masa baby kecil, nak bawa pergi icity tengok lampu. kenafikir banyak kali. yela, situ bukan tempat elok kan, entah ada 'binatang' apa yang kita tak nampak. ni baby dah besar sikit, bawa lah jalan - jalan. bukan main ya dia seronok. taknak sandar. asyik menolak - nolak stroller. hahaha. nak cepat jalan ke depan, konon laju sikit dari baba nya tolak.
14 jun punya entri ni. hehehe.
parking icity kan mahal? jadinya, parking dekat mall lepastu jalan kaki. bukan lintas jalan tau. ni lalu atas. gila bapak jauh weyh. sumpah aku taknak jalan kaki lalu atas. baik lintas jalan je lagi bagus. lagipun situ laluan tak terlalu banyak kenderaan. masih selamat ~
merungut beb.
anak aku ni kan. kalau naik stroller, dia okay kalau aku pegang tangan. tapi kalau dia pakai baby carier, berlagak eh tak nak pegang tangan. siap tepis - tepis. saja lah nak manja - manja dengan anak. tangan suami tak boleh pegang dah. sebab suami busy pegang anak. hahahahaha gitu.
yang kelakarnya. balik dari icity, esoknya aisy demam. HAHAHAHAH. risau lah weyh. mak aku cakap sebab dia tak pakai topi (embun katanya). dah demam satu hal. tiba - tiba badan naik bintik - bintik pule. macam - macam hal.
mak aku cakap mungkin demam campak halus. pergi klinik, kata bukan. entah lah. tapi aku sapu jela apa pun doktor bagi. esok - esoknya, eh tumbuh gigi pula. agaknya sebab tu lah kot aisy demam.
aaaaa dah makin besar anak bonda ni. makin sayang bonda dekat aisy. tak banyak ragam langsung.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.