biasanya aku memang membiarkan hari berlalu, barulah aku akan ada 'banyak masa' untuk kemaskini entri terkini.
baru - baru ini, aku sempat sampai di gurun, kedah. itu bukan kali pertama, tapi entah kali yang ke berapa. aku tak ingat. di kedah memang ada sedara - mara mak. selalu nya ke sana atas asbab balik kampung atau perayaan atau ada perkahwinan. kali ini saja je ke sana menyinggah rumah adik.
buat masa ni, adik aku tinggal di sana atas urusan kerja.
Makan Mee Udang Viral Ladang Nira Nipah Napiah
aku tak tahu pun viral. buat carian di tiktok, baru tahu. kesian betul. tak lalu di feed sebab lokasinya jauh di kedah. adik aku bawa makan tengahari disini pada hari pertama. katanya viral. okay lah. dapat merasa. sedap juga. tapi aku tak rate lah ye.
yang penting tak manis. ada sesetengah tu 'sedap' tapi manis gula. sakit hati.
![]() |
mak dan ayah |
dekat sini, aku dan keluarga pilih pondok kecil untuk makan bersama. lebih besar walaupun sebenarnya sempit untuk kitorang yang 11 - 12 orang. hahahah tapi boleh la. kesian mal melayan anakku. kitorang makan dulu baru dia makan. semoga syurga buatmu yang bersabar selalu dengan keluarga ini.
![]() |
selfie w family |
tengah syok makan, tiba - tiba ada yang hilang. rupanya ayah ku pergi mendayung sampan. itu kalau terbalik, entahlah ye. tapi aku dah tengok google, memang sampan tu orang boleh naik. cuma masalahnya tak tahu kondisinya bagaimana. ayahku memang hati kental. dia syiok je mendayung dengan anak yang lain. risau aku. ahahaha.
lepas makan tu, ayah bawa pergi rumah nek cu. lokasi mana entah, aku lupa. hahaha.
Hari Kedua di Padang Besar
aku tak pernah sampai padang besar. jadi wang ringgit tak kepuk. bawa apa ada. barang pun yang comel - comel je beli. kalau wang kepuk mungkin dapat beli 'keperluan' lain yang tak mendesak contohnya toto. hahahah
sebab selama ni level 'toto' yang aku hamparkan untuk tetamu ialah conforter. nasib baik ada karpet tebal buat lapik. tebal lah sikit. kalau tidak, sakit juga badan tetamu yang tidur di rumah.
mood bergambar pun macam tak ada. gambar semua gemok gedempol. aku geram lah, bila nak kurus. yang ambil gambar pun snap je. HAHAHAH. letih lah aku. itu lah gambar tak berapa banyak. buat rasa - rasa je. gambar sedang bershopping/ dah bershopping pun tak ada. pelik aku. selalu banyak je tau.
dekat padang besar, memang bergerak solo tak dapat nak gerak sama - sama memandangkan cuaca panas, ramai orang. kalau nak berjalan sama - sama serentak, memang letih juga. kita jalan ikut mana dan. mak dan ayah surrender awal.
aku dan iwan pula berjalan semua tempat. tahu - tahu terserempah dengan yuni dan mal. berjalanlah kita bersama - sama. syazwan pun tahu - tahu dah ada dekat kereta. mak dan ayah gerak dulu, lepak minum sebelah petronas berdekatan dengan padang besar. haus katanya. adik - adik aku pula awalnya, lepak naik kereta dengan aku, tapi bila balik dia naik dengan syazwan. itulah ada gambar dengan sumayyah. hahaha. seronok budak tu.
![]() |
adik aku cakap estetik, so dia tolong snap kan gambar. |
gitulah 'estetik' dipandangan matanya. baby ada dekat paklang. paklang pembantu terbaik. ! terima kasih paklang maklang. muah ciked.
Singgah Menara Alor Setar
malamnya, syazwan bawa kitorang pergi menara alor setar. ala - ala dataran lah kot? besar juga mall sekitar situ. eco shop pun sama. tapi tak singgahlah, tengok je dari jauh. hahahhaa.
maklang bawa aisy naik kereta (macam dalam gambar tu). tapi tulah. budak tu menangis pula. hahahahhaa. garang dah garang, tapi penakut. hahahahaha. naik sekejap je benda alah tu. lepastu berganti dengan yang lain.
kak fia sampai dah muak dah nak habiskan 30minit tu. nak naik sangat. hambek.
![]() |
aisy dan paklang |
entah pukul berapa balik. rasanya sampai rumah dalam pukul 10 malam 11 malam macam tu. tak ingat lah.
kalau nak mula dari awal, aku bertolak dari shah alam dalam jam 10malam. sampai di gurun kedah pukul 9pagi. nasib baik lah aku banyak tidur. iwan jela berjaga sepanjang malam. letih juga ek. ?
agaknya ada lagi ke trip pergi kedah? aku kena fikir dua kali nak pergi ke tak. HAHAHAH duit banyak hangus. apa pun terima kasih mak ayah, syazwan shira dan semua sepanjang perjalanan kita ke kedah dan tempat tidur yang selesa. semoga dapat berkumpul lagi.
percutian ke gurun, kedah 13september 2025 - 15september 2025.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.