kali pertama sambut hari lahir anak. tapi tak ada gambar proper. cuma nak sambut dekat genting highlands. bukan buat apa pun. hahaha. bawa anak naik cable car lepastu pusing - pusing cuci mata. bawa atas sana sebab sana sejuk. nak bawa mall macam bosan.
aku dan iwan memang selalu bawa anak jalan - jalan dekat mall, sebab sejuk. adakala je bawa pergi taman. tu lah dia terjengket kalau pijak rumput. geli kot. tapi bawa lah juga, cuma kadang cuaca tu panas sangat. tak bawa lah keluar, duduk dalam bangunan je.
masyaallah, ramai ya manusia dekat sana. pertama kali; beratur nak naik cable car tu melingkar macam ular. dah berpusing berapa kali pun masih belum sampai lagi dekat pintu depan tu. berpeluh aku (tudung ada bahagian yang dah basah).
minta maaf, memang serious cuci mata. shopping terpaksa dilupakan. hahahah. semoga ada rezeki bonda, dapat shopping untuk anak bonda banyak - banyak dan happy kan anak bonda. anak bonda dia suka kalau bonda belikan dia baju cantik.
oh lupa, bonda ada belikan baju untuk anak bonda. beli di padini. rasanya dah pakai. hahahah sebab dah merasa basuh 1 kali. apalagi, pakai lah terus (masa ni pergi mana entah).
bonda rasa, anak bonda memang suka berjalan. nak pula anak bonda; mulutnya celoteh. kadang tu, kita yang segan sebab anak bonda sibuk nak menegur jiran sebelah. anak bonda macam pak jemah sikit hahaha. kalau dekat rumah, celoteh mulutnya tak berhenti.
kali ni bonda naik cable car, tak rasa takut sangat. selalu menggeletis rasa cemas kalau ternampak bawah. bonda ada perasaan cemas sikit kalau dekat tempat tinggi.
dah penat 'bersihkan mata', makan pula dekat chicken rice shop. tapi birthday boy tidur pula. penat agaknya. alhamdulillah, anak bonda tak banyak karenah pun. behave aje dia sepanjang masa. senang sangat nak jaga. bonda ingat lepas makan, nak bergambar dekat lampu - lampu yang ada tulis genting. tapi ramai pula, bonda tak ada daya nak beratur. hahahaha. next time kita 'celebrate' sekali lagi ada belon nombor 1 ya; anak bonda.
teruntuk anak kesayangan bonda;
selamat 1 tahun anakku.
semoga engkau membesar dengan baik dan bersinar.
semoga sihat selalu menemanimu walau engkau sering terjatuh dan tak mampu berdiri.
bonda selalu mendoakan mu menjadi anak hebat yang mampu melawan dunia tatkala dunia sedang terbakar.
ketahuilah, bonda akan selalu disampingmu disaat semua menjauh.
bonda akan selalu menjadi pelukan hangat disaat engkau sejuk dan mengigil resah.
bonda akan selalu menunggumu pulang kerana bonda ingin menjadi rumah yang paling membuatmu nyaman.
bonda ingin engkau tahu, bahawa kasih sayang bonda akan selalu tumbuh dan mekar diam - diam dihati mu.
salam sayang, dari bonda dan baba yang sentiasa menyayangimu, Muhammad Aisy Mateen ♥️🌸
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.