hai semua.
berjumpa lagi kita di tahun baru; 2026.
seingat aku inilah entri pertama bagi tahun 2026. bagi kategori peribadi. hahahhaha.
aku sibuk dengan urusan lain. semoga blog ini akan kekal releven menjadi tempat aku melepas lelah atau setidaknya singgah.
Planner Book 2026
aku rasa macam dah lama gila tak ada planner book. setelah diamati dan membuat sedikit pembersihan di meja, rupanya ada sebuah dua buku yang masih berbalut kemas.
aku sayang lah nak guna. cantik satu hal, lagi satu takkan nak tulis hal pejabat pula. maksud aku; 'nota berkaitan pejabat'.
sebab tu kan hadiah/ atau mungkin aku beli untuk menulis apa - apa. jadi ia tidak khusus untuk 'urusan pejabat'. maaf tercomplicated.
Terima Kasih Kak Dee
yang masih berbalut kemas tu hadiah hari lahir tak silap. yang aku baru terima, planner book 2026 dari kak dee; rakan sekerja yang baru.
kak dee orang baru. kiranya ini entri pertama aku menulis tentang kak dee.
ada juga aku menulis tentang rakan pejabat yang lain. cuma tahun kebelakang 2025 yang baru sahaja habis, aku memang tak ada masa nak menulis.
dulu level rajin aku, siap print gambar (walaupun cuma atas kertas a4 bukan kertas bergambar). tampal dalam buku yang aku anggap 'diari pejabat'. tapi aku tak ada masa! lagi - lagi selepas pkp dah tak ada gambar 'lepak' dengan rakan sepejabat.
kiranya habis waktu pejabat; noktah. lagi lah sejak dah kawin ni ya. HAHAHAH. aku letih ~ fikir nak sampai rumah awal je.
itulah; aku suka tulis. cuma aku malas. harap buku dari kak dee membangkitkan semula semangat. dan terpaksa aku padam pemahaman aku tentang sebuah buku tidak tertakluk untuk apa - apa atau dikhaskan apa - apa.
tulis ajelah apa - apa.
Siapa Kak Dee
entah. aku tak kenal. ahhaha yela, kan aku dah cakap kak dee baru. kiranya aku baru lah kenal kak dee. kak dee baik. sebab tu dia bagi aku buku. hahahah. weyh dah lama tak merasa suasana/ situasi macam ni.
macam seronok pula.
oh, umur kak dee tak sama dengan aku. terpaksa tulis. HAHAHAHAH. sebab aku nak bagi kak dee baca. saja lah kutuk sikit. umur jauh, tapi kak dee senang blend je dengan sesiapa yang dia jumpa.
kak dee tak lokek senyum. senang kalau nak minta tolong.
memang biasa kalau aku menulis tentang rakan sekerja kali pertama aku akan terangkan siapa orangnya dan bagaimakan karakternya.
tapi bukan semua. yang mana aku ingat. kadang tu terus tulis je nama. tapi orang tak tahu siapa dia hahahaha
aku rasa itu sahaja buat masa ini tentang kak dee. semoga tentang kak dee akan aku tulis lagi di hari lain.
sebenarnya ramai lagi entah yang aku tak pernah cerita dalam ni.
ada aida; dulu praktikal sekarang dah kena serap. ada adila; dulu pembantu / pengganti aku masa aku cuti bersalin (entah ada entah tidak mengenai adila dalam blog aku hahaha), dan lain - lain hahaa.
ada lagi nama lain, tapi mungkin nama tu tak perlu sebab aku tak ada peristiwa apa - apa dengan diorang hahaha.
sekian.





0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.