selamat pengantin baru buat syamel dan pasangan. majlis berlangsung indah pada 27 julai 2025. minta maaf baru sempat nak update dekat sini. ini pun sebab ingat. kalau tak ingat, makan bulan juga entri ini nak keluar.
Majlis Sanding Di Johor
dekat sana, keluarga aku tinggal di homestay sama yang pernah kitorang bermalam tahun berapa entah. mungkin 2022? aku tak pasti sangat.
majlis berlangsung di johor bahru. majlis nikah aku tak hadir. rasanya adik aku sahaja yang hadirkan diri. yang lain - lain tu datang di majlis sanding.
majlis sanding berlangsung hari ahad. jadi agak susah sikit sebab isnin kena apply cuti. hahaha tapi tak apalah. jarang - jarang cuti untuk keluarga. lagipun syamel selalu turun shah alam.
Berjumpa Saudara Mara
aku rasa macam semua orang ada, kecuali keluarga paklang je tak ada. mak cakap maklang tak berapa sihat. tapi anak - anak maklang jarang miss majlis. kali ini ajelah tak nampak.
![]() |
le cousins (anak paklong dan arwah teh) - dah besar semua cantik eh? HAHHAHA. |
![]() |
masih single, tapi tak pasti available ke tidak |
aku bengang tau. hahhaha. disebabkan warna tudung ni terlalu cerah, muka aku jadi gelap gila. dalam gambar aku paling gelap. aduhai. ingat dah paling cantik ~ HhhHHAHAHHAHA.
![]() |
terpaling penat |
malam selepas majlis sanding tu, ada bakar kambing. aqiqah cucu makjang (anak syazni; abang kepada syamel). aku yang tak makan kambing pun makan kambing. adakah kerana tak ada menu lain? im not sure. sedap jela. hahahahah pening? tak. nasib baik~
Ucapan Untuk Pengantin
selamat pengantin baru buat syamel dan pasangan. semoga selalu bertoleransi dan saling berkasih sayang. seumur hidup itu terlalu lama, semoga keduanya punya sabar dan harmoni selalu. hidup memang penuh ranjau, tapi kitalah yang mematahkan segala duri.
sama ada gagal atau berjaya, tuhan yang tentukan. yang penting, kita telah cuba memberi yang terbaik apa adanya.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.