baru - baru ni, syarikat telah menaik taraf komputer riba yang aku gunakan daripada sewaan kepada hak milik syarikat. entah betul entah tidak ayat aku ya?
maksud aku ialah, sebelum ini komputer riba yang aku gunakan sepanjang bekerja disini adalah dari syarikat smart rental. maknanya syarikat akan membayar setiap bulan kepada smart rental. kemudian, syarikat membeli 3 buah komputer riba bagi kegunaan staf. antara yang menerima 3 buah itu ialah aku. akhirnya!
tapi komputer riba sebelum ini yang aku gunakan okay sahaja. tiada masalah. jika aku menghadapi sebarang masalah, senang sahaja nak selesai. aku akan hubungi smart rental. mereka akan bantu dari jauh atau datang ke syarikat atau jika perlu, aku akan menukar laptop yang lain dengan spesifikasi yang sama.
kiranya aku merupakan pengguna pertama. risau betul; kalau - kalau rosak ditangan aku.
sekarang aku menghadapi masalah yang baru. entah aku salah tetapan atau bagaimana. fon kepala aku tiba - tiba bermasalah selepas menukar komputer riba. mikrofon tidak berfungsi dengan baik. kadang tu sewaktu menggunakan zoom, suara aku tidak kedengaran oleh orang lain.
kadangnya tetapan di zoom tidak dapat mengesan mikrofon yang aku gunakan.
![]() |
| pautan shopee: ONIKUMA K19 |
inilah fon kepala yang aku guna sekarang dan pada masa ini. ada bunyi 'buzzz' yang mengganggu telinga. sungguh tak selesa ya! sakit telinga jadinya. sebelum jam 12 tengahari tadi, aku sibuk membuat carian fon kepala yang baru; akibat tak tertahankan situasi ini.
![]() |
| pautan shopee: Baseus Bass BH1 |
jadi inilah fon kepala baru yang aku baru sahaja daftar keluar dari shopee. pautan kedua - dua fon kepala aku ada sertakan pada setiap gambar.
aku terima fon kepala yang pertama pada 14 disember 2023. bermakna telah 2 tahun 5hari aku gunakan fon kepala sekarang sehingga ke hari ini.





0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.