jalan sebab aisy asyik senyum je. murah rezeki budak ni. 

Makan Scone Panas - Panas di House of Scone

Percutian Singkat ke Cameron Highlands

waktu malam nak sampai ke homestay tu, aku ternampak la kedai scone ni tapi dah tutup sebab dah malam kan? 

sekali mak aku ajak jalan dekat sini. aku pun apelagi. ambil kesempatan dalam kesempitan huhuu

mak aku pun okay je nak belanja scone siap! semoga mak ayah dimurahkan rezeki dapat lah belanja anak - anak tanpa had. hehehhe

selalu dapat rasa scone perisa original. kali ini lebih berpuas hati sebab dapat pilih scone macam - macam perisa. 


Percutian Singkat ke Cameron Highlands

sampai sekarang aku masih pelik dengan hidangan scone ni. orang beli berapa biji pun, tetap lah eh orang kedai tu bagi sesudu jam starberry dan sesudu krim .  

hahahahha. pakat lah kena jimat - jimat. walhal kalau dapat sapu banyak, memang sedap yakmat. 


Percutian Singkat ke Cameron Highlands

Percutian Singkat ke Cameron Highlands

Percutian Singkat ke Cameron Highlands



Singgah Makan Durian Tepi Jalan

scone adalah hidangan terakhir untuk hari itu di cameron highlands. mak juga sempat belanja kopi untuk anak kesayangan mak; iaitu aku HAHAHAHHA. yang lain jangan jeles okay. 

kopi zus jelah. 

aku order spanish latte hot (boss); manakala iwan pula lebih gemar dengan amaricano yang pahit lepang tu. dah lah siap tambah shot tanpa gula. nak muntah aku minum.

dalam perjalanan pulang (kami melalui jalan tapah kerana waktu siang tidak lah seseram waktu malam). ayah singgah di tepi jalan perkampungan orang asli. 

katanya nak makan durian. 

dapatlah tengok ayam betina yang berebutkan ayam jantan live di cameron highlands. 

Percutian Singkat ke Cameron Highlands
tengok lah muka aisy makan durian. terkejut member

Makan Tengahari di Sup Darat Tapah

makan tengahari, ayah belanja makan di sup darat tapah. sedap juga. cuma servis agak kelaut kerana menu makin bertambah jika nak banding sebelum sebelum ini. 

mungkin owner terlalu tamak nak letak semua menu terbaik di kedai tanpa mencukupkan kaki dan tangan. 

kesian dekat staf. kesian juga dekat pelanggan yang lama menunggu makanan sampai. 

harap boleh perbaiki mutu keunggulan. heheheh

terima kasih mak ayah. nanti belanja lagi. boleh kami jalan lagi. 
semoga mak ayah selalu dimurahkan rezeki seperti melimpahnya air zam zam, seperti luasnya lautan. semoga urusan mak ayah dipermudahkan selalu! 

Post a Comment

0 Comments