Lirik Lagu Cincin Emas Di Jari - H. Hafiz

Lirik Lagu Cincin Emas Di Jari - H. Hafiz

Siapakah disana
Bertudung putih sutera
Indah alis matanya
Merah manis bibirnya

Ayunya berkebaya
Duduk seorang sahaja
Hati bertanya
Siapakah dia

Dengan lesung pipitnya
Aduh manis jelita
Tergoda pandangan
Mata pertama

Debar rasa di hati
Ku cuba menghampiri
Pandangannya padaku
Sambil dia membisu

Aku mula bertanya
Siapa gerangannya
Dengan perlahan
Dia pun berkata

Oh sabrina namanya
Tinggal di hujung desa
Aduhai pesona merdu suaranya

Abang mahu bertanya
Adik milik siapa
Jika belum berpunya
Sudikah berkenal mesra

Dia lantas berdiri
Sambil merenung jari
Cincin emas permata
Di jari manis kirinya

Bisik hati menduga
Dia sudah berpunya
Merana harapan
Aku kecewa

Abang mahu bertanya
Adik milik siapa
Jika belum berpunya
Sudikah berkenal mesra

Dia lantas berdiri
Sambil merenung jari
Cincin emas permata
Di jari manis kirinya

Bisik hati menduga
Dia sudah berpunya
Merana harapan
Aku kecewa

Post a Comment

0 Comments