Semalam adalah perjalanan panjang dan selalu mahu dikenang. Esok hanya bersahabat bersama hari ini ketika kau berjanji dengan harapan. Selebihnya adalah doa-doa yang tergantung di langit menjadi jaminan Tuhan.
Ketika kau melelapkan mata dan menyusun memori menjadi ruang tidur, aku menjengukmu. Perlahan-lahan menjadi selimut yang akan menidurkanmu lebih lena. Kerana pengorbanan tidak akan ada kepedulian.
Mimpi ngeri hanyalah kata-kata jahat yang berperang mengeja dirinya sendiri. Bertenanglah menjadi tawananku. Kemaafan masih antara perkara yang suci di dunia. Seperti sungai yang abadi mengalirkan kekalahan sendiri.
Perempuanmu seperti lilin. Hangat dan terang. Membakar dirinya sendiri. Agar tidak ada cara terbaik untuk mengingati kesalahanmu kembali.
Jagalah perempuanmu.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.